30 June 2009

Adab Walimatul Urus..

KETIKA menjelangnya musim cuti sekolah, maka satu acara yang agak sinonim dengannya adalah adanya majlis-majlis kenduri kahwin (walimatul urus).

Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin.

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: “Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.” (Muttafaqun alaih) Huraian

Namun perintah ini tidak bererti kita dibenarkan untuk melakukan pembaziran harta yang melampau-lampau dengan melakukan persediaan yang tidak perlu atau mengharapkan adanya “salam kerok” yang diberikan (secara terpaksa) oleh para tetamu.

Malah jangan pula sampai walimah tersebut menjadi majlis makan yang dikeji oleh Islam iaitu dengan mengkhususkan jemputan hanya untuk orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin dilupakan sebagaimana sabda Rasulullah SAW: {Dari Abi Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah. Orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.”(Muslim)}.

Oleh itu laksanakanlah walimah sekadar yang mampu, tanpa perlu merasa malu disebut atau dikata orang.

Yang penting adalah niat yang ikhlas, juga suatu kesyukuran dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Mudah-mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan daripada Allah S.W.T.

(Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam)

Read rest of entry

Hani pasrah hasrat berkahwin tidak tercapai

Yasmin Hani memang telah menyimpan hasrat untuk mengakhiri zaman bujangnya pada tahun ini, tetapi terpaksa akur dengan ketentuan takdir - foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

PELAKON dan pengacara jelita ini memang telah menyimpan hasrat untuk mengakhiri zaman bujangnya pada tahun ini. Apatah lagi dengan usianya yang sudah menjengah angka 30, dia merasakan umur itu sudah sesuai untuk dirinya mendirikan rumahtangga.

Namun, apa yang diharapnya tidak kesampaian. Jodoh antara pemilik nama Yasmin Hani dan kekasihnya yang telah dikenali lebih dua tahun itu nampaknya tidak cukup kuat.

Meskipun hatinya kuat mendambakan sebuah ikatan suci, namun Hani terpaksa akur dengan keadaan hubungan mereka yang sebenarnya tidak mampu diselamatkan lagi untuk terus bergelar pasangan kekasih.

Menganggap apa yang berlaku itu sudah ketentuan daripada Allah, selebriti berusia 30 tahun itu kini lebih selesa untuk tidak terlalu memikirkan tentang perkahwinan.

Bukannya serik, namun kata Hani, apa yang berlaku itu banyak mengajar dirinya untuk tidak terlalu terburu-buru ke arah itu.

"Sudah dua bulan sebenarnya kami berpisah. Memang saya amat kecewa pada awalnya, tetapi kerana saya telah banyak lalui perkara seperti ini, jadi saya tidak mahu terlalu ikut perasaan sangat.

"Memanglah saya pernah pasang impian untuk berkahwin tahun ini, tapi nampaknya tiada jodoh. Ada sesuatu yang berlaku antara kami dan akhirnya kami terpaksa ambil keputusan untuk berpisah.

"Apapun, saya dan dia masih lagi berkawan baik. Kami saling menasihati antara satu sama lain dalam banyak perkara...mungkin kerana kami terlalu kenal diri masing-masing.

"Tetapi saya tidak nafikan, memang saya sentiasa berfikir tentang perkahwinan. Namun begitu, biarlah masa yang tentukan. Jika ada jodoh, adalah," kata Hani yang ditemui pada majlis pra-pelancaran kad keahlian Celeb Nexus, semalam.

Ujar selebriti yang cukup popular dengan program Muzik@Ria ini, ibunya juga sebelum ini amat mengharapkan dia dapat mendirikan rumahtangga secepat mungkin.

Hani akui rezekinya ketika ini semakin murah di dalam bidang lakonan

"Dia memang beriya-iya suruh saya kahwin, tapi sekarang ini dia dah tak kisah sangat asalkan saya gembira dengan hidup saya," kata Hani yang mengimpikan sebuah perkahwinan yang sederhana tetapi penuh simbolik.

Ditanya apakah ciri-ciri lelaki yang ingin dicarinya kelak, sambil tersenyum, wanita kacukan Melayu-Inggeris ini berkata:

"Saya tidak memandang paras rupa. Asalkan dia boleh menghormati saya, berdikari dan matang, itu semua antara kriteria yang memadai buat saya," kata Hani yang menyambut hari lahirnya

Rindu dengan Muzik@Ria

Setelah program Muzik@Ria dan Ria Sentral mengakhiri musimnya, tidak dinafikan, karier Hani dilihat lebih ke arah lakonan. Anak ketiga daripada empat beradik ini juga akui, rezekinya ketika ini semakin murah di dalam bidang lakonan.

Selain menantikan tayangan filem lakonannya, Gentayangan dan Dua Hati Satu Jiwa, Hani juga baru selesai menjalani penggambaran telemovie berjudul Cinta Organik untuk siaran RTM.

Namun begitu, kata Hani, karier pengacaraannya masih lagi diteruskan. Hani yang terpaksa melepaskan dua tawaran sebagai hos Anak Wayang dan Pilih Kasih kerana jadual yang padat tidak lama dulu berkata, dia turut berpeluang menjadi hos untuk program sempena Hari Raya iaitu Geng Raya di TV3 yang berkonsepkan ala-Amazing Race.

Bercerita tentang karier pengacaraannya itu, kata Hani, dia akui cukup rindu dengan program Muzik@Ria yang banyak menaikkan namanya di dalam industri ini.

"Rindu sangat saya dengan 'trademark' Watchaa! yang sering saya gunakan dalam program itu dulu. Selama hampir sembilan tahun saya mengendalikan Muzik@Ria, jadi sudah pasti saya sukar untuk lupakan banyak pengalaman tentang program tersebut.

"Ramai juga yang tanya kenapa Muzik@Ria tidak disambung semula. Begitu juga dengan program Ria Sentral yang saya kendalikan bersama Sazzy Falak, ramai juga yang minta untuk diadakan semula program itu," kata Hani yang meraikan hari lahirnya pada 11 Jun lalu dengan konsep yang cukup menarik yang diuruskan oleh Sazzy.

Tutur Hani, majlis hari lahirnya itu bertemakan 'Hani Gives Back' yang mana para tetamu bukan saja membawa hadiah untuk Hani, malah turut membawa buku-buku untuk didermakan kepada rumah kebajikan, Nur Salam.

Read rest of entry

JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MyIPO)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PEMBANTU PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN (P/O) – 2 kekosongan
2. PEMBANTU PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN RENDAH – 1 kekosongan

DOWNLOAD BORANG :
http://www.ziddu. com/download/ 5408070/BorangJa watanMyIPO. pdf.html

MAKLUMAT LANJUT :
http://www.mipc. gov.my

Tarikh Tutup: 1 Julai 2009
Read rest of entry

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI (MDKT) JOHOR


Terbuka kepada semua kepada Rakyat Johor / Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1) PEMBANTU TADBIR RENDAH (OPERATOR TELEFON)
2) PEKERJA AWAM

DOWNLOAD BORANG
http://www.ziddu. com/download/ 5408599/BorangJa watanMDKT. pdf.html

MAKLUMAT LANJUT :
http://www.mdkt. gov.my

Tarikh Tutup : 15 Julai 2009
Read rest of entry

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH SEGAMAT (MDS) JOHOR

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Perancang Bandar & desa J29
2. Pembantu Teknik J29

CARA MEMOHON :
Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Segamat dengan harga RM2.00.

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SEGAMAT
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TAKZIM

Tarikh Tutup : 17 Julai 2009
Read rest of entry

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)


Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1.PEGAWAI TADBIR (N41)
2.PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F41)
3.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F29)
4.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) (N17)
5.PEMBANTU TADBIR KESETIAUSAHAAN (N17)
6.PEMANDU KENDERAAN (PEMANDU BAS) (R3)
7.PEKERJA AWAM (R1)
8.TUKANG K3 (ELEKTRIK) (R9)

CARA MEMOHON :
Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara on-line di:
http://www.usim. edu.my
http://eiris3. usim.edu. my

Tarikh Tutup : 14 Julai 2009
Read rest of entry

JAWATAN KOSONG DI YAYASAN ILMUWAN


Yayasan Ilmuan merupakan satu perbadanan yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952. Individu yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1. Pensyarah Matematik
Syarat : Ijazah Sarjana berkaitan dari Universiti Jepun. Pengalaman 5 tahun.

2. Eksekutif Penyelidikan
Syarat : Ijazah Sarjana Muda. Minat dalam penyelidikan & penulisan akademik.

3. Pembantu Khas
Syarat : Diploma Sains Kesetiausahaan. Pengalaman 3 tahun.

4. Pembantu Tadbir Pentadbiran
Syarat : Diploma Pengurusan Perniagaan. Pengalaman 3 tahun.

CARA MEMOHON :
Calon yang berminat boleh mengemukakan Surat Permohonan bersama CV lengkap dengan menyertakan sekeping gambar passport terkini, ke alamat berikut :

YAYASAN ILMUWAN
NO. D-0-3A, SETIAWANGSA BUSINESS SUITES
TAMAN SETIAWANGSA,
54200 KUALA LUMPUR

email : info@yi.org. my

Tarikh Tutup : 7 Julai 2009
Read rest of entry

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA TABUNG HAJI (LTH)


Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
-PENGAWAL KESELAMATAN (SPP1)
Jabatan Pengurusan Hartanah & Pentadbiran

CARA MEMOHON :
Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara on-line di:
http://www.tabungha ji.gov.my

Tarikh Tutup : 7 Julai 2009
Read rest of entry

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (LLM)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
2. Juruteknik Komputer FT17

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.ziddu. com/download/ 5407423/IklanJaw atan2009. pdf.html

CARA MEMOHON :
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan LLM (P)7/2002 yang boleh diperolehi di alamat-alamat berikut:

a) Ibu Pejabat
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Km.6, Jalan Serdang- Kajang
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

b) Pengarah Wilayah Utara
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Jambatan Pulau Pinang,Batu 7
Jalan Sultan Azlan Shah
1700 Pulau Pinang

c) Pengarah Wilayah Selatan
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Pejabat Penyelenggaraan
Senai
81400 Senai
Johor Darul Takzim

d) Pejabat Wilayah Timur
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Persimpangan Bertingkat
Kuantan – Pahang
56050 Kuantan
Pahang Darul Makmur

e) Pasukan Projek II (LPT 2)
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Bangunan Pusat IKS
Kawasan Perindustrian Ajil
21800 Ajil
Terengganu Darul Iman

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :
KETUA PENGARAH
LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA
KM. 6, JALAN SERDANG – KAJANG
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN
(U/P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA DAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Tarikh Tutup : 9 Julai 2009
Read rest of entry

Wanita rendam bayi sampai mati


KUANTAN 29 Jun – Jika haiwan sanggup bergadai nyawa untuk melindungi anaknya,
lain pula yang berlaku kepada seorang wanita di sini.

Tidak diketahui ke mana hilang sifat keibuan wanita itu sehingga tergamak
membunuh bayi sendiri.

Puncanya hanya kerana si ibu dikatakan tertekan dengan teman lelaki sehingga
nekad merendam bayi perempuannya yang baru dilahirkan ke dalam baldi cat di
sebuah rumah sewa di Wisma Bola Sepak, Jalan Gambut.

Wanita berusia 26 tahun dan berasal dari Felda Keratong, Muadzam Shah dekat
Rompin itu dipercayai baru dua hari menyewa bilik di wisma tersebut bersama
seorang kenalan wanita untuk mencari kerja.

Mujurlah kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 pagi itu disedari oleh beberapa
penghuni rumah sewa yang terdengar tangisan bayi dari dalam tandas di wisma itu.

Wanita itu pada mulanya enggan membuka pintu walaupun didesak. Dia sebaliknya
hanya berbuat demikian setelah kira-kira sejam. Itupun selepas bunyi tangisan
bayinya yang terendam dalam baldi cat berisi air bersama tali pusat, tidak
kedengaran lagi.

Wanita itu hanya menangis tanpa henti. Keadaannya tidak bermaya dengan darah
berlumuran di tubuh dan lantai tandas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Pemangku Supritendan Zulkifli Taha berkata,
siasatan pihaknya percaya suspek bertindak demikian kerana mengalami masalah
dengan teman lelakinya.

"Suspek dipercayai merahsiakan dirinya mengandung dan hanya mengatakan sakit
perut kepada rakan-rakan ketika hendak melahirkan anaknya itu," katanya pada
sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat bayi malang itu dan ibunya dibawa ke Hospital Tengku
Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapat rawatan.

"Pihak hospital mengesahkan bayi itu meninggal dunia antara pukul 6 dan 7.30
pagi akibat lemas. Polis akan menahan wanita terbabit untuk membantu siasatan,"
jelasnya.

Tambah beliau, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 309A Kanun Keseksaan
kerana membunuh anak.
Read rest of entry

29 June 2009

TV3 MENGHENTIKAN SIARAN 24 JAM MULAI 1 JULAI


Petaling Jaya, 29 Jun 2009 – Sistem Televisyen Malaysia Berhad, (TV3), stesen swasta no. 1 Malaysia di bawah Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd. akan menghentikan sementara siaran 24 jamnya mulai 1 Julai 2009. Penghentian ini berikutan perlaksanaan tugas-tugas penyelenggaraan dan menaiktaraf sistem yang dijalankan oleh stesen berkenaan.

Penghentian awal waktu siaran akan berkuatkuasa setiap hari sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak. Berikut adalah jadual siaran TV3 mulai 1 Julai 2009:

RANGKAIAN

HARI

WAKTU SIARAN

TV3

Isnin-Jumaat & Ahad

Sabtu

6.30pagi – 1.30pagi

6.30pagi – 2.30pagi

Langkah penghentian awal siaran ini perlu bagi membenarkan siri ujian dijalankan untuk memastikan peningkatan terhadap sistem penyiaran yang ada sekarang.

Read rest of entry

Selamat pengantin baru Catriona Ross & Shaharuddin




Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 29, selamat di’nikahkan dengan penerbit dan pengarah rancangan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin, 30, malam semalam.

“Majlis nikah semalam berlangsung dengan begitu meriah. Kebetulan ibu saya meminta untuk saya memakai ‘veil’ seperti perkahwinan orang putih dulu-dulu.”

“Apabila saya turun, ramai yang bersorak kecil hingga saya malu nak bertentang mata dengan semua.”

Luah Cat yang terharu bercampur gembira setelah selamat menjadi isteri Shaharuddin yang sah.

Read rest of entry

Cinta Seekor Cicak

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya. AHHHH!

Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan.. Seiring dengan berkembangnya teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!

in LiFe THeRe aRe ManY QuesTienS..
so LeTS HoPe ThaT WeLL Find The Mean.
Read rest of entry

JAWATAN KOSONG DI UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI JOHOR (UPENJ)


Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.
Keutamaan kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim.

JAWATAN:
1. Pegawai Pembangunan Masyarakat (Gred S41)
2. Penolong Pegawai Penyelidik (Gred Q27)

Taraf jawatan: Kontrak

DOWNLOAD IKLAN
http://www.ziddu. com/download/ 5392841/Iklanjaw atanUPENJ2009. doc.html

DOWNLOAD BORANG
http://www.ziddu. com/download/ 5392840/BorangJa watanUPENJ. doc.html

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
http://www.johordt. gov.my

Tarikh Tutup : 15 Julai 2009
Read rest of entry

JAWATAN KOSONG DI YAYASAN ISLAM TERENGGANU (YIT)

Terbuka kepada rakyat Terengganu Darul Iman sahaja.

JAWATAN:
1. Pegawai Tadbir
2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah(Guru MARPA)
3. Penolong Pegawai Tadbir
4. Penolong Pegawai Sistem Maklumat
5. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)
6. Pembantu Tadbir (Pekeranian/ Operasi)
7. Juruteknik Komputer
8. Pembantu Tadbir Rendah
9. Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam
10. Pemandu Kenderaan

DOWNLOAD BORANG
http://www.ziddu. com/download/ 5393005/BorangJa watanYIT. pdf.html

Maklumat Lanjut :
http://yit.gov. my

Tarikh Tutup : 30 Jun 2009
Read rest of entry

JAWATAN KOSONG DI PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. Pegawai Tadbir n41
2. Pegawai Pertanian G41
3. Akauntan W41
4. Pegawai Teknologi Maklumat F41
5. Jurutera J41
6. Pegawai Undang-Undang L41
7. Penolong Pegawai Pertanian G27
8. Penolong Akauntan W27
9. Pembantu Teknik J29
10.Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)
11.Pembantu Pertanian G17
12.Pembantu Tadbir (Kewangan)

CARA MEMOHON :
Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara on-line di:
http://www.jobsmala ysia.gov. my

Tarikh Tutup : 12 Julai 2009
Read rest of entry

28 June 2009

gambar terakhir Michael Jackson sebelum disahkan mati



Read rest of entry

27 June 2009

Baju sama..








Read rest of entry

26 June 2009

Jawatan Kosong...(Muslim shj)

TEMUDUGA SEBAGAI: CALON JENAZAH
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini...
Read rest of entry

Atan dan Cikgunyer

Cikgu: Atan...cikgu nak tanya kamu satu soalan matematik....Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh ..cikgu..

Cikgu:??...Atan dengar baik2 soalan cikgu dan jawab dengan betul...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh.....

Cikgu: Ok..kalau soalan macamni plak...Kalau cikgu bagi kamu 2 biji epal dan 2 lagi biji epal dan lagi 2 biji epal...Berapakah epal yang ada pada kamu?

Atan: Enam..cikgu..

Cikgu:Erm..bagus...cube atan dengar dan jawab balik soalan cikgu memule tadi...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh la...

Cikgu:Kenapa plak tujuh...Atan awak ni paham ke tidak soalan cikgu...knpe tujuh...why?..why? [cikgu nye naik tensen]

Atan:Sebab kat umah saye dah ade seekor arnab..

Cikgu:%#$#%^**

Read rest of entry

Jenis-jenis hantu...

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di
dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk
pulang berhari raya... ... .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat
menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang.
Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang
memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu
datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam.
Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga.
Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin
sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China . Ia
bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya
jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan
menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk
itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang... ..kung', jadilah Hantu Jerangkung.
Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada
lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India . Seorang lelaki, Mr.
Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak ... Lekatlah nama pontianak .

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan
kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak.
Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung.
Hebohlah satu kampung 'Lari..lari. .. ..Penanggal' . Bila dia melihat sesuatu
yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu... ..dia pun mengilai
semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita... kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8. Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer, macam korang yang suka main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia ..
disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,komputer, komputer… akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM.. sahaja... samala macam korangggg!!! !
hehehe... ..
Read rest of entry

3 hot mama

Nora Danish




Erra Fazira



Natasha Hudson
Read rest of entry

JAWATAN KOSONG DI ZOO MELAKA

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan (keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka) untuk mengisi kekosongan jawatan di Zoo Melaka, Ayer Keroh, Melaka.

Jawatan :
- PEGAWAI VETERINAR – G41

CARA MEMOHON :
-Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh diperolehi daripada Bahagian Pentadbiran Zoo Melaka (secara percuma) pada waktu pejabat.

DOWNLOAD IKLAN :
http://www.ziddu. com/download/ 5349840/JawatanK osongZooMelaka20 09.doc.html

Tarikh Tutup : 15 Julai 2009
Read rest of entry

JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA

Bahagian Perkhidmatan Pelancongan, KPL sedang mencari calon Pekerja Khidmat Singkat (PKS) bagi memenuhi tuntutan kerja dalam bidang Grafik dan Seni Reka. Kriteria bagi calon-calon PKS adalah seperti berikut:

1. Jantina : Lelaki / Perempuan
2. Umur : 18 tahun ke atas
3. Kelayakan : Diploma dalam bidang Multimedia ATAU Seni Grafik Komputer ATAU Sains Komputer ATAU kelayakan yang setaraf dengannya serta mempunyai pengalaman dalam bidang seni reka grafik komputer.
4. Gaji : RM 56.65/sehari (bekerja hanya selama 5 jam sehari dan 5 hari seminggu)
5. Kontrak : 6 bulan

6. Senarai Tugas:
* Menjalankan kerja-kerja melibatkan perekaan logo, banner, poster, atau grafik komputer bagi tujuan percetakan.
* Membantu dalam urusan penyelarasan dan pengurusan acara yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan Pelancongan.
* Membantu kerja-kerja percetakan risalah, buku panduan, buku statistik dan lampiran berita melibatkan aktiviti/ program yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan Pelancongan
* Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

7. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Perkhidmatan Pelancongan, Kementerian Pelancongan Malaysia di talian 03-2696 3233 dan resume boleh dihantar melalui emel : ahmadsyah@motour. gov.my
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau fax : 03-2693 7451/ 2297.
8. Temuduga akan dijalankan setelah calon disenarai pendek. Permohonan yang tidak memenuhi kriteria seperti di atas tidak akan dilayan.

9. Tarikh tutup permohonan adalah 3 Julai 2009
Read rest of entry

Michael Jackson meninggal dunia


LOS ANGELES 26 Jun - Michael Jackson disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) selepas jantungnya gagal berfungsi, demikian menurut para pegawai di sini.

Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

"Saya hanya boleh memberitahu buat masa ini kami telah dimaklumkan oleh penyiasat dari Jabatan Polis Los Angeles Barat bahawa Jackson telah dibawa ke hospital dan ketika tiba di sana, beliau tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang,'' kata Corral kepada CNN.

Katanya, bedah siasat kemungkinan akan dilakukan esok tetapi tidak menyebutkan punca kematian. - AFP

Read rest of entry

Pembantu rumah Islam untuk keluarga Muslim

SHAH ALAM - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) meminta kerajaan menetapkan peraturan
supaya pembantu rumah beragama Islam dari Indonesia atau negara lain hanya
dibenarkan bekerja bagi keluarga Islam dan keluarga bukan Islam hanya dibenarkan
mengambil pembantu rumah bukan Islam sahaja.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, perkara itu beberapa kali disarankan DPPP dan
beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain sebelum ini bagi memastikan isu
penafian hak seperti dilarang bersolat dan berpuasa, tidak mendapat makanan
halal, tempat tinggal yang selesa dan bersih dan gaji berpatutan dapat
diselesaikan.

"Kerajaan perlu menerima pandangan yang sekian lama disarankan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) dan umat Islam negara ini. Jika mereka (majikan) bukan Islam
ingin mengambil pembantu rumah, mereka bolehlah mengambil pembantu rumah bukan
Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Nasrudin berkata, jika masalah ini tidak diselesaikan, ia boleh mendorong
menimbulkan konflik agama juga mengundang masalah hubungan antara kedua–dua
negara, khususnya Indonesia yang jelas kecewa terhadap layanan yang diberikan
kepada rakyatnya.

Awal bulan lalu, seorang pembantu rumah Indonesia, Siti Hajar, 33, dijirus air
panas dan diberi makan nasi kosong berlaukkan daging babi oleh majikannya.

Penyeksaan yang ditanggung mangsa selama dua tahun 10 bulan itu, akhirnya
terbongkar apabila dia berjaya melarikan diri pada jam 1 pagi dari kondominium
majikannya di Bukit Kiara dan menaiki teksi ke Kedutaan Besar Republik Indonesia
sebelum membuat laporan kira-kira pukul 8.30 pagi.

Beberapa kes penderaan pembantu rumah Indonesia yang berlaku juga mendorong
Menteri Tenaga Manusia dan Transmigrasi Indonesia, Erman Suparno mencadangkan
menghentikan penghantaran pembantu rumah dari Indonesia ke Malaysia buat
sementara waktu.

Nasruddin berkata, kerajaan harus berasa malu jika umat Islam daripada negara
itu diperakukan sedemikian tanpa sebarang tindakan serius.

"Dewan Pemuda Pas mendesak agar kerajaan memberi hukuman yang berat terhadap
majikan yang cuai ataupun sengaja mendatangkan kecederaan fizikal, mental dan
akidah kepada pembantu rumah Islam," katanya.
Read rest of entry

25 June 2009

Kalau nak lulus kena kasi cek dan seks..

CYBERJAYA: Seorang pensyarah warga asing di sebuah universiti swasta bertaraf
antarabangsa di sini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
kerana disyaki meminta rasuah seks dan wang tunai bagi meluluskan peperiksaan
pelajarnya.

Pensyarah lelaki berusia awal 50-an itu ditahan, kira-kira jam 5 petang semalam,
selepas SPRM menerima aduan daripada seorang pelajar perempuan universiti
berkenaan.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi Berita
Harian malam tadi, mengesahkan penahanan pensyarah terbabit tetapi enggan
mengulas lanjut.

"Perkara berkenaan masih dalam siasatan dan pengumuman lanjut mengenainya akan
dibuat selepas kes itu selesai disiasat," katanya.

Sumber memberitahu Berita Harian, selain habuan seks, pensyarah berkenaan turut
mengambil sogokan berjumlah RM800 daripada pelajar terbabit sebagai ganjaran
untuk meluluskan peperiksaan yang didudukinya.

Suruhanjaya itu juga sedang menyiasat kemungkinan pensyarah itu pernah meminta
rasuah yang sama daripada pelajar lain sebelum ini.
Read rest of entry

Deco akui tidak gembira di Chelsea


Juara: Serie A, dilaporkan dalam perbincangan dengan gergasi Liga Perdana
Inggeris, Chelsea untuk mendapatkan pasangan pemain Portugis, Ricardo Carvalho
dan Deco dan pemain tengah itu mengakui dia inginkan cabaran baru.

"Saya menghadapi musim yang sukar di Chelsea setelah ditimpa kecederaan serius
dan saya gagal mempamerkan aksi terbaik saya.

"Saya berharap saya dapat mencuba sesuatu yang berbeza, ejen saya , Jorge
Mendes, ada berbicara dengan Chelsea dan memaklumkan kepada mereka saya tidak
gembira berada di sini.

"Saya berharap dapat berpindah ke Inter dan saya sangat berharap perpindahan
ini menjadi kenyataan," kata Deco.

Deco yang pernah bermain di bawah pimpinan, Jose Mourinho di Porto ketika
mereka memenangi Liga Juara-juara pada 2004, turut mengidamkan untuk bermain di
samping bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic di San Siro.

"Saya memilih Inter kerana mereka adalah sebuah kelab yang mempunyai sejarah
yang terbilang dan saya juga ingin bermain di bawah bimbingan pengurus yang
hebat seperti Mourinho.

"Kami mempunyai dua setengah tahun yang hebat di Porto, di mana kami merangkul
semua kejuaraan .

"saya berharap `Ibra' akan kekal kerana dia adalah pemain yang penting dan
antara pemain terbaik dunia dan saya mahu bermain di sampingnya," katanya lagi.
Read rest of entry

24 June 2009

JAWATAN KOSONG DI BALAI SENI LUKIS NEGARA (BSLN)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN: (KONTRAK)
-KURATOR GRED S41
-AKAUNTAN GRED W41
-PEGAWAI TADBIR GRED N41
-PENOLONG KURATOR GRED S27

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.ziddu. com/download/ 5321963/IklanJaw atanBalaiSeniLuk is2009.pdf. html

DOWNLOAD BORANG:
http://www.ziddu. com/download/ 5322052/BorangPe rmohonanJawatanB alaiSeniLukis. pdf.html

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.artgalle ry.gov.my

Tarikh Tutup : 4 Julai 2009
Read rest of entry

JAWATAN KOSONG DI SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
- PENOLONG SETIAUSAHA (GRED 41) - KONTRAK
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda & Pengalaman dalam bidang hak asasi manusia
(2 kekosongan)

-PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
(1 kekosongan)

Cara Memohon :
Kemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri berserta sijil2 akademik dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan serta sekeping gambar
berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(Unit Pengurusan Sumber Manusia)
Tingkat 29 Menara Tun Razak
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

http://www.suhakam. org.my

Tarikh Tutup : 6 Julai 2009
Read rest of entry

Umie Aida Dirisik Datuk



KUALA LUMPUR: Pengarah, Fatimah Rahmat atau Erma Fatima mengesahkan adiknya juga
pelakon Umie Aida dirisik lelaki bergelar Datuk, sudah hampir 15 tahun menduda dan mempunyai dua cahaya mata.

Erma sewaktu dihubungi di sini semalam, turut mengakui majlis risik hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak di kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang.


"Ingin saya tegaskan di sini majlis diadakan hanyalah adat merisik dan ia tidak
perlulah diperbesar-besarkan. Mereka belum lagi bernikah.

"Saya sendiri tidak percaya dengan risik dan pertunangan. Lainlah sekiranya yang
diadakan ini majlis pernikahan," katanya.

Jelasnya, majlis merisik hanya membabitkan pihak keluarga sebelah lelaki yang
bertanyakan sama ada Umie sudah berpunya atau tidak dan tidak lebih daripada
itu.

Ia bermakna apa yang dilakukan ini (merisik) belum ada pengesahannya.

"Saya berkata begini kerana saya kenal benar dengan Umie. Dia tidak boleh ada
timbul perkara kurang menyenangkan dirinya (sepanjang tempoh merisik).

"Perkara ini turut saya perjelaskan kepada keluarga pihak lelaki. Penjelasan itu
harus dibuat kerana tidak mahu mereka meletak harapan tinggi selepas mengikat
Umie dengan majlis risik yang diadakan.

"Saya bukan mendoakan perkara tidak baik, sebaliknya mahu ia dijadikan
peringatan agar kedua-dua belah pihak faham bahawa majlis yang diadakan itu
bukan bermakna ikatan dijalin sudah kuat," katanya.

Bagaimanapun, Erma akui perkenalan Umie dan lelaki bergelar Datuk itu berlaku
dalam masa singkat, apatah lagi pengarah filem Embun itu pernah berurusan
membabitkan perniagaan dengan lelaki terbabit.

Tambah Erma yang mewakili keluarganya, apa yang dikatakan ini tidak bermaksud
dia takut atau gembira dengan majlis yang sudah dilangsungkan.

"Sudah menjadi adat dalam keluarga, sekiranya seorang daripada kami sudah mahu
berkahwin dengan lelaki pilihan, kalau kami tidak suka sekalipun, kami tetap
akan menerimanya.

"Bagi kami yang mahu berkahwin dan membina hidup berumah tangga adalah mereka.
Melayari hidup bersama dianggap peribadi. Jadi mereka harus bijak untuk
menangani masa depan bakal dijalani," katanya.
Read rest of entry

Berwaspada bila singgah di Hentian Lebuhraya

Kalau singgah bersolat, mkn atau apa pastikan seseorang akan memerhatikan kereta
anda dari jauh....
Kejadian semasa cuti sekolah yg lalu,
Kawasan utara:
Hentian Juru arah ke utara, sepasang berbangsa arab pukau driver lori kononnya
nak tukor duit RM5 tp dlm keadaan x sedor driver lori abih duit semua dia kasi..
Hentian kecil Tikam batu arah ke utara, kejadian melarikan kereta mewah yg
dlmnya ada budak, sibapa sedang kencing tinggalkan keter engin x dimatikan.
Gurun arah ke selatan, kejadian membuka penutup bawah tangki air...keter mampuih
tgh jln...panas dan air kering....

Demikianlah....kawasan2 lain pon gitu jugak...kalu nak singgah, singgah kat
perhentian besor yg ramai org...dan perhatikan kereta anda selalau...tq

................................................................
Polis tumpas kegiatan pecah cermin kereta di hentian R&R

ALOR GAJAH – Polis Daerah Alor Gajah berjaya menyelesaikan kes pecah kereta dan
curi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) hanya dalam tempoh 20 minit apabila
berjaya menahan seorang lelaki di Plaza Tol Ayer Keroh di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Umar Ali Saifuddin Shaharuddin
berkata, lelaki berusia 42 tahun yang berasal dari Johor itu diberkas selepas
memecahkan cermin sebuah kereta dan mencuri barangan milik sebuah keluarga yang
berhenti di R&R Jejantas Ayer Keroh arah Selatan.

Menurutnya, kira-kira jam 2.30 pagi, mangsa berumur 45 tahun bersama anaknya
berumur 13 tahun yang dalam perjalanan ke Johor singgah di Hentian R&R Jejantas
Ayer Keroh arah Selatan untuk berhenti rehat dan makan.

"Tetapi apabila hendak meneruskan perjalanan 30 minit kemudian, mangsa dapati
cermin kereta sebelah kiri Perodua MyVi miliknya telah dipecahkan," katanya pada
sidang media di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Alor Gajah di sini,
semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, polis mendapati barang milik mangsa,
termasuk wang tunai RM990, telefon bimbit jenis Nokia, buku Amanah Saham
Bumiputera (ASB), lesen memandu kelas D dan buku suntikan Kementerian Kesihatan
dan kad pengenalan kedua-dua mangsa hilang.

Menurut Umar, keluarga berkenaan dengan bantuan orang awam telah menghubungi IPD
Alor Gajah pada jam 3.15 pagi, sebelum sepasukan polis diketuai Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah IPD Alor Gajah, Asisten Superintenden Wan Fauzi Wan Ishak yang
kebetulan berada di tempat kejadian menemui mangsa.

"Suspek berjaya ditemui di dalam tandas di R&R dan berjaya ditangkap pada jam
3.45 pagi. Hasil pemeriksaan dalam kereta suspek, kita telah menemui wang tunai
bernilai RM1,315, dua telefon bimbit jenis Nokia, beg sandang, beg tangan, beg
duit, beg pakaian dan satu alat diperbuat daripada besi dan dikimpal dengan paku
serta pita pelekat hitam," katanya.

Beliau berkata, alat berkenaan dipercayai digunakan untuk memecahkan cermin
kereta mangsa dan hasil siasatan, kita dapati suspek mempunyai enam rekod
jenayah sebelum ini.

Suspek ditahan reman selama empat hari berakhir hari ini selepas turut didapati
positif dadah jenis Amphetamine.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri.
Read rest of entry

Jawatan Kosong - Pengasuh Kanak-Kanak (Terlatih)

Permohonan adalah dipelawa dari kalangan surirumah sepenuh masa untuk menjadi PENGASUH TERLATIH bagi Program BondaMama. Tugas asuhan ini dilakukan dirumah anda sendiri. Kursus dan latihan khusus akan disediakan.

KELAYAKAN : Surirumah Sepenuh Masa
(pelajar IPTA / IPTA juga layak memohon)

GAJI & ELAUN : Antara RM1,500 hingga RM2,00 sebulan

Kepada yang berminat sila hubungi Puan Yati di 012 300 2974 untuk hadiri temuduga terbuka seperti tarikh dibawah ini :

26hb Jun 2009 (Jumaat) - Jam 3.00 - 5.00 petang
29hb Jun 2009 (Isnin) - Jam 2.00 - 5.00 petang
30hb Jun 2009 (Selasa) - Jam 9.00 - 11..00 pagi

Bertempat di Yayasan Pembangunan Nur Hikmah, No. 16-3 , Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.






Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8733 2411 Fax : 03-8733 2967
Website : www.bondamama.com
Read rest of entry

Lorong Haji tapi sarang Main Biji

PUTRAJAYA: Orang ramai tidak boleh menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada
polis untuk membersihkan Lorong Haji Taib daripada terus menjadi sarang maksiat,
sebaliknya memerlukan pembabitan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihak polis tidak mempunyai
kuasa untuk menyita atau menutup premis yang terbabit dengan kegiatan maksiat
dan kuasa itu terletak pada bahu PBT.

"Polis boleh menangkap mereka yang terbabit dengan kegiatan maksiat tetapi untuk
menjaga kawasan supaya sentiasa bersih daripada kegiatan maksiat adalah terletak
di bawah PBT.

"PBT boleh memain peranan membersihkan kawasan terbabit termasuk menutup dan
menarik balik lesen pemilik premis yang menjadi tempat maksiat kerana hanya PBT
mempunyai kuasa menyita dan menutup premis yang menjadi pusat kegiatan tidak
bermoral," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Kenaikan
Pangkat secara Medan kepada Cif Inspektor Ang Wei Leoong di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Putrajaya, di sini, semalam.
Read rest of entry

23 June 2009

JAWATAN KOSONG DI PELABUHAN LABUAN (PL)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN :
-Pembantu Penguatkuasa
-Pembantu Tadbir Rendah
-Pemandu Kenderaan
-Pekerja Awam
-Jaga

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
http://www.pl. gov.my
http://www.pl. gov.my/web/ guest/peluangpek erjaan

Tarikh Tutup : 3 Julai 2009
Read rest of entry

JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA (KKR)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN :
1. Juruenjin Laut Gred A11
2. Tukang K2 Gred R11
3. Tukang K3 Gred R9
4. Operator Loji Gred R3

CARA MEMOHON :
http://static. jobsmalaysia. gov.my/html/ jcs-resources/ CaraPohon_ KKR.pdf

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
(a) Permohonan boleh dibuat dengan melayari terus melalui Laman Web :
www.jobsmalaysia. gov.my
(b) Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Julai 2009;
(c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga;
(d) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya;
(e) Pemohon-pemohon yang sebelum ini pernah memohon jawatan di atas dikehendaki
mengemukakan permohonan semula dengan lengkap, jika masih berminat; dan
(f) Pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia tidak akan bertanggungjawab atau
menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan ini.
(g) Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Zahrulafindi bin Zinil Abeden di talian 03-
27714951, Tuan Syed Baharin bin Syed Shamir di talian 03-27714973 atau En.
Bahrudin bin Abdullah di talian 27714916

Tarikh Tutup : 10 Julai 2009
Read rest of entry

JAWATAN KOSONG DI PUSAT PUNGUTAN ZAKAT - MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN :
-KERANI AM

Kelayakan :
- Kelulusan sekurang-kurangnya SPM
- Sekurang-kurangnya berkemahiran mengguna aplikasi komputer Ms Word, Excel, Pagmaker & Powerpoint.
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Calon-calon yang berminat, sila tulis permohonan yang lengkap dengan manyatakan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport dan salinan sijil kepada:

Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia
Pusat Pungutan Zakat MAIWP
Wisma PPZ, Dataran Shamelin
No 68 Jalan 4/91
Taman Shamelin Perkasa
56100 Kulaa Lumpur
No Tel : 03-92895757

Tarikh Tutup : 30 Jun 2009
Read rest of entry

Kena Lenyek Gajah





Read rest of entry

Road of Africa








Read rest of entry

A baby born with two Head



Read rest of entry

22 June 2009

FX signal

22. 06.2009 5.15 am gmt


GBP/USD

Buy at 1.6570 tp 1.6630 ( 60 pips ) sl 1.6470 ( 100 pips )

or

Sell at 1.6438 tp 1.6393 ( 45 pips ) sl 1.6538 ( 100 pips )
Read rest of entry

Chong Wei, beregu wanita juara

JAKARTA: Datuk LEE Chong Wei membuktikan dia tetap pemain nombor satu dunia
apabila muncul juara kejuaraan badminton Siri Super Terbuka Indonesia, petang
tadi, mengiringi kemenangan bermakna beregu wanita negara, Chin Eei Hui-Wong Pei
Tty.

Chong Wei yang tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Singapura minggu lalu,
bangkit penuh bergaya bagi mengulangi kejayaan pada 2007 untuk bergelar juara
Terbuka Indonesia, menewaskan pemain tempatan, Taufik Hidayat, 21-9, 21-14.

Taufik yang memburu kemenangan ketujuh kejohanan itu buat mengatasi rekod rakan
senegara, Hardiwiranata, gagal memberi tentangan bermakna kepada Chong Wei yang
nyata bermain positif dan menguasai permainan.

"Saya memang memburu kemenangan di sini dan datang dengan harapan mampu bermain
baik bagi menebus kekecewaan di Singapura," kata Chong Wei selepas menerima
piala dan hadiah wang tunai AS$ 18,500 (RM 64,750).

Kemenangan ketiga Chong Wei selepas Terbuka Malaysia dan Terbuka Switzerland
itu, mengiringi kejayaan kombinasi Eei Hui-Pei Tty yang juga berada di ranking
pertama dunia apabila mudah menundukkan beregu China, Cheng Shu-Zhao Yunlie,
21-16, 21-16.

Kejayaan ini adalah yang pertama buat beregu ini selepas muncul juara beregu
wanita Siri Masters Akhir di Kota Kinabalu, enam bulan lalu dan super siri kedua
mereka selepas Terbuka Denmark tahun lalu.

Sementara itu, pemain India, Saina Nehwal, 19 mencuri tumpuan apabila bekas
juara remaja dunia itu, muncul juara perseorangan wanita - kemenangan pertama
buat wanita dari India - menewaskan pemain China, Wang Lin 12-21, 21-18, 21-9.

Dalam acara beregu lelaki kombinasi China, Chai Yun-Fu Haifeng yang menewaskan
beregu negara, Koo Kien Kiat-Tan Beng Heong di separuh akhir kelmarin, tewas
kepada pemain Korea, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae 21-15, 21-18.

China hanya meraih kemenangan dalam acara beregu campuran selepas gandingan
Zheng Bo-Ma Jin menewaskan beregu Korea, Lee Yong Dae - Lee Hyo Jung, 21-17,
8-21, 21-16.
Read rest of entry

Penumpang wanita raba telur




KUALA LUMPUR: Hampir terbeliak mata seorang pemandu teksi apabila seorang penumpang wanita yang dibawa tiba-tiba menawarkan hubungan seks sebelum sengaja mahu berbogel sambil menggoda dan meraba tubuh pemandu teksi berkenaan.

Wanita berusia lewat 40-an itu tanpa segan silu memujuk pemandu teksi melakukan hubungan seks dengannya dengan alasan sudah lama kegersangan.

Bagaimanapun, aksi melampau itu hanyalah sebahagian daripada taktik jahatnya untuk menggoda pemandu teksi terbabit sebelum menyeluk saku pemandu terbabit tanpa disedari.

Difahamkan, wanita itu yang bijak berlakon masih bergiat aktif melakukan babak drama `panas' berkenaan sejak sekian lama dengan menjadikan pemandu teksi sekitar Lembah Klang sebagai sasaran.


Seorang daripada mangsa, Kamaruddin Mohd Ali, 59, berkata, kejadian mencemaskan itu dialaminya Jumaat lalu ketika dia baru selesai menunaikan solat Jumaat dan menyambung tugas untuk mencari penumpang di sekitar ibu kota.
Dia yang sudah memandu teksi sejak lima tahun lalu mendakwa ditahan seorang wanita berusia lewat 40-an berhampiran Bukit Bintang sebelum diminta dihantar ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar.

Saya langsung tidak mengesyaki apa-apa sebelum wanita berpakaian seksi itu membuka pintu teksi dan duduk di sebelah saya.

Bagaimanapun hati saya mula berdebar apabila tangan wanita terbabit tiba-tiba merayap sebelum menyentuh paha saya. Saya yang terkejut dengan perbuatan itu cuba mengelak dengan mengalihkan kaki.

Gelagat liar wanita terbabit semakin melampau apabila jarinya mula beralih hingga menyentuh bahagian sulit saya, katanya.

Menurutnya, dia yang berang dengan perbuatan wanita berkenaan kemudian bertanya apa yang dimahukan wanita itu.

Tanpa segan silu, wanita berambut paras bahu itu memberitahu dia sudah lama tidak melakukan hubungan seks dan rindukan nikmat bersama lelaki.

Wanita itu yang memberitahu kemaruk untuk disetubuhi beraksi lebih ˜panas' sebaik teksi yang saya pandu tiba di hadapan sebuah pasar raya di Brickfields, di sini, katanya.

Kamaruddin berkata, wanita itu tanpa segan silu sengaja membuka butang baju dipakainya satu persatu hingga menampakkan payu daranya.

Saya yang bersikap acuh tak acuh dengan tindakan wanita itu cuba sedaya upaya memandu teksi dengan laju untuk segera sampai ke destinasi yang ingin dituju wanita itu.

Bagaimanapun, wanita itu seolah-olah tidak berputus asa memaksa saya memegang dan menyentuh payu daranya, katanya.

Menurutnya, dia yang tidak tahan dengan gelagat lucah wanita itu nekad memberhentikan teksinya di bahu jalan tidak jauh dari Stesen LRT berkenaan.

Saya mengarahkan wanita itu keluar dari kenderaan saya namun dia terus menunjukkan pelbagai aksi menggoda sambil merengek manja kepada saya.

Malah wanita itu terus membuka bajunya hingga bogel sebelum menerpa dan memeluk saya. Saya cuba menolak tubuh wanita itu yang bertindak lebih ganas meraba badan saya,katanya.

Namun selepas bergelut beberapa minit, dia akhirnya meleraikan pautan wanita itu sebelum menghalaunya keluar.

Wanita itu tanpa wajah bersalah keluar dari teksi sambil membetulkan baju dipakai. Sebelum beredar pergi dan sempat berpesan menghubunginya jika berhajat untuk melakukan hubungan seks.

Saya tanpa memandangnya terus memecut teksi dari kawasan itu. Namun kira-kira 10 minit kemudian, hati saya mula rasa curiga sebelum memeriksa dompet dalam poket seluar saya, katanya.
Read rest of entry

Ibu tunggal dipukau `doktor' baru dikenali

KUALA LUMPUR: Bermodalkan perwatakan sopan dan bijak bermain kata, seorang
lelaki menyamar sebagai doktor memukau seorang ibu tunggal sebelum melarikan
pelbagai barang berharga milik mangsa.

Wanita berusia 40-an dan mempunyai empat anak itu kini trauma dipercayai akibat
dipukau `doktor' berusia 30-an itu selepas mereka bertemu ketika berjoging di
sebuah taman di Setapak di sini, kira-kira jam 9 pagi.

Menurut seorang anak mangsa yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian Khamis
lalu, ibunya ke taman berkenaan untuk berjoging dikatakan singgah di gerai
menjual kuih milik rakannya di kawasan itu untuk berehat sebelum disapa lelaki
berkenaan.

"Lelaki terbabit secara tiba-tiba bertanya ibu saya sama ada mengenali dirinya
atau tidak," katanya di sini, semalam.

Mangsa yang tidak curiga dengan suspek kemudian menjawab tidak mengenali lelaki
terbabit sebelum lelaki itu menawarkan khidmat untuk menghantar wanita itu
pulang ke rumahnya yang berhampiran.

Disebabkan gaya tutur sopan dan pemakaian kemas, selain memperkenalkan diri
sebagai doktor, ibunya tidak menolak pelawaan itu.

Ketika pulang, anak mangsa yang ketika itu sedang bersiap untuk pergi bekerja
terkejut dengan kelakuan ibunya dalam keadaan kelam-kabut selepas pulang
berjoging.

Menurutnya, apabila ditanya ibunya hanya menjawab ada urusan bersama rakan
barunya itu.

Bagaimanapun, wanita itu hanya tersedar pada tengah hari bersendirian dengan beg
tangannya tiada di sebuah restoran di sebuah kompleks beli-belah di Kepong di
sini, sebelum menghubungi anaknya.

"Orang ramai yang mengetahui kejadian malang menimpanya membantunya membawa ke
balai polis berhampiran," katanya.

Difahamkan, selain mengambil barang berharga, termasuk wang tunai dan barang
kemas, suspek dikatakan mengarahkan mangsa mengeluarkan wang berjumlah hampir
RM1,000 di bank.
Read rest of entry

Malaysia antara negara penyeludup manusia?

Sumber : www.malaysiakini.com

M'sia disenaraihitam seludup manusia Jun 17, 09 11:25am

Amerika Syarikat telah memasukkan semula Malaysia dalam senarai negara-negara yang menyeludup manusia. Malaysia dikeluarkan dari senarai tersebut tahun lalu.

Laporan tahunan Jabatan Negara Amerika - Laporan Penyeludupan Manusia 2009 - yang menganalisa usaha di lebih 173 negara untuk memerangi buruh paksaan, pelacuran, perkhidmatan ketenteraan dan tujuan-tujuan lain, telah menyenarai-hitamkan Malaysia bersama 16 negara lagi.

Antara 17 negara yang disenarai-hitamkan bersama Malaysia ialah Zimbabwe, Sudan dan Saudi Arabia.

Malaysia adalah satu daripada lima negara Asean yang disenaraihitam. Yang lainnya ialah Burma, Papua New Guinea, Fiji dan North Korea.

"Malaysia menjadi destinasi, dan sekurang-kurangnya, satu sumber dan negara transit bagi penyeludupan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan perdagangan seks, dan penyeludupan lelaki, wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan buruh paksa," kata laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika hari ini.

Kedudukan Malaysia ditingkatkan ke "Tahap 2" senarai pemantauan pada 2008 selepas berada dalam "Tahap 3" dua tahun lalu.

Negara ini telah disenaraihitamkan pada 2001 tetapi kedudukannya bertambah baik dan naik ke "Tahap 2" pada tahun berikutnya sehingga 2007.

Pada tahun tersebut, kedudukan Malaysia jatuh ke "Tahap 3" tetapi pada tahun lalu, kata laporan tersebut "usaha-usaha besar telah diambil untuk memenuhi piawaian minimum dalam memerangi penyeludupan manusia" dan mengeluarkan Malaysia dari senaraihitam tersebut.
Read rest of entry

Pintu rahsia sorok GRO

IPOH: Tindakan seorang pemilik sebuah pusat karaoke menyembunyikan pelayan pelanggan (GRO) warga asing dengan membina dua pintu rahsia terbongkar apabila dikesan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, awal pagi semalam.

Dalam satu serbuan khas bermula jam 10.30 malam kelmarin dan berakhir kira-kira jam 2 pagi semalam, polis menahan 21 wanita warga China, dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat karaoke itu yang terletak di Jalan Leong Sin Nam, di sini.

Kewujudan pusat karaoke itu yang pada asalnya berkonsep premis hiburan keluarga dikatakan semakin terpesong apabila ia dipercayai menawarkan khidmat GRO warga asing yang menyediakan khidmat seks kepada pelanggan.

Jurucakap polis berkata, operasi dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam mengenai kegiatan pengusaha pusat hiburan terbabit yang menggunakan khidmat GRO warga asing tanpa permit.


Beliau berkata, pihaknya melakukan risikan dan intipan terlebih dulu sejak Khamis lalu sebelum memutuskan untuk menyerbu pusat karaoke terbabit.


Serbuan awal pada tingkat bawah premis tiga tingkat itu mendapati tiada wanita warga asing bekerja di dalamnya. Kami mengesyaki ada laluan rahsia digunakan pemilik premis terbabit untuk menyembunyikan GRO.

Selepas melakukan pemeriksaan hampir 45 minit, kami menemui dua laluan rahsia yang bersambung ke tingkat dua dan tiga bangunan itu, katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, polis terpaksa memecahkan dinding yang diperbuat daripada papan nipis dan simen untuk ke tingkat dua serta tiga.

Selepas melalui laluan rahsia itu kami menemui 10 GRO bersembunyi di tingkat dua, manakala 11 lagi di tingkat tiga. Siasatan mendapati semuanya wanita warga China dan mempunyai visa tamat tempoh selain memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Siasatan awal mendapati semua wanita terbabit berusia lingkungan 20 hingga 30an dipercayai mula bekerja di pusat hiburan berkenaan lebih tiga bulan lalu,katanya.

Menurutnya, pengusaha pusat hiburan itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, manakala 21 pelayan terbabit dihantar ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut selepas disoal siasat.

Read rest of entry

Credit Card

Salam...

Kepada sesiapa yang berminat untuk memohon credit card dari Citibank,Public Bank,Eon Bank,MBF dan Hong Leong Bank bolehlah menghubungi saya.Jika anda layak, anda bukan saja mendapat credit card malahan berpeluang menjana pendapatan dengan system baru yang dikenali sebagai network marketing credit card..


Kelayakan :

- Gaji bersih minimum rm 1.5k sebulan
- Tidak blacklist

Dokumen yang diperlukan :

- slip gaji 3 bulan
- penyata tahunan kwsp
- kad pengenalan ( photostat )
- dan lain-lain dokumen sokongan ( jika ada )

Proses untuk permohonan credit card akan mengambil masa 2-3 minggu.. Buat masa ini saya hanya membuka permohonan ini di Pulau Pinang sahaja dan insyAllah jika tiada aral melintang system ini akan diperkembangkan diseluruh Malaysia tidak lama lagi..

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan credit card dan system network marketing, bolehlah menghubungi saya .

Email / YM : arjuna_sham@yahoo.com
Tel : 017 400 2374 ( dazrul )

Terima kasih..
Read rest of entry
 

Total Pageviews