Showing posts with label Menarik. Show all posts
Showing posts with label Menarik. Show all posts

30 December 2011

Penggodam derma guna kad kredit



Kumpulan penggodam antarabangsa, Anonymous memberi sumbangan kepada beberapa pertubuhan amal menggunakan maklumat kad kredit yang dicuri daripada syarikat keselamatan Stratfor yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan akhbar Telegraph, seorang daripada penggodam berkata sumbangan itu adalah permulaan bagi serangan serupa yang akan dilakukan sepanjang minggu ini.

“Kami akan menggunakan maklumat kad kredit yang berjaya dikumpul untuk membuat lebih banyak sumbangan sehingga mencecah AS$1 juta (RM3 juta),” menurut penggodam itu melalui akaun Twitter kumpulan tersebut.

Sumbangan itu dibuat selepas Anonymous berjaya mendapat maklumat sulit daripada Stratfor, syarikat yang turut menyimpan data bagi tentera AS dan Jabatan Polis Miami AS.

Anonymous mendakwa Stratfor gagal mengunci maklumat kad kredit yang disimpan, sesuatu yang memalukan bagi sebuah syarikat keselamatan.


Read rest of entry

20 December 2011

Beli Kereta Honda Dapat Sentuh Buah Dada ?

Pelik betul syarikat Honda motor ni mempromosikan kereta keluaran mereka, dari sumber yang MR dapat ni menyatakan siapa yang membeli kereta honda akan dapat memegang buah dada.. hahaha.. kalau perempuan yang beli dapat pegang apa pulak ?


Read rest of entry

08 December 2011

Tidak pernah potong rambut selama 14 tahun

NI LIN MEI berdiri di atas kerusi semasa rambutnya diukur di rumahnya di Taiyuan, China kelmarin.



BEIJING - Seorang wanita, Ni Lin mei yang tinggal di Taiyuan, wilayah Shanxi, China memiliki rambut sepanjang 2.53 meter.
Lin mei yang berusia 55 tahun menyimpan rambut itu sejak 14 tahun lalu.
Beberapa jirannya turut membantu menyikat rambutnya yang panjang itu.

Read rest of entry

05 December 2011

Sekolah Seks Pertama Tawar Praktikal




VIENNA: Seorang wanita Sweden membuka sekolah seks antarabangsa pertama di dunia dengan menawarkan ilmu menjadi kekasih yang lebih baik.

Dengan kos kira-kira RM6,900 untuk satu semester, Sekolah Seks Antarabangsa Austria di Vienna
itu menerima penuntut yang berminat mengetahui selok-belok menjadi kekasih yang memuaskan pasangan.
Media semalam melaporkan, Ylva-Maria Thompson menawarkan ilmu menggoda secara praktikal kepada sesiapa yang berminat.
Menurutnya, sesiapa saja yang berusia lebih 16 tahun layak  menyertai ‘kolej seksual amali pertama di dunia’ itu.


“Penuntut akan tinggal dalam blok penginapan yang bercampur lelaki dan perempuan bagi membolehkan segala ilmu yang dipelajari dicuba,” katanya.

Menurut Ylva-Maria, pendidikan asas yang diberikan bukan berbentuk teori, sebaliknya praktikal.



Read rest of entry

22 November 2011

Polis tertinggi di UK.

Kalau kat Malaysia ni bukan panggil panjang dah tapi galah.Polis yang bernama Anthony Wallin ini berumur 25 tahun dan ketinggiannya adalah 2.18 cm.. huhuhu..

Read rest of entry

16 October 2011

Awek Mudim

Dah takde lelaki kot yang nak jadi 'tok mudim' ni, huhuhu..


Read rest of entry

17 September 2011

Menikah 82 Tahun, Pasangan Vietnam Minta Dimasukkan Rekod Guinness

Huynh Van Lac, yang kini berusia 110 tahun, dan istrinya Nguyen Thi Lanh, berusia 106 tahun, telah menikah sejak tahun 1929.

Huynh Van Lac (110 tahun) dan isterinya Nguyen Thi Lanh (106 tahun) merayakan 82 tahun HUT pernikahan minggu lalu 


Para pejabat Vietnam mengatakan mereka berusaha mendapatkan tempat di Guinness Book of World Records bagi pasangan warga Vietnam yang telah menikah selama 82 tahun.

Huynh Van Lac, yang kini berusia 110 tahun, dan istrinya Nguyen Thi Lanh, berusia 106 tahun, telah menikah sejak tahun 1929.

Direktur Pusat Buku Rekor Vietnam, mengatakan pasangan itu memecahkan rekor di Vietnam pekan lalu untuk pernikahan terpanjang yang pernah dicatat.

Pasangan itu menghubungkan kesuksesan perjalanan rumah tangga mereka dengan menerapkan gaya hidup sehat, berpikir positif dan menghindari pertengkaran.

Soal rahasia sukses pernikahannya, Van Lac mengungkapkan, "Anda harus tahu bagaimana untuk saling berbagi kebahagiaan dan kesedihan satu sama lain."

Puteri mereka yang kini berusia 71 tahun, Huynh Thi Hoa, mengatakan kedua orangtuanya saling mencintai dan ibunya mengurus ayahnya tanpa bantuan orang lain.

Menurut catatan rekor Guinness Book, pasangan yang paling lama menikah dan masih hidup hingga kini adalah pasangan Amerika, Herbert Fisher dan Zelmyra Fisher, yang telah menikah selama 86 tahun lebih.



Read rest of entry

08 August 2011

KERANA RM10

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?” “Ya, nak tanya apa?” “Berapa pendapatan ayah sejam?” “Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?” “Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?” “20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya; “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?” Si ayah menjadi berang dan berkata; “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni.”


Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur.

“Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira.

Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.

“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah. Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan. “Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah. “Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu. Selepas mendengar penjelasan anaknya, si ayah terus mendakap anaknya dengan penuh kasih-sayang dan bersalah kerana membiarkan anaknya diabaikan...



Read rest of entry

29 July 2011

Pantai Bogel Rasmi Pertama di Negara Islam



Khabar datang dari Turki, untuk pertama kalinya di dunia secara rasmi sebuah negara yang bermajoriti umat Islam, menyediakan tempat bagi para pelancong asing untuk berbogel ria tanpa seurat benang pun yang menempel di tubuh mereka.

Sebuah hotel baru di Turki akan membenarkan para pelancong dan pengunjung mereka yang gemar berbogel, dapat melampiaskan nafsu binatang mereka di sebuah pantai persendirian di Turki.

Hotel ini dikatakan terletak di wilayah barat daya Turki (berdekatan Laut Aegean) di resort utama Marmaris. Ianya dibuka secara eksklusif untuk pelancong asing sahaja. Tindakan hotel ini dianggap sebagai sebuah revolusi kecil di masyarakat konservatif Turki, lapor akhbarTurki Milliyet.



"Nudisme dibenarkankan di kawasan kompleks hotel, namun tidak di pantai umum yang berada berdekatan dengan sini," kata Ahmet Cosar, pengurus pemasarann hotel Adaburnu-Golmar.

Malah, untuk pengunjung yang berkeinginan 'bermain-main' di pantai tanpa benang sehelaipun yang menutupi tubuh mereka, pihak hotel akan menyediakan shuttle bus dari dan ke pantai bogel tersebut.



Read rest of entry

27 July 2011

Buaya berusia 70 juta tahun dikenal pasti





MINAS GERAIS, Brazil 26 Julai - Sejenis spesies buaya berusia 70 juta tahun bergigi besar dan mempunyai kepala seperti anjing telah dikenalpasti di sebuah pekan kecil di Brazil.

Fosil Pissarrachampsa sera yang dipercayai saintis memakan dinosaur, ditemui di dalam mendapan batu kapur di Minas Gerais oleh pekerja perbandaran.

Ketua penyelidikan, Hans Larsson dari Universiti McGill, Quebeck berkata, buaya darat yang mempunyai kepala pelik itu mendedahkan banyak tentang buaya baka Baurusuchia yang telah pupus itu.

"Buaya amfibia zaman moden mempunyai kepala yang rendah dan leper.

"Penemuan terbaru ini memberikan kita maklumat yang lebih mendalam tentang anatomi kepala baka kumpulan Baurusuchia yang pelik dan telah pupus itu," katanya.

Tambah Larsson, berdasarkan kajian mereka, ekologi baka spesies buaya tersebut berkemungkinan sama seperti anjing liar zaman sekarang.

Berdasarkan bilangan dan saiz gigi yang ditemui, pasukan penyelidik percayai buaya karnivor itu memakan haiwan bersaiz sepertinya antara 15 kaki hingga 20 kaki - dinosaur dan buaya-buaya lain.

Mereka dipercayai mempunyai penglihatan stereoskopik yang mampu mengesan mangsa dan tidak berebut seperti buaya hari ini. - Agensi



Read rest of entry

22 July 2011

Cara Nak buat Hantu Buatan

Sekiranya rumah atau dusun anda selalu dimasuki pencuri, disini MR nak share tips skit untuk menakutkan penyangak ni dengan membuat hantu buatan.. hehehe.. kira macam orang-orang kat tengah sawah untuk halau burung la tapi ni versi seram sikit..










Kalau nak balut dengan kain putih boleh jugak, tapi pastikan anda letak benda ni dekat tempat yang strategik.. . selamat mencuba..



Read rest of entry

11 July 2011

Mari Main Poker

Selalu kita tengok orang main poker kat table biasa je kan, takpun dalam game zynga poker je.. kat bawah memang taraf bapak table poker ni, macam best je,.. hehehe


Read rest of entry

06 July 2011

Hacker PS3 Dapat Kerja Di Facebook

George Hotz


Facebook dilaporkan telah mengambil George Hotz, yang menggodam sistem bagi model-model iPhone dan PS3 untuk bekerja di syarikat gergasi tersebut.

Hotz, 21, adalah individu pertama yang mencipta software di mana pengguna boleh menggunakan segala aplikasi iPhone secara percuma, atau dikenali sebagai jailbreak.

Beliau kemudiannya melakukan perkara yang sama terhadap PS3.

Sony dikatakan telah menyaman Hotz atas perbuatan tersebut.

Menurut TechUnwrapped, Hotz telah menerima perkerjaan yang ditawarkan oleh Facebook.

Berkemungkinan ia adalah sebuah projek bagi aplikasi untuk iPad.

Salah seorang daripada ahli kumpulan Chronic-Dev Team, Joshua Hill dilaporkan mengetahui tawaran yang diberikan kepada Hotz apabila Hotz menarik diri daripada satu perlawanan menggodam iPad 2 yang akan dijalankan tidak lama lagi kerana status beliau sebagai staf laman sosial tersebut.



Read rest of entry

27 June 2011

Makeup Kits berbentuk Pistol



Dior dan Chanel makeup kit direka oleh artis terkenal Belanda Ted Noten.

Chanel001 adalah pistol yang menyembunyikan lip gloss, sepit rambut, pencungkil gigi emas, botol minyak wangi, pendrive, kotak perubatan , dan bar emas.
Pistol Dior001 pula  sarat dengan lip gloss, sepit rambut antik, koleksi pil, pendrive dengan maklumat rahsia, dan bar perak.

Read rest of entry

20 June 2011

Pemandangan Dari Tingkap Flight

Selalunya bila MR nak kapal terbang MR akan duduk sebelah tingkap, maklumla, bukan selalu pun naik flight ni.. Bukan apa MR nak nikmati pemandangan indah dari udara, memang cantik dunia ciptaan Allah S.W.T kan.

Kat sini MR nak share gambar-gambar pemandangan menarik dari udara tapi bukan MR yang tangkap ye.. MR tangkap yang last je.. yang lain-lain MR dapat dari email je..

Enjoy the view..

Tampa

Read rest of entry

18 June 2011

Mari Melawat Kilang Bola Adidas

Suka main bola ? Nak tau macam mana bola itu dibuat, jom ikut MR tengok kilang bola Adidas.. :p


Read rest of entry

Burger King


Kalau korang rasa makan sebiji burger tak mengenyangkan, try la burger king ni.. hehehe.. sekampung boleh makan ni.. burger ni seberat 105 pound.Memang termonyeh la nak makan..

Read rest of entry

Kekeliruan Kes Rogol


Inilah Kartun yang menjadi isu ketika ini.. MR malas nak komen apa-apa, korang komen lah sendiri kat bawah yea..

Read rest of entry

16 June 2011

Rekaan Penutup Botol Terbaru




Berbentuk titisan air mata,penutup botol yang direka oleh Shao-Nung Chen akan membolehkan anda membuka botol Coca-Cola dengan mudah.
Design kreatif ini membuat penutup botol menjadi lebih mesra pengguna dan mudah untuk pegangan.

Read rest of entry

11 June 2011

Kembar

 Tengah jalan-jalan di alam maya ni untuk cari bahan, terjumpa la pulak gambar manusia-manusia kembar yang comel,cute,hensem,cantik dan seangkatan dengannya.MR cuba bayangkan la pulak macam mana kalau MR ni ada kembar,how the feeling ?

 Orang cakap orang kembar ni mempunyai persamaan bukan saja dari paras rupa malahan naluri,betul ke?.MR nak tulis sekarang ni lebih kepada kembar yang seiras, kembar yang tak seiras tu lain kali kita cerita.

 MR sebenarnya memang teringin nak anak kembar tapi keturunan pulak takde yang kembar, sebelah wife pun sama.Bukan apa bila MR tengok gambar kanak-kanak kembar, iskhh.. memang geram giler.. cute sesangat.. sama je semua..  tapi kembar 2 la kalau kembar 3,4,5,6 tu memang akan keluar perkataan 'alamak' dah.. Anak seorang pun dah pening ada hati nak anak kembar pulak.. hehehe..

 Jom kita tengok gambar-gambar  orang kembar yang Rancakdc2..

Geram giler tengok budak kembar ni..


Macam muka Yusry KRU la pulak








Hot Twin

Read rest of entry
 

Total Pageviews