Showing posts with label Dunia hiburan. Show all posts
Showing posts with label Dunia hiburan. Show all posts

26 December 2011

Yusry & Lisa pilih 23 Februari



Setelah pelbagai spekulasi mengenai tarikh perkahwinan mereka digembar-gemburkan, akhirnya Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani tampil mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam satu sidang media di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya, semalam.

Malah wajah ceria Lisa yang tidak lekang dengan senyuman memberi gambaran betapa berbunga hatinya apabila keluarga Yusry menghantar rombongan bertandang ke rumah Lisa malam kelmarin bagi menyerahkan cincin tanda.

Pada sidang media itu, Yusry mengumumkan akan menikahi Lisa pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan majlis penuh bermakna itu dijangka berlangsung selepas Asar. Manakala majlis resepsi diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari dalam satu majlis yang serba sederhana.

Lisa turut menjelaskan bahawa majlis yang berlangsung, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau menggembar-gemburkan kisah mereka, sebaliknya hanya mahu berlaku adil pada semua pihak media memandangkan sebelum ini sudah berjanji akan memberitahu kepada semua pihak bila sampai masanya kelak.

"Saya dan Lisa memilih tarikh 23 Februari kerana kebetulan angka 23 sangat bermakna buat Lisa kerana Lisa lahir pada 23 Mac. Tetapi saya dan Lisa tidaklah terlalu memilih tarikh.

"Kami juga tidak merancang untuk melakukan semua momen pada tarikh 23 hari bulan. Kebetulan saya selesai menjalani penggambaran Vikingdom pada 22 hari bulan dan keluarga saya bertandang pada keesokannya.

"Secara teknikalnya, majlis bertandang itu hanyalah sebahagian adat dan budaya kita sebagai orang Melayu. Tiada majlis pertunangan akan berlangsung kerana kami mengambil keputusan untuk terus bernikah. Tetapi secara simboliknya, ia adalah tanda saya sudah 'cop' Lisa," katanya disambut deraian ketawa.

Majlis pengumuman penuh bermakna itu dihadiri kedua ibu bapa Yusry, Abdul Halim dan Zarina Fenner serta turut disertai abang Yusry, Norman Abd Halim. Turut hadir ibu Lisa, Siti Amira Ahmad.

Tidak idam wedding of the year

Yusry dan Lisa bagaimanapun tidak mahu perkahwinan mereka dicanang sebagai wedding of the year kerana pasangan ini berkehendakkan hari bahagia mereka berlangsung dalam majlis penuh sederhana.

“Saya seboleh-bolehnya mahu sebuah majlis sederhana saja. Saya bukanlah seorang yang terlalu memikirkan sangat mengenai perkahwinan impian. Saya tidak cerewet dalam bab-bab majlis persandingan, kerana apa yang penting bagi saya adalah pernikahan bukan majlis persandingan gilang gemilang,” jelas Lisa.

Tambah Yusry lagi, mereka belum menetapkan sebarang tema mahupun konsep majlis resepsi mereka yang hanya mengambil masa dua bulan untuk disempurnakan itu memandangkan belum duduk semeja membincangkan urusan persediaan perkahwinan mereka lagi.

"Buat masa ini kami belum menetapkan apa-apa konsep mahupun tema perkahwinan kami. Namun kami tidak menolak andainya ada pihak yang menawarkan untuk menaja atau menjadi perunding perkahwinan kami kerana tentunya mereka lebih arif.

"Apa yang penting kami mahu perkahwinan ini diadakan seringkas mungkin dan mana tahu, kami menjadi trend setter mengadakan majlis perkahwinan yang ringkas tetapi meriah," jelas Yusry.





Bibit cinta timbul melalui BBM

Menceritakan detik-detik terbitnya bibit cinta antara dua hati ini, Lisa mengakui dia menyenangi Yusry setelah setahun berhubungan melalui Blackberry Messenger.

Katanya, sikap Yusry yang merendah diri dan tidak cuba untuk 'bermain-main' membuatkan dia menyenangi jejaka itu.

"Pada awal perhubungan, kami banyak bercapa mengenai industri dan filem. Lama-kelamaan baru kami belajar mengenali antara satu sama lain.

"Saya menyenangi Yusry kerana dia seorang yang sangat gentleman, humble, humor dan yang paling penting dia sangat jujur dalam perhubungan kami," katanya.

Malah Yusry yang kelihatan sangat gembira turut bersyukur kerana Lisa mengambil berat tentangnya dan menyayanginya sepenuh jiwa sama seperti perasaannya terhadap Lisa.

“Saya mengambil masa yang agak lama untuk membawa Lisa bertemu keluarga dan bila saya bawa dia bertemu keluarga saya, saya melihat dia seorang yang mesra dan tidak sampai setahun dia boleh sesuaikan diri dengan semua ahli keluarga saya," katanya.

Izin Lisa terus aktif

Menyentuh tentang perjalanan karier seninya selepas berkahwin, Lisa berkata, dia dan Yusry sudah berbincang mengenai perkara ini dan Yusry tidak menghalangnya untuk terus aktif sebagai pelakon selepas kahwin.

"Insya-Allah, kalau ada rezeki dan diizinkan abang (panggilan buat Yusry), saya masih lagi meneruskan kerjaya seni sebab saya suka dengan karier saya,” ujar Lisa.

Yusry juga turut menjelaskan dia menerima Lisa seadanya seperti mana sebelum berkahwin dan tidak menghalang jika Lisa mahu kekal sebagai pelakon.

Menyentuh mengenai khabar angin yang mengatakan pihak Astro telah mendapat hak penyiaran sepenuhnya untuk menyiarkan majlis persandingan mereka kelak, Yusry menyatakan yang dia tidak menafikan mahu mengesahkan berita tersebut memandangkan semuanya masih dalam perbincangan dan semua urusan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan kedua-dua belah pihak iaitu Metrowealth International Group (MIG) dan KRU Studios.

“Mengenai hal tersebut, apa yang saya boleh katakan adalah Lisa adalah wajah eksklusif Astro, jadi sama ada majlis kami nanti disiarkan atau tidak, kami masih belum memberi sebarang keputusan dan saya menyerahkan semuanya kepada pihak pengurusan kami untuk membuat sebarang keputusan,” ujar Yusry.

Sementara itu, David Teo yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MIG, menjelaskan kepada Zass, segala perbincangan mengenai penyiaran perkahwinan Lisa akan diadakan selepas ini.

"Sebelum ini tiada sebarang perbincangan yang dilakukan, tetapi selepas ini saya tidak menolak untuk mengadakan perbincangan. Apa yang penting, mana-mana pihak yang mendapat hak siaran itu perlu menghormati majlis Lisa dan Yusry serta keluarganya," katanya yang akan memastikan karier Lisa tetap berjalan dengan baik walaupun selepas berkahwin.

Keluarga merestui

Pada masa yang sama, ibu Yusry, Zarina Fenner turut gembira di atas keputusan Yusry untuk berkahwin dan menyifatkan momen indah ini sangat dinanti-nantikan.

Katanya, sebaik mengetahui Yusry berkawan dengan Lisa, dia kerap memujuk anak keduanya itu untuk membawa Lisa datang bertemu keluarga.
“Setiap kali saya tanya dia akan cakap, 'nanti, tunggu betul-betul pasti baru bawa'. Sehinggalah pada suatu hari Lisa datang ke rumah, saya terkejut melihatnya boleh mesra dengan setiap ahli keluarga saya, daripada yang kanak-kanak sehinggalah ke orang tua.

"Jadi bermula dari momen pertama itu saya sudah merestui andai ditakdirkan Lisa menjadi menantu dan menerimanya dengan tangan yang terbuka,” akuinya.

Malah perkara itu turut dikongsi bapa Yusry yang menyifatkan detik ini sudah lama dinanti kerana Yusry saja yang masih belum berumah tangga.
"Saya ada empat anak dan Yusry sahaja masih belum berkahwin. Saya selalu berdoa agar dia cepat dipertemukan dengan jodohnya dan Alhamdulillah doa saya dimakbulkan ALLAH SWT," katanya.

Bagi ibu Lisa pula, dia menerima dengan seikhlas hati keputusan Lisa untuk berkahwin dan menyifatkan kebahagiaan Lisa adalah kebahagiaan buat dirinya juga.

Sumber : Sinar Harian
Read rest of entry

06 September 2011

Gambar sharifah sofia, suami dan anaknya Baby Ariana

Kali ni dalam segmen dunia hiburan MR nak share gambar-gambar bahagia artis yang comel,gebu,montok hehehe iaitu sharifah sofia bersama anak dan suami dia.. cute betul anak dia.. kacukan la katakan.. hihihi..



Read rest of entry

22 July 2011

Persalinan Memey RM7.2 juta



KUALA LUMPUR 21 Julai - Pelakon Memey Suhaiza akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta pada majlis persandingannya dengan Norman Hakim di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.

Memey, 23, akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.

Menurut Bill Bora selaku wakil Rafflesia, sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400,000 pada hari persandingannya.

Selain dua persalinan itu yang ditaburi mutiara mengikut gred, Memey juga akan mengenakan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara untuk dipadankan dengan pakaian tersebut.

"Sejak minggu lepas, borang penyertaan untuk rekaan pakaian perkahwinan Memey sudah dibuka kepada semua pereka fesyen yang berminat.

"Pakaian itu kelak akan dipadankan dengan anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara. Terpulang kepada pereka untuk menghasilkan pakaian itu, namun kedua-duanya perlu dihiasi mutiara.

"Selain itu, Memey juga akan mengenakan dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo," katanya.

Kata Bill, Memey amat beruntung kerana pereka kasut ternama itu sudi menghasilkan kasut khas bertatah mutiara untuk majlis perkahwinannya yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.

Memey dan Norman, 35, bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

"Persandingan mereka boleh dianggap sebagai wedding of the year kerana mendapat sentuhan orang ternama," katanya.

Kata Bill, Memey dan Norman dipilih kerana sebagai pasangan selebriti, kedua-duanya sentiasa menjadi perhatian ramai dan dinanti-nantikan penampilan mereka.




Read rest of entry

28 June 2011

Jimmy Shanley Dapat Anak Perempuan



PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley yang baru sahaja menerima kelahiran cahaya mata sulungnya, Zahrah Shanley pada 24 Jun lalu, mahu anak perempuannya itu membesar di depan mata.

Bayi seberat 2.2 kilogram itu selamat dilahirkan oleh isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh pada pukul 6 petang, Jumaat lalu.

“Setelah isteri saya selesai berpantang di rumah mak mertua saya, saya akan membawa anak kami tinggal bersama-sama saya dan membesarkan dia secara sederhana. Jadi, isteri saya perlu mengikut serta jika dia mahu tinggal bersama-sama anak.

“Saya rasa, itu sahaja cara yang saya perlu lakukan untuk membawa isteri saya pulang kerana saya tidak akan menceraikan isteri saya seperti yang diinginkan olehnya,” kata Jimmy ketika dihubungi mStar Online, Ahad.

Jimmy yang telah melawat anak dan isterinya di hospital memberitahu makna Zahrah adalah sesuatu zahir yang cantik. Nama itu juga dipilih sempena gabungan hujung nama ibunya, Azizah (Zah) dan ibu mertuanya, Muniroh (rah).

“Saya sempat menjaga Zahrah sehingga pukul 2 pagi semalam. Bagaimanapun saya tidak boleh berlama-lama dengan dia sebab mempunyai komitmen lain yang perlu dilakukan.

“Bagaimanapun, saya akan meminta izin daripada mertua saya untuk tinggal sementara di rumahnya untuk sentiasa dekat dengan Zahrah. Kalau boleh saya nak Zahrah membesar depan mata saya,” ujarnya lagi.

Tambah Jimmy lagi: “Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani.

“Sudah sembilan bulan saya hidup sendirian dan tidak akan memikirkan untuk berkahwin lain atau mencari pembantu rumah untuk menjaga anak saya.”

Selepas isterinya selesai berpantang, Jimmy juga merancang untuk meraikan anaknya dalam majlis cukur jambul di rumah keluarga ibu mertuanya di Tanjung Dawai, Sungai Petani.

Sebelum menutup bicara, Jimmy turut sempat meluahkan: “Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.”

Pasangan Jimmy dan Suhaila bernikah pada 1 Oktober 2010.

Pada 8 Mac lalu, Jimmy memfailkan permohonan nusyuz agar isterinya kembali taat kepadanya kerana anak.

-Tahniah MR ucapkan buat Jimmy..





Sumber Mstar Online
Read rest of entry

22 June 2011

Marsha kahwin senyap-senyap



KUALA LUMPUR: “Ya, memang saya sudah berkahwin, Ahad lalu,” kata penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26, sekali gus menamatkan pelbagai gosip mengenai status terkini dirinya.

Artis berasal dari Sabah itu dicungkil bakatnya melalui program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) berkata, majlis perkahwinannya berlangsung di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.

Bagaimanapun, dia yang berketurunan Dusun dan beragama Kristian enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu serta menafikan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan media.

“Bukan niat saya menyembunyikannya daripada media tetapi saya cuma mahu melakukan kejutan. Bagaimanapun, saya akan menjelaskan segala-galanya kepada rakan media dalam minggu ini.


“Buat masa ini saya perlu mendiamkan diri terlebih dulu kerana saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Credit to Metro Online



Read rest of entry

17 June 2011

Luahan hati Jimmy Shanley




Inai masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.

Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.



Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.

Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.

Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.

Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.

Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.

Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.

Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.

Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.

Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.


Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.

Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.

Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.

Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.

Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.

Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.

Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.

Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.

Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.

Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.

Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.

Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.

Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.

Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.

Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.

Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.

Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.

Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.

Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.

Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.

Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.

Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.

Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”


Read rest of entry

16 June 2011

Gambar Kad Kahwin Tomok

 Inilah gambar bakal isteri Tomok yang lebih dikenali sebagai Ayu. Cantik, menarik dan tertarik sungguh isteri Tomok. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.




Dibawah ini adalah antara kad kahwin mereka yang ekslusif.. Kredit to mamammondoq.com

Read rest of entry

14 June 2011

Hunny Madu Tunggu Anuar Zain Empat Tahun




KUALA LUMPUR: Penyampai radio dan penyanyi Hani Farhana Mohd Hatim, 27, atau Hunny Madu mengakui berpuas hati dan gembira apabila impiannya untuk berduet dengan penyanyi Anuar Zain terlaksana selepas empat tahun menunggu.

Kata Hunny, memandangkan lagu ciptaannya berjudul Kisah Kita itu digubah semata-mata untuk berduet dengan penyanyi lelaki tersebut, dia sanggup menyimpan lagu berkenaan jika gagal mendapatkan Anuar sebagai teman duet.

"Sejak kecil lagi saya sudah jatuh cinta dengan nada suara dan cara nyanyian Anuar yang berbeza dan cukup mengasyikkan di mana kualiti itu jarang ada pada penyanyi lelaki di Malaysia.

"Lagu Kisah Kita memang saya gubah untuk berduet dengan Anuar dan jika tidak dapat saya akan simpan saja lagu itu dan tidak akan nyanyi sendiri atau dengan orang lain.

"Sebab itu saya tulis lagu itu mengikut kesesuaian suara dan cara nyanyian Anuar," katanya yang ditemui pada pelancaran album Pulau Janji di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), di sini, baru-baru ini.

Berkongsi tentang pengalamannya bekerjasama dengan Anuar, Hunny berkata, dia terpaksa menempuh pelbagai cabaran sebelum menghasilkan lagu berentak balada itu.

"Semuanya bermula kira-kira empat tahun. Namun, saya hanya mendapat pengesahan daripada pengurusan Anuar kira-kira dua tahun yang lalu.

"Rakaman lagu ini adalah yang paling lama untuk disiapkan iaitu antara enam hingga tujuh bulan kerana ia melibatkan banyak pindaan pada susunan muzik dan vokal.

"Dua tiga kali juga vokal saya tidak selaras dengan ton suara Anuar yang besar hingga memaksa saya untuk menghadiri kelas vokal bersama Lah Ahmad. Hasilnya, saya berpuas hati dengan lagu itu," katanya.

Album sulung Hunny itu memuatkan 12 lagu seperti Dari Masa Hadapan, Kisah Kita (duet bersama Anuar Zain), Hey R (duet bersama Najwa) dan Miss Strong .

Album edaran Laguna Music itu akan mula berada di pasaran pada minggu depan. Bagaimanapun, pembelian album secara digital kini boleh dilakukan menerusi laman web rasmi Laguna Music.

Selain bidang nyanyian, Hunny turut mengendalikan segmen Malaysia’s Hottest Music di stesen radio Fly FM pada setiap hari pukul 10 pagi hingga 1 petang.

Sumber
Read rest of entry

10 June 2011

Rozita Che Wan Masuk Hospital



\ Pelakon Rozita Che Wan, 38, dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, dekat sini kerana dipercayai menghidap hepatitis.

 Rozita pada mulanya mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu pada Isnin lalu selepas berasa sakit kepala dan akhirnya terpaksa ditahan untuk pemeriksaan.

“Doktor yang membuat pemeriksaan mengatakan Rozita menghidap hepatitis dan dia perlu ditahan untuk pemantauan,”

Rozita juga enggan menerima sebarang pelawat kerana mahu berehat melainkan ahli keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan berhubung dengannya.

Akibat kejadian itu, beberapa penggambaran drama yang melibatkan Rozita terpaksa ditangguhkan sehinggalah pelakon itu benar-benar sembuh.

-MR doakan agar RCW cepat sembuh ye..- amin.



Read rest of entry

02 June 2011

MahaRaja Lawak di PISA Penang


Pada minggu ini, rancangan MahaRaja Lawak akan membuat kelainan dengan mengadakan pentas MRL diluar Kuala Lumpur.Tadi MR sempat la pergi ambil pas masuk di Pisa Penang, memang ramai giler sejak pukul 2 petang lagi.Pas masuk percuma cuma akan diberikan pada pukul 4.

Tapi MR agak kecewa dengan pihak pengurusan yang nak memberikan pas masuk ni, memang kelam kabut,nak beli tiket final bola sepak pun tak macam ni.Cukup seksa nak masuk dalam stadium untuk ambik pas masuk ni, mana taknya pegawai yang bertugas hanya jaga dalam stadium saja,kat luar memang macam sardin la nak berebut masuk, tak ada barisan langsung dah.Dah la nak masuk punya seksa berhimpit-himpit,bila dah masuk dia bagi satu pas saja, terpaksa la MR masuk 2 kali,takkan nak tengok MRL sorang-sorang pulak.



Pada peserta MRL, diharap agar tak mengecewakan para peminat anda di Penang ni.Orang kata kalau persembahan mereka menghiburkan,berbaloi la bersesak-sesak untuk mendapatkan pas masuk ni..

Kat bawah MR sempat snap gambar masa bersesak-sesak masa nak ambil pas masuk MRL di PIsa Penang..










Read rest of entry

19 May 2011

10 Band Metal Yang Paling Berpengaruh di Dunia

10. NAPALM DEATH
Napalm Death adalah sebuah band grindcore/death metal yang paling bertahan lama, mereka berasal dari Birmingham, Britain. Mulanya band dibentuk di desa Meriden dekat Birmingham, Britain pada tahun 1981[4] oleh Nicholas Bullen dan Miles Ratledge, dengan nama band awal Civil Defence. Band-band baru yang influenced dari mereka seperti : Catherdal, Carcass


NAPALM DEATH

9. DEATH
Death adalah band death metal Amerika yang paling berpengaruh, didirikan oleh vokalis sekaligus gitaris Chuck Schuldiner. Pada tahun 2001, band bubar kerana kematian Schuldiner.
Mereka di akui sebagai salah satu group paling berpengaruh di genre death metal. Debut album band "Scream Bloody Gore" dianggap sebagai pola genre tersebut, dijelaskan oleh para penganalisa sebagai "Dokumen prototype pertama death metal". Hanya Schuldiner salah satu orang yang pertama berada di band dari awal hingga akhir. Para penulis biografi muzik telah menganugerahkan Schuldiner sebagai "bapa death metal".
DEATH


 8. SLAYER
Slayer adalah group muzik thrash metal Amerika Syarikat, dibentuk pada tahun 1982 oleh Jeff Hanneman dan Kerry King di Huntington Park, California. Kelompok ini telah mengeluarkan 10 album studio, 2 album live, dan 1 boxed set. Mereka mulai terkenal di tahun 1980-an terutama setelah album mereka Reign in Blood (1986). Bersama dengan Metallica, Anthrax, dan Megadeth mereka adalah 4 besar band thrash metal.

SLAYER

 7. MANOWAR
Manowar adalah band beraliran power metal yang mana lirik mereka sering berisikan tentang fantasi dan bagaimana menjadi seorang pejuang. Kalau didengar-dengar, agak sama seperti band-band sejenis seperti mereka : Hammerfall, Dragonforce.

MANOWAR


6. CELTIC FROST
Celtic Frost adalah pelopor band beraliran gothic metal yang paling pengaruh. Berbeza dengan progressive metal di mana percubaan dilakukan terutama dalam complex rhythms dan struktur lagu dan mempertahankan instrument traditional, mereka menggunakan suara-suara yang tidak lazim.


CELTIC FROST

5. MOTOR HEAD
Motörhead adalah kelompok muzik heavy metal yang didirikan pada 1975 di London, Britain oleh pemain bass Lemmy Kilmister. Mereka telah meraih kesuksesan dan mempengaruhi banyak kelompok musik lainnya. Mereka juga dianggap sebagai salah satu band dalam New Wave of British Heavy Metal et Thrash Metal.

MOTOR HEAD


 4. METALLICA
Metallica didirikan pertama kali di Los Angeles - Amerika Syarikat dengan nama The Young of Metal Attack. Beberapa bulan kemudian group ini berganti nama dengan Metallica yang konon merupakan gabungan kata Metal dan Vodca. Nama Metallica sendiri sebenarnya adalah nama yang diusulkan untuk sebuah majalah muzik yang dicuri oleh Lars Ulrich sebelum majalah tersebut mendapat nama tersebut. Cliff Burton (bassis) meninggal dalam kemalangan bas 27/9/1986, tempatnya digantikan oleh James Newsted, bassis dari group Floatsam and Jetsam.


3. IRON MAIDEN
Iron Maiden adalah kelompok muzik heavy metal yang didirikan pada 1975 di London, Britain oleh pemain bass Steve Harris. Mereka telah meraih kejayaan dan mempengaruhi banyak kelompok muzik lainnya. Vokal Bruce Dickinson yang sangat kuat benar-benar menguatkan band ini. Lirik lagu mereka catchy dan memorable.Mereka juga dianggap sebagai salah satu band dalam New Wave of British Heavy Metal. Band-band baru banyak yang terinspirasi dari mereka seperti : Bullet for My Valentine, Chilrdren of Bodom






2. JUDAS PRIEST
Judas Priest adalah salah satu kelompok muzik heavy metal paling berpengaruh. Band ini didirikan pada 1969 di Birmingham, England oleh K.K. Downing dan Ian Hill. Formasi klasik mereka termasuk vokalis Rob Halford, gitaris K.K. Downing dan Glenn Tipton, dan bassist Ian Hill. Lagu mereka Painkiller, You’ve got another thing comin’, and Breaking the Law sangatlah classic. Salah satu band beraliran sport metal terbaik sepanjang masa.




1. BLACK SABBATH
Black Sabbath adalah kelompok muzik dari England yang dianggap sebagai salah satu pemula aliran musik heavy metal pertama. Didirikan oleh Ozzy Osbourne (vokal), Tony Iommi (gitar), Geezer Butler (bass) dan Bill Ward (drum), mereka telah mengalami begitu banyak pergantian anggota sehingga pada satu saat hanya Iommi yang tinggal dari formasi awal. Black Sabbath juga telah beberapa kali mengadakan reunion dengan bekas-bekas anggotanya, baik di konsert mahupun di studio rakaman. Ketika ini status mereka adalah vakum, dengan masing-masing anggota menumpukan pada karier solo masing-masing.

BLACK SABBATH
Read rest of entry

14 May 2011

Gambar anak kembar Sazzy Falak dan Nazril

 Tahniah MR ucapkan pada Sazzy Falak dan Nazril Idrus kerana telah dikurniakan cahaya mata kembar yang diberi nama Iman Lily dan Tiara Rose pada 28 April lalu.




 Menurut kata Sazzy melalui laman twitter, Iman Lily dan Tiara Rose mudah dibezakan kerana mereka bukan kembar yang seiras..


MR- teringin nak dapat anak kembar..

Read rest of entry

01 May 2011

Keranamu Laila Slot Zehra di TV3


Hari Jumaat td MR telah menonton cerita Keranamu Laila di tv3, best la pulak, mcm nak kena tengok tiap-tiap minggu rasanya.. hehehe.. Faktor utamanya pasal jalan ceritanya best.. ( ye la tu ) dan yang keduanya pasal pelakonnya iaitu Izara Aisyah, ( dulu bukan ejaan Ixara Aisyah ke ).. kat sini MR sertakan sipnopsis tentang Drama Keranamu Laila ni..

Sipnopsis Keranamu Laila

Mengisahkan konflik hidup Tan May Ling (May), wanita naif yang dirundung malang setelah dikhianati dan ditinggalkan suaminya.
Hidup May bagaikan pusingan roda. Dia yang berasal daripada sebuah keluarga yang berada telah jatuh cinta dengan pekerja ayahnya, Fendi, namun ketika mereka sedang diulit bahagia, May menjadi mangsa rogol oleh sekumpulan lelaki yang disangka musuh papanya. Apa yang berlaku telah memberi tamparan yang hebat pada May, namun Alex mampu menarik nafas lega apabila Fendi menyuarakan kesanggupannya untuk mengahwini May. May kemudiannya memeluk Islam dan menjadi isteri Fendi yang sah.
Namun, kebahagiaan yang dimpikan oleh May untuk hidup bersama Fendi berkecai apabila Fendi mula meragui kandungan May. Fendi menganggap kandungan May bukan anaknya, sebaliknya hasil haram dari kejadian rogol tempoh hari. Fendi mendesak May untuk menggugurkan kandungan namun May enggan. Hubungan mereka mula berantakan. Kemelut semakin meruncing apabila Kamal tiba-tiba muncul dan mengakui yang anak di dalam kandungan May adalah hasil hubungan cinta mereka berdua. Kamal mengakui kononnya dia dan May adalah pasangan kekasih. Fendi rasa tercabar dan bertindak meninggalkan May ketika dia sedang sarat mengandung.
Rupa-rupanya, Fendi telah mengatur segalanya dan hanya mempergunakan May sebagai alat untuk membalas dendam terhadap Tauke Alex, ayah May yang dianggap sebagai penyebab kematian kedua-dua orang tuanya. May bertambah kecewa apabila mendapat tahu yang Fendi sebenarnya sudah berkeluarga sebelum mengahwininya. May nekad meninggalkan bayi di hadapan rumah Fendi kerana dia tidak mampu menyara anaknya, Laila. Walaupun Laila dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh isteri Fendi, Mazni, namun dia tidak dapat memaafkan ibu kandung yang sanggup membuang anaknya sendiri.




Masa telah berlalu dan kini, May menyara diri dengan hasil yang diperolehi dengan mengutip tin-tin kosong dan barang terpakai lain di lorong-lorong. May menerima simpati daripada seorang pemuda, Qayyum yang berkerja secara sambilan di sebuah cafe. Qayyum sering menyimpan tin-tin kosong untuk diserahkan kepada May. Setiap kali terdengar laungan azan dari masjid berdekatan, May tertarik mendengarnya. May merahsiakan pegangan agama daripada pengetahuan kawannya, Salimah kerana dia berasa malu pada dirinya yang jahil tentang agama Islam.
Fendi pula telah berjaya dalam perniagaannya setelah menerima sejumlah wang daripada Tauke Alex. Di sebalik aktiviti amal yang rancak dijalankan, Fendi sebenarnya mengharapkan penganugerahan pangkat dan bukannya ikhlas untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Fendi juga pandai menyembunyikan hubungannya bersama May daripada pengetahuan isterinya, Mazni. Mazni hanya mengenali May sebagai anak Tauke Alex yang telah menghilangkan diri selepas tragedi keluarganya.
Laila yang kini dewasa mengharapkan cinta daripada Qayyum tetapi Qayyum hanya menganggapnya sebagai kawan. Laila mula kecil hati dengan May kerana Qayyum lebih memberikan perhatian kepadanya. Apa yang Laila tidak tahu ialah May sebenarnya merupakan ibu kandungnya. May pula telah membuka hatinya kepada Allah dan mula mempelajari agama Islam daripada Salimah. May sentiasa berdoa agar dapat bertemu dengan anaknya suatu hari nanti tanpa mengetahui Laila ialah bayi yang ditinggalkan olehnya. Rahsia yang terpendam bertahun lamanya kini akan terbongkar apabila Fendi bertemu semula dengan May. Dapatkah Laila memaafkan dan menerima May sebagai seorang ibu? Apakah yang akan terjadi kepada Fendi, May dan Mazni? Adakah Qayyum akan menerima cinta Laila?

Read rest of entry

25 April 2011

Bieber dikritik kerana sebut Hello, Manila di KL

 MANILA - Penyanyi terkenal, Justin Bieber dikritik di laman Twitter kerana dia menyebut, "Hello, Manila" semasa melakukan persembahan di Kuala Lumpur pada minggu lalu.
Menurut laporan stesen televisyen ABC semalam, dia sepatutnya menyebut Hello, Malaysia dan bukannya Hello, Manila dalam persembahan pada 21 April lalu.

"Justin Bieber mengalu-alukan rakyat Malaysia Hello, Manila, memakai jersi Barcelona (kelab bola sepak) di Madrid. Justin Beiber, anda memerlukan peta," kata seorang peminat yang mahu dikenali sebagai abygo.

Seorang lagi pengguna Twitter menyatakan: "Justin Biber kepada para peminatnya di Malaysia: Hello Manila! Hahaha! Saya menyayanginya. Dia seperti makhluk planet Marikh."





Bagaimanapun, gelagat Bieber itu mencetuskan kegembiraan dalam kalangan peminat di Filipina kerana dia akan membuat konsert di sini pada 10 Mei depan.

"Justin Bieber menjerit Hello Manila berbanding Hello Malaysia .. haha mungkin dia terlalu teruja untuk datang ke sini," kata seorang pengguna Twitter ClichaeyeLuvJB.

Seorang lagi pengguna laman itu, JerielBeliebs berkata:
"Hello Manila? teruja sangat si Justin."

Bieber yang berusia 17 tahun dan dilahirkan di Kanada kini dalam siri lawatan ke Asia.
Kelmarin, dia yang terkenal dengan lagu Baby membuat persembahan di Sentul, Bogor, Indonesia. - Agensi
Read rest of entry

21 April 2011

Gigi Selebriti - sebelum dan selepas

Gigi yang cantik adalah penting untuk menjadi selebriti, kerana mereka hendaklah selalu melemparkan senyuman kepada peminat,kalau tidak mungkin mereka dikatakan sombong.Berikut ada beberapa selebriti Hollywood yang membuat pembedahan untuk mencantikan gigi mereka..


Tom Cruise
Victoria Beckham
Miley Cyrus
Katie Price
Read rest of entry

18 April 2011

Filem Cun terbaik!

cun3.png

Filem komedi romantik terbaru arahan Osman Ali iaitu ’Cun’ semakin mendapat sambutan hebat semenjak ianya ditayangkan bermula 31 Mac 2011 yang lalu. Ternyata kombinasi hero filem Malaya yang etrbaru iaitu Remy Ishak berserta gandingannya yang hebat, Maya Karin berjaya menguatkan lagi jalan cerita di dalam filem ini. Semenjak ianya ditayangkan, filem ini telah berjaya membuat kutipan hampir RM1 juta dan daripada respon ramai peminat yang menggemari filem ini, tidak mustahil ianya akan meningkat dari semasa ke semasa. Meskipun terpaksa bersaing dengan pelbagai filem di pawagam, filem ini masih lagi mendapat tempat di kalangan pencinta filem tanahair.

Jika suatu ketika dahulu, pernah ada gosip yang mengisarkan mengenai keintiman di antara Remy Ishak dan juga Maya Karin, seharusnya anda menonton filem ini kerana gabungan keduanya begitu menjadi di dalam filem ini. Dan seperti biasa, pengarahnya iaitu Osman Ali amat kreatif dalam memilih lokasi. Berlatarkan kehijauan sawah padi dan gunung-ganang serta suasana damai desa, dia berjaya membawa penonton untuk sama-sama menikmati paparan alam depan mata sekali gus ‘hidup’ dalam dunia cereka komersil ketiganya itu. Tidak hairanlah mengapa filem ini terasa dekat dengan jiwa penonton.

cun1.png

Sedikit sinopsis mengenai filem ’Cun’ ini, ianya mengisarkan mengenai Luna Latisya lakonan maya Karin yang merupakan seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon lakonan jehan Miskin. Program yang diacarakannya berjudul ’Meletops’memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi pelbagai selebriti tanahair. Dan untuk episodnya yang terkini, program ‘Meletops’ perlu ke rumah Ryan Hidayat untuk membuat kejutan sempena hari lahirnya.

Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Dek kerana berang dengan peristiwa tersebut,Luna terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan lakonan Remy Ishak yang merupakan kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung, namun kerana penerimaan orang kampung yang begitu baik dengannya membuatkan Luna berubah hati. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama.

cun2.png

Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Ketika Luna sedang gembira dengan kehidupan barunya, krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Dan kebetulan pula, Ryan turut serta datang untuk memujuk Luna kembali kepadanya. Disebabkan tiada pilihan, Luna pulang ke Kuala Lumpur apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna.

Pelbagai konflik berlaku apabila Luna kembali ke kotaraya yang menjadi sebahagian hidupnya. Jangan lupa menyaksikan filem komedi romantik ini kerana garapan ceritanya ternyata lain daripada yang lain dan mampu mengubah persepsi orang ramai yang mengandaikan bahawa filem ini hanya biasa-biasa sahaja. Berikanlah sokongan kepada industri perfileman tanahair kita ya!

credit to - Syakireen Othman
Read rest of entry
 

Total Pageviews