Showing posts with label Berita / News. Show all posts
Showing posts with label Berita / News. Show all posts

30 December 2011

Disco berbentuk masjid di Sepanyol milik bekas penjaga gol Real Madrid






Siapa pemilik disco di Sepanyol yang menyerupai masjid dengan nama La Meca? Ternyata dia seorang bekas penjaga gol  real madrid, Santiago Canizares.

La Meca merupakan disco yang paling popular di kota pesisir Aguila, di Murcia, Sepanyol, pada 1980-an dan 90-an sebelum ditutup satu dekad lalu. Kemudian disco ini kembali dibuka pada 18 Jun 2010 dengan nama yang sama, sehingga mengundang kontroversi di kalangan umat muslim di negara tersebut.

Kontroversi tersebut semakin besar setelah hacker masuk ke website disco tersebut, kemudian memposting videonya. Tentu saja hal tersebut akan mengancam peperangan besar antara Sepanyol dan orang-orang Islam di seluruh dunia, jika tempat tersebut tidak mengganti namanya.

Akibat kontoversi tersebut, akhirnya ketua perisik memperingatkan pemilik disco, Santiago Canizares. Kerana saat ini mereka menjadi target ekstrimis muslim yang mengistiharkan disco tersebut telah menghina agama islam.

Kemudian Santiago Canizares pun setuju untuk mengganti nama disco miliknya setelah bertemu dengan para pemimpin Muslim di Sepanyol.

Sebelumnya badan perisik Sepanyol, National Intelligence Centre , memperingatkan para pemilik atas ancaman yang dilakukan secara online yang dilakukan umat muslim moderat Sepanyol yang meminta supaya nama disco tersebut diubah.

Ketua Federasi Entitas Agama Islam Sepanyol Mohamed Ali, mengatakan bahawa Mekah merupakan tempat suci orang Islam, dan tempat Nabi Muhammad menerima kitab suci Al-quran.

“Menggunakan nama La Meca untuk memanggil tempat yang digunakan untuk menari dan minum, itu menghina perasaan umat Islam ,” katanya. , “Padahal umat Islam selalu peka terhadap perasaan non-Muslim,” ujarnya.



Read rest of entry

Penggodam derma guna kad kredit



Kumpulan penggodam antarabangsa, Anonymous memberi sumbangan kepada beberapa pertubuhan amal menggunakan maklumat kad kredit yang dicuri daripada syarikat keselamatan Stratfor yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan akhbar Telegraph, seorang daripada penggodam berkata sumbangan itu adalah permulaan bagi serangan serupa yang akan dilakukan sepanjang minggu ini.

“Kami akan menggunakan maklumat kad kredit yang berjaya dikumpul untuk membuat lebih banyak sumbangan sehingga mencecah AS$1 juta (RM3 juta),” menurut penggodam itu melalui akaun Twitter kumpulan tersebut.

Sumbangan itu dibuat selepas Anonymous berjaya mendapat maklumat sulit daripada Stratfor, syarikat yang turut menyimpan data bagi tentera AS dan Jabatan Polis Miami AS.

Anonymous mendakwa Stratfor gagal mengunci maklumat kad kredit yang disimpan, sesuatu yang memalukan bagi sebuah syarikat keselamatan.


Read rest of entry

Token khas sempena tahun baru



Transit Laju Ringan RapidKL akan menjual token peristiwa khas kepada pengguna, bagi perjalanan pergi-balik menjelang tahun baru pada Sabtu ini.

 Pengarah Kumpulan Prasarana bagi Rel, Khairani Mohamed berkata token khas itu akan dijual mulai 5 petang hari Sabtu di semua 49 stesen.

Beliau berkata token itu akan hanya sah untuk hari operasi tertentu pada 31 Dis, ketika perkhidmatan LRT akan dilanjutkan beberapa jam selepas tengah malam bergantung pada sambutan orang ramai.

“Saya minta semua pengguna agar bersabar berikutan jumlah penumpang yang dijangka besar di stesen LRT pada hari menjelang tahun baru,” katanya dalam satu kenyataan di sini,semalam.

Beliau menasihatkan penumpang menggunakan kad MyRapid untuk bergerak masuk dan keluar dengan pantas dan selesa di pintu tiket.



Read rest of entry

26 December 2011

Lagi Gay Melayu Kawin



Dalam pada masyarakat kecoh memperkatakan mengenai tindakan seorang pelajar Melayu yang berkahwin dengan pasangan sejenisnya di Dublin, kini ramai pula yang sedang memperkatakan kononnya ada seorang lagi pemuda Melayu yang pernah berbuat demikian di luar negara.

Bahkan dia dikatakan terlebih dahulu melakukan ‘perkahwinan’ sebegitu, dan ianya dilangsungkan di Greece.

Dalam erti kata lain, kalau perkara ini benar, bukan satu, tetapi sudah dua pemuda Melayu yang dikesan terlibat dalam perkahwinan homoseksual ini.

Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece itu ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.

Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.

Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.

Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.

“Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini),” catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.

Jauh di sudut hati, penulis harap berita ini tidak benar tetapi jika ia sungguh bagai dikata, penulis hanya mampu beristighfar dan beristighfar.

Harap ia tidak terjadi pada anak cucu dan keturunan kita, Nauzubillah – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Credit : sozcyili.blogspot.com


Read rest of entry

21 December 2011

Bini Tak Guna

Kalau dulu kita dengar lelaki je yg top ranking bab curang2 ni tapi zaman sekarang ni MR rasa dah 50-50 dah.. curangnya pulak melampau-lampau..  donia-donia.. :-(

Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR: Hancur luluh hati seorang suami apabila mendapat tahu isteri tersayang menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain dan sudah terlanjur dalam kejadian di Jalan Klang Lama, di sini.
Hubungan sulit wanita 30-an itu bermula pertengahan 2010 diketahui suaminya kelmarin melalui facebook isterinya itu sebelum cuba bertanya keadaan sebenar hingga mereka bertengkar.

Menurut sumber polis, lelaki berusia 40 tahun itu terkejut mendengar pengakuan isterinya yang sanggup menduakan dirinya dengan lelaki lain.
Katanya, suami berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Damansara, semalam.

“Suami terbabit tidak menyangka isterinya sanggup melakukan hubungan seks dengan lelaki lain lebih 10 kali, selain mengaku mencintai lelaki itu lebih daripada dirinya.

“Isterinya membuat pengakuan bahawa sanggup menunggu teman lelaki ‘gelapnya’ itu walaupun banyak rintangan dihadapi,” katanya di sini, semalam.
Selepas mendengar pengakuan isterinya, suaminya membuat laporan polis kerana mahu tindakan lanjut diambil ke atas lelaki itu.

Sumber berkata, wanita itu juga mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota ketika suaminya tiada di rumah.



Read rest of entry

07 September 2011

Hanya RM 10

Gambar Hiasan



KOTA KINABALU: Hanya RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.
Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi.
Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.

“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.


Aduhai, harga apom sama dengan harga rokok dunhill sekotak... apa la nak jadi.. ;(






sumber - Metro Online
Read rest of entry

13 July 2011

Tony jadi hos The Apprentice Asia


SINGAPURA 12 Julai - Taikun penerbangan, Tan Sri Tony Fernandes, akan menjadi hos edisi Asia siri televisyen yang digemari ramai, The Apprentice. Ini diumumkan hari ini oleh pengeluar program realiti Asia, RGM, iaitu satu syarikat filem dan televisyen yang berpangkalan di Singapura.

The Apprentice, yang direka dan dikeluarkan oleh Mark Burnett Productions, telah mencatatkan kejayaan selepas kemunculan sulung pada 2004 di Amerika Syarikat dengan jutawan Donald Trump sebagai hos dan pengeluar eksekutif bersama.

Program itu telah difrancaiskan pada peringkat antarabangsa, termasuk di United Kingdom, yang dihoskan ole Lord Sugar.

"Kami gembira dengan Tony. Beliau seorang ahli perniagaan yang berjaya dan berkrismatik dan tokoh Asia yang boleh dikaitkan dengan kejayaan di seluruh dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif RGM Devesh Chetty semasa mengumumkan program itu.

Semasa mengulas mengenai perkara itu, Fernandes berkata: "Ia mengujakan untuk menjadi peneraju The Apprentice Asia. Kita akan melihat sesetengah bakat perniagaan yang cemerlang di rantau ini bersaing dari jalanan ke bilik lembaga pengarah."

The Apprentice Asia akan menghimpunkan sejumlah eksekutif perniagaan dari pelbagai industri dan negara di rantau ini dengan melakukan penyingkiran sehingga seorang calon menjadi pelatih bergaji besar kepada Fernandes. — Bernama



Read rest of entry

15 June 2011

Tikus gergasi gigit kanak-kanak



CAPE TOWN - Polis Afrika Selatan menangkap sejenis tikus gergasi yang dipercayai menggigit sehingga mati dua orang kanak-kanak di kawasan setinggan di negara itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Tikus sebesar seekor kucing dan sepanjang satu meter itu memiliki gigi hadapan lebih dua sentimeter panjang.

Pada minggu ini, seorang budak perempuan berusia tiga tahun, Lunathi Dwadwa maut diserang mamalia tersebut ketika dia tidur di rumah ibu bapanya dekat sini.

Seorang bayi lain terkorban dalam serangan serupa pada hari yang sama di ibu negara Afrika Selatan, Johannesburg.




Read rest of entry

10 June 2011

Pakaian seksi untuk pastikan suami puas

Sekadar Gambar Hiasan


RAWANG: Presiden Kelab Taat Suami Malaysia mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi.

Bagi Fauziah Ariffin yang menerajui kelab dianggotai 800 ahli itu, sebagai isteri yang taat, itu adalah cara terbaik untuk memberi layanan kepada suami.

“Bukan seperti isteri masa kini yang kebanyakannya tidak melayan suami dengan baik dan hanya berpakaian cantik di luar, tetapi di rumah kelihatan selekeh dan tidak menarik.

“Masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat,” katanya di sini, semalam.

Pengarah Ikhwan Catering and Restaurant itu, berkata isteri juga perlu tahu peranan mereka yang sebenar, malah ada pihak berpendapat melayan suami bukan saja dari sudut seks tetapi juga memasak, membasuh dan menjaga anak.

“Itu benar, tetapi perlu tahu apa keutamaannya kerana kerja rumah boleh diserahkan kepada orang gaji, tetapi layanan di tempat tidur bolehkah beri pada orang gaji?

“Oleh itu perlu rujuk kepada keperluan utama, bila isteri taat, akan lahir suami penyayang,” katanya yang juga isteri kedua.

Baru-baru ini, kenyataan Naib Presiden kelab berkenaan, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mahu Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab itu.





Kelmarin, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin pula menyuarakan pandangan bahawa kelab itu dilihat hanya mementingkan nafsu untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Sejak dilancarkan 1 Mei lalu, kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia.

Mengenai kenyataan Dr Rohaya pula, beliau berkata ia bukan untuk menyamakan isteri dengan golongan pelacur yang terjebak dalam masalah sosial itu.

“Masalahnya masyarakat kita bayangkan pelacur hanya di Lorong Haji Taib, sedangkan pelacur kelas pertama ini adalah di kalangan pelayan pelanggan yang dihantar pihak atasan ketika perundingan antara dua negara,” katanya.

Sementara itu, kenyataan yang menyamakan tugas melayan suami dengan pelacur kelas pertama turut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan pembaca Berita Harian yang menyuarakannya menerusi laman sosial akhbar ini termasuk laman web dan Facebook.

Hampir kesemua bantahan dikemukakan di kalangan pembaca wanita yang membidas tindakan Dr Rohaya yang disifatkan sebagai merendahkan martabat golongan itu.
Malah ada yang mempertikaikan penubuhan kelab itu yang dianggap tidak relevan kerana Islam menuntut isteri untuk mentaati suami selagi tidak melanggar syariat Islam.
Read rest of entry

19 May 2011

Penghuni flat Singapura minum air mayat




SINGAPURA - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.
Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.
Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.

Read rest of entry

14 May 2011

Pencuri Menyamar Menjadi Pekerja TNB



BANDAR PUTERI JAYA - Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan dua penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang dikatakan akan diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10 pagi Selasa lalu.

Mangsa, Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak di bahagian dada dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua rantai dan gelang emas yang membawa kerugian hampir RM10,000.

Menurutnya, ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd Zubir, 9, baru sahaja masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu halaman.

Sebaik keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi salam dengan memakai pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke rumah untuk memeriksa meter.

Setelah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan meninggalkan motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil elektrik serta kad pengenalan untuk diperiksa, katanya.

Siti Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa dokumen yang diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai baju T berwarna kelabu.

Pekerja TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat penukaran meter pada sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan, katanya.

Menurutnya, secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya ke dalam rumah dan memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan menyepak bahu kiri dan kanan.

Katanya, pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di bahagian dapur.

Saya meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan jiran.

Mungkin disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila melihat saya tidak bermaya. Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka sehingga ke jalan raya, katanya.

Siti Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja diberitahu anaknya namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki itu sudah melarikan diri menggunakan motosikal.

Menurutnya, dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.




Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu tidak dikenali, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.
------------------------------------------------------------------------
Ambil Perhatian

Kejadian 2, 3 hari lepas. Kegiatan samun di sekitar SP. Lelaki 20an (2 org) menyamar sebagai staff TNB dgn berjeket TNB, membawa file dan dokumen TNB. Lelaki berkenaan cukup pandai berbahasa dan cuba mencari jalan utk memasuki halaman rumah mangsa dgn beralasan seperti utk memeriksa meter letrik dan sebagainya. Setelah berada di halaman rumah mangsa, lelaki berkenaan akan mencari jln utk memasuki kedlm rumah mangsa seperti menyuruh mangsa mengambil bil TNB, IC dan sebagainya (supaya mangsa masuk ke dlm rumah) .

Setelah mangsa berada di dalam rumah, itu adalah kesempatan mereka bertindak ganas. Mangsa target mereka adalah wanita surirumah sepenuh masa. Aktiviti mereka adalah di siang hari sewaktu kebanyakan orang keluar kerja. Sama sama lah berwaspada dan spread this news.
Read rest of entry

12 May 2011

Budak magnet miliki kuasa sembuh penyakit



KOPRIVNICA, Croatia - Seorang budak berusia enam tahun, Ivan Stoiljkovic yang tubuhnya berfungsi seperti magnet kerana logam boleh melekat pada tubuhnya dipercayai mempunyai kuasa menyembuhkan beberapa penyakit, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut keluarganya, Ivan sebelum ini berjaya menyembuhkan sakit perut datuknya dengan menggunakan tangannya.

Datuknya, Ivo berkata, apabila cucunya itu meletakkan tangan di perutnya yang sakit, dia berasa panas sebelum kesakitan tersebut hilang.

Dia juga berjaya melegakan seorang jirannya yang cedera di kaki selepas terlibat dalam kemalangan traktor.

Ivan sebelum ini terkenal kerana barang logam seperti sudu, telefon bimbit dan periuk akan melekat pada tubuhnya apabila dia menanggalkan baju selain barang logam seberat 25 kilogram turut melekat pada tubuhnya. - Agensi



Read rest of entry

05 May 2011

Cara Baru Cukupkan Wang Hantaran Kahwin

Berpura-pura diculik terdesak sedia wang perkahwinan



PETALING JAYA 3 Mei - Seorang lelaki sanggup memperdayakan bakaltunangnya dengan mengatakan dirinya diculik selepas terdesak untukmenyediakan wang belanja bagi majlis pertunangan dan perkahwinan mereka.

Pemuda berusia 26 tahun itu berpura-pura diculik sebelum memintabakal tunangnya, 25, yang bekerja di sebuah hospital swasta diDamansara membayar wang tebusan bernilai RM47,000 bersama sebuah keretapada Ahad lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suspek padamulanya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menggunakan telefonbimbitnya kepada teman wanitanya itu untuk memaklumkan kejadianberkenaan kira-kira 6.30 petang.
"Suspek memberitahu wanita itu bahawa dia telah diculik, diikat danmatanya ditutup menggunakan pita pelekat serta tidak mengetahui lokasidan kedudukan tempat dia disembunyikan.

"Tidak sampai tiga jam kemudian, suspek sekali lagi menghantar SMSdan meminta menyediakan wang tebusan berjumlah RM47,000 dan sebuahkereta milik wanita itu dan jika tidak berbuat demikian dia akandicederakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau kawasanrel berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini hariini.

Tun Hisan berkata, bimbang dengan keselamatan suspek, wanita itukemudiannya bertindak membuat laporan polis dan polis terus melancarkangerakan bagi mengesan bakal tunang mangsa yang dikatakan diculik.
Beliau berkata, muslihat suspek bagaimanapun berakhir apabila diaberjaya ditahan sepasukan polis di Kuala Lumpur Sentral dekatBrickfields keesokan harinya kira-kira 10.15 malam.

"Hasil siasatan mendapati suspek sengaja mereka-reka cerita denganmengatakan dirinya diculik kerana terdesak untuk menyediakan wangbelanja sedangkan tarikh majlis itu semakin hampir," katanya sambilmenambah pasangan itu telah berkenalan sejak empat tahun lalu.



Read rest of entry

04 May 2011

Malaysia jatuh ke tangga 143 - indeks kebebasan media







Malaysia menduduki tangga 143 daripda 196 negara yang disenaraikan sebagai negara yang mempunyai media masa yang bebas.

Kajian yang dibuat oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat menujukkan akhbar di Malaysia masih tidak bebas.

freedom house 2011 global press freedom mapMalaysia yang mendapat hanya 64 mata berkongsi kedudukan dengan Madagascar dan Angola di benua Afrika.

Kajian Kebebasan Akhbar 2011 ini dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia yang disambut hari ini.

Freedom House, yang terletak di Washington DC, mendapati kebebasan media di seluruh dunia semakin merosot dengan hanya seorang daripada enam orang yang menghuni di negara yang mempunyai kebebasan akhbar.

“Pada 2010, khususnya terdapat kebimbangan di Asia Barat dan Amerika Selatan, manakala peningkatan dicatatakan di kawasan sub-Sahara Afrika,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

azlanSekitar Asia Tenggara, Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja menduduki tangga yang lebih tinggi daripada Malaysia.

Filipina terletak di tangga 93 dengan 46 mata dan Indonesia, di tangga 108 dengan 53 mata. Akhbar di kedua-dua negara dikategorikan sebagai 'separa bebas'. Akhbar di Thailand pula (tangga 138) dan Kemboja (141) adalah 'tidak bebas'.

'Berita baik' bagi Malaysia adalah ia disenaraikan di atas Singapura (150), Brunei (163), Vietnam (177), Laos (184) dan Myanmar (191).


Pada 2009, Malaysia berada di tangga 143, tetapi menunjukkan sedikit pencapaian pada tahun lalu dengan menduduki tangga 141.

Menurut kajian itu, 10 negara teratas adalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland, Luxembourg, Andorra, Denmark, Switzerland, Liechtenstein, Belanda dan Palau.

azlanManakala 10 negara yang paling buruk pula adalah Burma, Cuba,Guinea, Eritrea, Iran, Libya, Korea Utara, Turkmenistan dan Uzbekistan.

Antara 53 negara Komanwel, mereka yang di bawah kedudukan Malaysia termasuk Cameroon, Sri Lanka, Gambia dan Swaziland.

Laporan itu meletakkan setiap negara kepada tiga kategori - bebas, separa bebas dan tidak bebas.
Read rest of entry

03 May 2011

Telefon bimbit antipintar berharga RM31,675

LONDON -Tiada enjin carian Internet Google mahupun kamera tetapi harga telefon bimbit jenama Æsir YB1 jauh lebih mahal berbanding telefon pintar iaitu mencecah £6,400 (RM31,675) lapor sebuah akhbar semalam.

Menampilkan reka bentuk mudah dan ringkas, gajet buatan Denmark itu begitu diminati oleh golongan kaya dan merupakan gajet prestij mereka.

YB1 yang didatangkan dengan skrin kaca batu nilam, cuma dilengkapi fungsi asas telefon bimbit iaitu kemudahan panggilan dan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Namun Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkata, YB1 mahal kerana ia dibuat dengan menggunakan bahan-bahan untuk menghasilkan jam tangan mewah.

TELEFON BIMBIT Æsir YB1 yang memiliki reka bentuk ringkas dan mudah.


"Orang kaya tidak perlukan telefon pintar seperti iPhone, mereka mengupah staf untuk mengendalikan jadual, menghantar e-mel atau mengemas kini Facebook," katanya. - Agensi



Read rest of entry

02 May 2011

Osama Laden Meninggal Dunia

Perancang utama kejadian serangan terhadap World Trade Centre (WTC) pada 11 September 2001, Osama Bin Laden telah meninggal dunia dan mayatnya didakwa berada dalam simpanan Amerika Syarikat (AS), kata sumber yang rapat dengan situasi itu pada malam Ahad.

Presiden AS, Barrack Obama dijangkakan akan membuat pengumuman mengenai perkembangan kejadian itu nanti.

Dua pegawai kanan anti keganasan mengesahkan bahawa Osama terbunuh dalam serangan darat di Pakistan pada minggu lepas, dan bukannya melalui serangan udara oleh pesawat Predator.

Kedua-dua pegawai tersebut memberitahu, operasi itu berasaskan maklumat daripada agensi risikan AS dan mereka juga memberitahu, AS mempunyai mayat Osama.

Pegawai AS percaya Osama, yang merupakan individu paling dikhendaki di dunia bersembunyi di daerah pergunungan di sepanjang sempadan Pakistan-Afghanistan.

Pegawai tersebut bercakap tanpa mendedahkan identiti mereka kerana enggan mendahului kenyataan yang akan dibuat oleh Barrack.

Perkembangan terbaru itu dibuat dalam beberapa bulan sebelum ulang tahun ke-10 serangan terhadap WTC dan pejabat pertahanan AS, Pentagon di sini yang didalangi oleh kumpulan pengganas, Al-Qaeda yang diketuai oleh Osama.

Serangan tersebut menyebabkan lebih 3,000 orang terbunuh.









Serangan itu kemudiannya mencetuskan serangan lain daripada AS terhadap Afghanistan, dan Iraq manakala keseluruhan Jabatan Perisikan AS dirombak bagi menangani serangan keganasan.

Al-Qaeda juga dipertanggungjawabkan atas serangan bom di dua kedutaan AS di Afrika pada tahun 1998 yang membunuh 231 orang dan juga serangan terhadap Kapal USS Cole yang mengorbankan 17 kelasi AS di Yemenserta pelbagai serangan lain. -AP
Read rest of entry

22 April 2011

Hanya mulut dara dibenar petik daun teh


SEORANG gadis yang masih dara memetik daun teh China dengan menggunakan mulutnya di Ladang Jiuhua, Gushi, baru-baru ini.


GUSHI - Sebuah ladang teh di China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut.

Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka.

Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua yang terletak di sini, wilayah Henan menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar.

"Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir," kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.

Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.

Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. - Agensi

Read rest of entry

Telur ayam sebesar duit syiling


CHLOE HEATH-BYARD menunjukkan telur ayam yang kecil (kiri) dan telur ayam normal (kanan) di Gloucestershire, Britain baru-baru ini.


GLOUCESTERSHIRE - Seekor ayam di Britain mengeluarkan telur sebesar duit syiling 50 pence (RM2.46) yang dipercayai telur terkecil di negara berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Telur setinggi 3.3 sentimeter dengan lebar 2.5 sentimeter itu ditemui oleh seorang gadis, Chloe Heath-Byard, 15, ketika dia mengutip telur ayam di rumah neneknya di sini, barat daya England, baru-baru ini.

"Saya terkejut melihat telur ayam sekecil ini. Saiznya menyamai duit syiling 50 pence," katanya.

Chloe dan neneknya merancang untuk mengawet telur ganjil itu supaya dapat menyimpannya untuk satu jangka masa yang lama. - Agensi

Read rest of entry

Zuckerberg pakai kot kerana Obama


BARACK OBAMA dan Mark Zuckerberg menanggalkan baju kot masing-masing di ibu pejabat Facebook, Palo Alto kelmarin.


PALO ALTO - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin menceritakan majlis makan malamnya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg ketika beliau berucap di hadapan kakitangan laman sosial itu di sebuah pejabat Facebook di sini, negeri California.

Memulakan ucapannya, Obama menceritakan apa yang berlaku dalam satu majlis makan malam tersebut yang berlangsung pada 26 Februari lalu dan dihadiri oleh Zuckerberg, 26, serta golongan elit industri teknologi AS lain.

Ketika itu, Zuckerberg duduk di sebelah kanan presiden berkenaan.

"Saya ialah lelaki yang menyebabkan Zuckerberg terpaksa memakai tali leher (merujuk kepada pemuda tersebut yang gemar bergaya santai dengan memakai baju-T). Semasa kami sedang menjamu selera, dia mula berpeluh. Ia amat tidak selesa untuk Zuckerberg. Saya kemudian membantu dia menanggalkan kotnya. Saya berkata kepadanya, jika anda mahu Mark (Zuckerberg), kami semua boleh menanggalkan kot kami supaya anda tidak kelihatan janggal," kata Obama.

Presiden berusia 49 tahun itu kemudian menanggalkan kotnya dengan diikuti Zuckerberg sekali gus mendedahkan kemeja yang dipakainya bersama tali leher hitam.

Zuckerberg sebelum ini dikenali sebagai seorang yang suka memakai seluar jean dan baju T serta jaket berbanding kot dengan tali lahir semasa muncul di khalayak ramai.

"Anda (Obama) lebih bergaya memakai kot berbanding saya," kata Zuckerberg sambil bergurau.

Selepas itu, mereka lebih selesa bersama dan kedua-duanya berbual panjang mengenai pelbagai isu terutamanya melibatkan teknologi.

Pertemuan itu merupakan peluang buat Obama untuk mendekati golongan muda di Lembah Silikon yang terkenal dengan penciptaan komputer.

Zuckerberg telah membuktikan kepada 500 juta pengguna Facebook mengenai siapa yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Pengasas laman itu dikatakan mempunyai kekayaan bernilai AS$13.5 bilion (RM50.62 bilion).

Obama turut mengambil kesempatan untuk meminta Zuckerberg membayar lebih bayak cukai berdasarkan pelan percukaian yang dikemukakan pemimpin AS itu.

"Ramai orang sukakan saya dan anda, Mark (Zuckerberg). Anda sepatutnya membayar lebih banyak sedikit dalam bentuk cukai.

"Saya tahu anda okey dengan perkara itu (cukai)," kata Obama. - Agensi


kredit to - kosmo

Read rest of entry

21 April 2011

Tambang Kereta Api Bukit Bendera Naik Sekali Ganda



GEORGE TOWN, 21 April (Bernama) -- Tambang kereta api Bukit Bendera
akan dinaikkan sekali ganda iaitu sebanyak RM8 bagi orang dewasa dan
RM4 bagi kanak-kanak rakyat tempatan mulai 1 Mei ini.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Datuk Lee Kah Choon berkata,
tambang baru untuk pelancong asing pula ialah sebanyak RM30 bagi
dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak.

Kadar tambang baru itu adalah disebabkan peningkatan kos operasi
kereta api jenis elektrik yang lebih moden berbanding sebelum ini yang
digerakkan dengan kabel, katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Perkhidmatan kereta api itu telah ditutup lebih setahun lepas dan
kadar tambang sebelum ini ialah RM4 bagi dewasa dan RM2 bagi
kanak-kanak tanpa mengira pelancong tempatan atau asing.

Beliau berkata, bagi penduduk di Bukit Bendera, pengusaha dan pekerja
di atas bukit itu, bayaran pas bulanan dikekalkan dengan harga RM24.

Lee berkata, kos operasi bagi setiap perjalanan kereta api ialah RM500
kerana ia menggunakan elektrik dan kos itu lebih tinggi berbanding
keretapi kabel sebelum ini.

Beliau berkata, kereta api baru itu lebih laju serta menggunakan koc
buatan Switzerland yang moden dan selesa untuk penumpang dan jadual
perjalanan kereta api itu ialah setiap setengah jam mulai pukul 6.30
pagi hingga 9 malam setiap hari.

"Selepas menaik taraf, ia kini boleh membawa sehingga 50 penumpang dan
mengambil masa selama 10 minit untuk perjalanan sehala, berbanding 30
minit sebelum ini," katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa aspek keselamatan kereta api berkenaan
adalah bertaraf antarabangsa.

Projek naik taraf kereta api oleh kerajaan persekutuan itu melibatkan
kos RM73 juta bagi menggantikan jenis furnikular yang digunakan sejak
1923.

Bukit Bendera ialah salah sebuah destinasi pelancongan yang menarik di
Pulau Pinang.


-- BERNAMA
Read rest of entry
 

Total Pageviews