19 April 2011

Muzium Tukul

Muzium Tukul di Haines, Alaska merupakan satu-satunya muzium di dunia yang mengabdikan sepenuhnya pameran berkenaan tukul. Terdapat lebih 1,400 jenis tukul yang dipamerkan dalam muzium unik ini, yang amat mudah untuk dikenali di kawasan ini disebabkan oleh adanya mercu tanda tukul gergasi di hadapan bangunannya.

Koleksi yang tersimpan di muzium ini dibuka pada tahun 2001 oleh Dave Pahl, seorang pengumpul dan pemelihara pelbagai jenis perkakas tangan dan menampilkan tukul seawal zaman Rom kuno.

Pahl berpindah ke Alaska dari Cleveland, Ohio, kerana, seperti mana orang lain yang berpindah ke Alaska, beliau mahukan kemandirian diri dan belajar menghidupkan diri di desa dengan kedua-dua tangannya sendiri. Beliau memahirkan diri dalam pertukangan lalu menjadi tukang besi dan mula mengumpul peralatan tangan. Setelah koleksinya semakin bertambah, Pahl membeli bangunan berusia 100 tahun yang kini dijadikan muzium tersebut.

Seperkara yang boleh dipelajari semasa melawati muzium ini betapa tukul bukan sahaja digunakan oleh tukang kayu bahkan khidmatnya diperlukan juga oleh pengusaha bank, pengunjung kelab malam sekitar 1920an dan 1930an, penguasa undang-undang, tukang kasut dan juga pemuzik, tidak ketinggalan mereka dalam bidang perubatan. Pahl semestinya mengenali perkakasnya dengan mendalam.

Meskipun dilihat sebagai obsesi dungu yang kemudiannya dijadikan muzium hanya kerana tiada apa lagi yang dapat dibuat dengan koleksi sebesar ini, Institusi Pertukangan yang beribu pejabat di Washington, telah mengiktiraf keilmuan dimiliki Pahl.

Semasa beliau mengunjungi institusi itu, beliau membuat lawatan ke Muzium Sejarah Amerika dan berupaya membantu kakitangan arkivis dan kurator professional mengenal pasti beberapa artifak simpanan mereka; sebagai timbal balas, Institusi Pertukangan menghadiahkan Pahl lima keping bahan sejarah untuk simpanan muziumnya di Alaska.












0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews