Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

22 November 2011

Malaysia Pertahankan Pingat Emas Acara Bola Sepak Sukan Sea 2011



SKUAD Harimau Muda berjaya mempertahankan pingat emas apabila menang 4-3 ke atas Indonesia melalui sepakan penalti pada saingan akhir Sukan Sea Ke-26 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Isnin.
Pada aksi penuh dramatik itu, kedua pasukan cuba bangkit pada masa tambahan dengan melakukan serangan berbahaya, namun kedudukan seri 1-1 yang dicipta pada separuh masa pertama sukar diubah.
Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Malaysia.
Kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar menjadi penyelamat dengan menjaringkan sepakan akhir setelah tendangan pemain Indonesia, Ferdinan Sinaga dapat diselamatkan oleh penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.







credit to MStar Online
Read rest of entry

04 July 2011

Ronaldo mahu kembali ke Liga Perdana Inggeris



LONDON: Cristiano Ronaldo mendedahkan bahawa dia akan kembali ke England untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Namun, pemain Portugal berusia 26 tahun itu terlebih dulu mahu mencapai sasaran yang ditetapkannya sekarang - memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama Real Madrid.
Ronaldo yang me-ninggalkan Manchester United untuk menyertai Real dengan nilai perpindahan 80 juta pound (RM387.12 juta) dua tahun lalu - diminati oleh Manchester City -yang turut cuba memancingnya pada awal musim panas.
Namun, sebelum kelab seperti Chelsea, Arsenal dan Tottenham melancarkan dana pembelian pemain mereka untuk menandatangani seorang daripada pemain terhebat dunia, mereka seharusnya meneliti terlebih dulu bagaimana perancangan masa depan pemain itu.

Ronaldo berkata: "Saya rasa jika saya berpindah dari Sepanyol, ia adalah untuk ke Liga Perdana - tetapi bukan sekarang. Pertama, kami perlu menang Liga Juara-Juara. Jika saya kembali ke Liga Perdana, ia perlulah ke sebuah kelab di barat laut. Saya tidak suka London."

Itu jelas merujuk kepada City - atau kelab lamanya United - sebagai pilihan utama Ronaldo.

Sunday Mirror bulan lalu mendedahkan bagaimana Ronaldo cuba dipancing oleh saudara mara jutawan pemilik City dari Abu Dhabi, dengan dakwaan bahawa kelab itu sanggup menawarkan gaji 350,000 pound (RM1.69 juta) seminggu jika menyertai mereka.
Tidak diketahui sama ada kelab itu ada membuat tawaran rasmi tetapi satu pihak ketiga yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan Sheik Mansour sudah menyatakan hasrat mendapatkan pemain itu. - Agensi



Read rest of entry

18 June 2011

Mari Melawat Kilang Bola Adidas

Suka main bola ? Nak tau macam mana bola itu dibuat, jom ikut MR tengok kilang bola Adidas.. :p


Read rest of entry

10 June 2011

Nilai Neymar RM200 juta

Neymar


LONDON: Chelsea terpaksa membayar £41 juta (RM200 juta) jika mengidamkan khidmat bintang Brazil, Neymar.

Amaran itu hadir daripada ejen penyerang muda itu, Wagner Ribeiro yang mendakwa semua kelab ternama dunia kini hangat memburu mutiara baru itu bagi musim baru.
“Tahun lalu Santos menerima tawaran £32 juta (RM156 juta) daripada Chelsea tapi ia ditolak.

Kini dia hanya meninggalkan kelab jika ada tawaran tidak kurang daripada £41 juta.

“Neymar seperti Messi. Dia akan menjadi pemain terbaik dunia tidak lama lagi kerana dia berbeza daripada pemain lain.

“Dia hanya 19 tahun dan kelab besar sudah mahu mengejarnya.” Selain Nyemar, Chelsea juga mahu melengkapkan pembelian mendapatkan Romelu Lukaku, 18, yang dikatakan bernilai £20 juta (RM100 juta) minggu ini serta rakan senegaranya dari Belgium, Kevin de Bruyne. - Agensi



Read rest of entry

28 April 2011

Messi pastikan Real menderita

Penyerang Barcelona, Lionel Messi meraikan golnya ketika perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-juara Eropah menentang Real Madrid pada 27 April 2011.

MADRID, (AFP) - Keajaiban Lionel Messi membantu Barcelona mencatat kemenangan penting 2-0 ke atas Real Madrid dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-juara Eropah di Santiago Bernabeu.

Dua gol lewat permainan pemain terbaik dunia itu memastikan bekalan selesa buat Barca, yang akan melayan kunjungan pasukan kendalian Jose Mourinho itu minggu depan dalam aksi timbal balik yang bakal menentukan pasukan yang akan ke Wembley untuk perlawanan akhir.

Real bernasib malang kerana terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain setelah Pepe diperintah keluar padang setelah sejam perlawanan berlangsung kerana terjahan keras yang dilakukan ke atas Dani Alves. Pepe menyertai Sergio Ramos yang turut digantung untuk perlawanan minggu hadapan.

Barca nyata menguasai permainan dengan hampir tiga perempat penguasaan bola dimiliki oleh pasukan pelawat dan dengan ketiadaan Pepe, mereka bingkas menyerang lalu mendapat gol pertama hasil kebijaksanaan Messi menyudahkan hantaran lintang Ibrahim Afellay pada minit ke-76.

Gol kedua Messi nyata terlalu unggul untuk diatasi oleh pertahanan Real apabila bintang Argentina itu menggelecek beberapa orang pemain tuan rumah, yang seakan-akan terpaku dengan larian dan kepantasan Messi, lalu menewaskan penjaga gol Real, Iker Casillas.

Dalam perlawanan yang penuh ketegangan itu, pengurus Real, Jose Mourinho turut diarah ke tempat duduk penonton setelah membantah keras keputusan pengadil ke atas Pepe manakala penjaga gol simpanan Barcelona, Jose Manuel Pinto turut dieprintah keluar daripada bangku simpanan kerana gagal mengawal perasaan.

Real kini berdepan tugas sukar di Nou Camp minggu depan, gelanggang di mana mereka dibelasah 5-0 oleh Barcelona dalam aksi La Liga pada awal musim ini.
Read rest of entry

21 April 2011

Chelsea pintas Arsenal


Penyerang Chelsea, Florent Malouda meraikan jaringan golnya ke atas Birmingham City bersama-sama Didier Drogba dan Salomon Kalou dalam aksi EPL pada 20 April 2011 di Stamford Bridge.

LONDON, (AFP) - Arsenal sekali lagi mensia-siakan peluang untuk merapatkan diri dengan Manchester United apabila diikat oleh Spurs 3-3 di White Hart Lane sementara Chelsea berjaya memintas Arsenal untuk melonjak ke tangga kedua setelah menewaskan Birmingham 3-1.

Pertahanan Arsenal terus dirundung masalah apabila membiarkan Spurs bangkit daripada ketinggalan dua gol lalu memastikan Arsenal pulang hampa dengan hanya satu mata.

Arsenal terlebih dahulu mendahului melalui Theo Walcott, yang menggunakan kepantasannya untuk menewaskan pertahanan Spurs bagi mendapatkan gol pendahuluan namun Rafael Van der Vaart pantas menyamakan kedudukan buat anak buah Harry Redknapp.

Samir Nasri kemudian meletakkan Arsenal di hadapan sekali lagi pada minit ke-12 dan Robin van Persie melebarkan kedudukan melalui cubaan jarak dekat pada minit ke-40, namun Tom Huddlestone merapatkan jurang empat minit kemudian.

Penjaga gol Arsenal, muncul sebagai musuh dalam selimut apabila menghadiahkan penalti buat Spurs setelah menjatuhkan Aaron Lennon dan Van der Vaart tenang menyempurnakan penalti bagi memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Di Stamford Bridge, Chelsea meneruskan kebangkitan mereka denga mempamerkan aksi mantap mengatasi Birmingham City 3-1 bagi memadam kekecewaan ketika tewas kepada pasukan sama pada awal musim.

Chelsea membuka jaringan seawal minit ke-3 melalui Florent Malouda yang mengambil kesempatan di atas kekalutan di hadapan pintu gol Birmingham dan Salomon Kalou menggandakan kelebihan Chelsea dengan satu jaringan cantik menewaskan Ben Foster pada minit ke-26.

Malouda kemudian memastikan kekecewaan Birmingham berterusan menerusi gol keduanya pada minit ke-62 dan walaupun pasukan pelawat berjaya memperoleh gol saguhati pada minit ke-76 menerusi sepakan penalti Sebastian Larsson, anak buah Alex McLeish kini berada hanya lima mata di atas zon penyingkiran.

Read rest of entry

Real Madrid julang Piala Sepanyol


Pemain Real Madrid menjulang trofi Piala Sepanyol selepas mengalahkan Barcelona 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Mestalla pada 20 April 2011. Real menang 1-0.

MADRID, (AFP) - Real Madrid menewaskan Barcelona 1-0 selepas waktu tambahan untuk menjulang Piala Sepanyol, seminggu sebelum pertemuan kedua-dua pasukan di separuh akhir Liga Juara-juara Eropah.

Gol tandukan Cristiano Ronaldo pada masa tambahan memastikan Jose Mourinho menjulang trofi pertamanya bersama Real Madrid, yang memenangi piala tersebut buat kali ke-18 dan trofi pertama kelab itu sejak 2008.

Real beraksi baik pada separuh masa pertama sebelum Barcelona mengawal keadaan di babak kedua namun kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan dalam tempoh permainan biasa.

Barcelona menurunkan Javier Mascherano untuk bergandingan dengan Gerard Pique di barisan pertahanan setelah kapten Carles Puyol masih lagi cedera manakala Real tidak menurunkan walau seorang penyerang sekali pun dengan menggandingkan Mesut Ozil dengan Ronaldo dan Angel Di Maria di barisan serangan.

Penjaga gol Real, Iker Casillas beberapa kali menyelamatkan keadaan buat pasukan ibu kota itu dan berjaya mengekang kehebatan Lionel Messi, Pedro dan David Villa untuk memastikan gawangnya tidak dibocori.

Di Maria pula melihat sepakannya ditepis keluar oleh penjaga gol, Pinto sejurus sebelum tamat babak kedua, namun hantaran lintangnya dalam masa tambahan berjaya disambut dengan baik oleh Ronaldo untuk memastikan gol tunggal perlawanan serta kejayaan buat Real Madrid

Read rest of entry

19 April 2011

Malaysia di tangga ke-144 FIFA

Image © AFP
Malaysia perlu mengambil peluang aksi kelayakan Piala Dunia untuk memperbaiki ranking FIFA. Pemain Mohammad Safee Mohammad Sali (kanan), Safiq Rahim (kiri) dan Ahmad Fakri Saarani meraikan gol pertama skuad Malaysia, ketika menentang Hong Kong dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, 9 Disember 2010. (gambar arkib)

Malaysia tergelincir ke tangga 144 ranking yang dikeluarkan FIFA hari ini iaitu jatuh enam anak tangga berbanding kedudukan Mac lalu.

Aksi terakhir perlawanan antarabangsa Kelas A membabitkan Harimau Malaya adalah dengan Hong Kong pada Februari lalu untuk mengumpul 144 mata.

Lawan serantau iaitu Thailand, Indonesia dan Singapura turut mengalami penurunan.

Thailand berada di kedudukan ke-120 dan Indonesia ke-130 sementara Singapura berada di bawah satu anak tangga dengan Malaysia dengan perbezaan empat mata.

Sepanyol kekal sebagai kuasa bola sepak terulung diikuti finalis Piala Dunia, Belanda. Brazil pula memanjat dua anak tangga untuk berada di tempat ketiga manakala Itali kembali dalam kelompok 10 terbaik.

Read rest of entry

18 April 2011

Stoke mara ke final Piala FA buat kali pertama

Image © AFP
Penyerang Stoke City, Jonathan Walters (tengah) meraikan jaringan gol keempat Stoke ketika perlawanan separuh akhir Piala FA, menentang Bolton Wanderers di Stadium Wembley, London, 17 April 2011. Stoke menang 5-0.

ENGLAND, (D5) - Stoke City bakal berdepan Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA apabila mereka berjaya melayakkan diri dengan menumbangkan Bolton Wanderers 5-0 dalam peringkat separuh akhir yang berlangsung di Stadium Wembley lewat malam tadi.

Stoke yang mara ke final Piala FA buat kali pertama, selepas menang bergaya hasil jaringan pemain Etherington pada minit ke-11, Huth (17), Jones (30) dan Walters (68, 81).

Anak buah bimbingan Tony Pulis itu akan menentang City pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mei, juga di Stadium Wembley.

Manakala, City melangkah ke peringkat akhir selepas menewaskan Manchester United 1-0, semalam. Gol tunggal itu dijaringkan oleh pemain tengah dari Ivory Coast, Yaya Toure di minit 52, hasil kesilapan pemain tengah United, Michael Carrick.

Kehampaan United dalam perlawanan itu bertambah parah apabila Paul Scholes dihalau keluar oleh pengadil sejurus selepas dia dipersalahkan kerana menerjah kuat pertahanan City, Pablo Zabaleta di minit ke 72.

Read rest of entry

01 February 2011

SAH TORRES KE CHELSEA


Akhirnya Desas Desus masa depan Torres terjawab
apabila liverpool telah berjaya membawa masuk
2 orang penyerang iaitu
Luis Suarez dan Andy Carrol....
Torres pula dikhabarkan telah terbang ke London
untuk bersama Chelsea dengan nilai perpindahan
mencecah 245 Juta......
Apakah Chelsea dan Liverpool makin Mantap???
hehheehhe

cHElsea TETAP DIHATI KU.....
Read rest of entry

26 January 2011

Pengadil Wanita Pertama

Kalau korang menonton game Wolves vs Liverpool semalam pasti korang perasan seorang kehadiran Sian Massey. Ketika Nando Torres menjaringkan gol pertama Liverpool, Sian menjadi point of discussion. Ada yang kata Nando offside dan Sian buta mata tak nampak kesalahan ini. Tapi bila insiden dimainkan semula secara perlahan keputusan Sian adalah tepat. Good job!



Sian Massey ialah penolong pengadil wanita pertama di Liga Perdana Inggeris. Perlawanan pertama beliau ialah Desember tahun lalu dalam perlawanan diantara Sunderland dan Blackpool. Sebelum ini beliau bertugas sebagai penolong pengadil di liga Championship dan Piala LDV. Beliau juga dipilih menjadi pengadil ketika kejohanan Bolasepak Wanita Eropah tahun lalu walaupun hanya mula menjadi pengadil wanita profesional pada bulan March. At the end of the day she knows her stuff.

Sungguhpun begitu dua pengulas SkySport, Andy Gray dan Richard Keys mempertikaikan perlantikan Sian Massey sebagai lineswomen sebelum perlawanan semalam.Gray dan Keys terkantol semalam mengeluarkan komen seksis dibawah

"Somebody better get down there and explain offside to her"
"Can you believe that? A female linesman. Women don’t know the offside rule"

Gray dan Keys ingatkan mikrofon mereka dipadamkan ketika itu. OWNED gila babi! Kepada Sian Massey keep up the good work and maybe later you can officiate your first EPL match. Just dont accept bribes from Manchester United like Mike Dean and Howard Webb












Read rest of entry

15 January 2011

Jersi skuad Malaysia dari Tahun 1977 - 2011


















Read rest of entry

12 January 2011

Beckham Mula Jalani Latihan Bersama Spurs

Beckham (tengah) diberi kelulusan oleh Galaxy untuk berlatih bersama Spurs.

DAVID Beckham selamat menjalani latihan pertama bersama Totteham dan pengurus Harry Redknapp masih berharap perpindahannya secara pinjaman boleh diselesaikan.

Pemain tengah Los Angeles Galaxy itu diberi lampu hijau untuk menyertai Spurs pada Isnin selepas lulus beberapa ujian kecergasan di padang latihan di Chigwell, Essex.

Redknapp mendedahkan Spurs tidak pernah putus harapan untuk menyempurnakan perpindahan Beckham agar bekas kapten England itu dapat beraksi di atas padang.

"Tiada sebarang perkembangan setakat ini tetapi tunggu dan lihat saja apa yang bakal berlaku. David adalah pemain terkemuka. Sesiapa saja menghormatinya dan kami begitu teruja untuk mendapatkan khidmatnya di sini," kata Redknapp.

Beckham yang membesar tidak jauh dari Stadium Tottenham kelihatan tenang ketika berlatih bersama pemain Spurs.

Bekas pemain tengah Manchester United itu dilihat sempat bergurau-senda dengan penyerang Jermain Defie, Peter Crouch dan Roobie Keane.

Beliau dilaporkan akan berlatih bersama Spurs sehingga 10 Februari ketika musim cuti Major League Soccer.

Galaxy masih bimbang kecederaan serius di bahagian Achilles yang menimpanya ketika memperkuat AC Milan musim lalu berulang kembali.


credit= mstar online

Read rest of entry

06 November 2009

Bos Chelsea sayangkan Drogba


DROGBA menjaringkan dua gol pada perlawanan di Stadium Vicente Calderon kelmarin.


LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti tidak akan menukar Didier Drogba dengan mana-mana penyerang di dunia ini.

"Saya tidak berapa pasti sama ada Didier adalah penyerang terbaik di dunia atau tidak tetapi saya tahu satu perkara sahaja... saya mahu mengekalkannya di kelab ini.

"Saya tidak akan menukarnya dengan mana-mana penyerang di dunia," kata Ancelotti.

Selepas digantung tiga perlawanan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Drogba kembali menunjukkan taring sebenarnya apabila meledak dua gol bagi membantu Chelsea seri 2-2 dengan Atletico Madrid awal pagi semalam.

Drogba meledakkan dua gol pada minit ke-82 dan 88, sekali gus menafikan hajat Atletico untuk meraih kemenangan di laman mereka sendiri.

Terdahulu, Sergio Aguero menjaringkan gol pembukaan Atletico pada minit ke-66 sebelum penyerang Argentina itu meledak gol kedua pada masa kecederaan.

"Saya langsung tidak kecewa. Memang tidak bagus apabila bolos pada minit-minit terakhir tetapi ia boleh berlaku," kata Ancelotti.

"Kami kini dalam fasa seterusnya dalam Liga Juara-Juara dan keputusan ini tetap penting kerana ada baki dua lagi perlawanan.

"Ini adalah perlawanan yang sukar kerana Atletico bermain dengan baik dan saya rasa ia juga satu keputusan yang baik.

"Mereka memberi tekanan ke atas kami pada babak pertama, tetapi saya rasa kami tetap melaksanakan tugas dengan baik," kata Ancelotti. - Agensi

Read rest of entry

16 August 2009

Malaysia Seri 0-0 Dengan China

SHAH ALAM, 15 Ogos (Bernama) -- Skuad kebangsaan mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang China pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam malam Sabtu.

Rekod pertemuan terakhir China yang membelasah skuad 'senior' kebangsaan 5-1 ketika saingan Piala Asia 2007 di Kuala Lumpur, nyata sedikit sebanyak berjaya dipadam oleh pemain-pemain muda bimbingan K. Rajagobal.

Skuad kebangsaan yang rata-ratanya dibarisi pemain bawah 23 tahun berjaya mengimbangi lawan dengan mengamalkan corak permainan agresif serta mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

Pada separuh masa pertama, peluang terbaik skuad kebangsaan untuk membuka jaringan hadir pada minit ke-32, apabila hantaran Baddrol Bakhtiar dari kiri pintu gol China dalam kotak penalti gagal disudahkan oleh Mohd Zaquan Adha Abdul Razak.

Gawang negara yang dikawal Mohd Farizal Marlias juga tidak sunyi daripada diuji pemain-pemain China namun dinafikan kecekapan penjaga gol pasukan Perlis itu.

Bersambung babak kedua, skuad kebangsaan meneruskan rentak serangan bagi mencari gol dengan peluang awal terhidang untuk Mohd Bunyamin Omar pada minit ke-62 namun sepakannya dalam kotak penalti lemah dan ditangkap kemas penjaga gol China, Yang Zhi.

China yang sekali-sekala menyerang pada babak kedua juga berpeluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-83 melalui rembatan kencang Jiang Ning namun berjaya ditepis keluar oleh Farizal untuk keputusan akhir 0-0.

Rajagobal yang ditemui selepas perlawanan berkata beliau memang menjangkakan perlawanan yang sukar kepada pemain-pemain yang masih muda.

"Seperti China, kita juga terlepas beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun saya tetap gembira dengan kerja keras yang ditunjukkan oleh pemain-pemain sepanjang permainan ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Beliau berkata pujian juga harus diberikan kepada Farizal yang menunjukkan prestasi yang konsisten dan menyelamatkan beberapa cubaan lawan yang mungkin boleh menghasilkan gol.

Pada Rabu lepas, skuad kebangsaan turut mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Kenya dan akan meneruskan perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi di tempat lawan pada 30 Ogos dan 1 Sept ini.

-- BERNAMA

Read rest of entry

26 July 2009

Felipe Massa kemalangan teruk di GP Hungary


PEGAWAI perubatan membawa Massa menaiki helikopter untuk dibawa ke pusat perubatan bagi menerima rawatan segera.


BUDAPEST, Hungary - Pemandu pasukan Ferrari, Felipe Massa terlibat dalam kemalangan pada pusingan kelayakan perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Hungary semalam.

Pelumba yang berasal dari Brazil itu mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Hungaroring dengan menaiki helikopter selepas melanggar tembok pada selekoh 4 Litar Hungaroring itu.

Pada ketika itu, Massa berada pada kelajuan maksimum sehingga gagal mengawal keadaan ketika melalui selekoh sukar itu.

Ekoran kemalangan itu, pusingan kelayakan terpaksa ditangguhkan seketika.

Begitupun, jurucakap pasukan Ferrari mengesahkan keadaan Massa adalah stabil. - AP


credit - kosmo

Read rest of entry

25 July 2009

Ronaldo jadi pelakon



BEKAS pemenang Kasut Emas Piala Dunia, Ronaldo, yang beraksi bersama Corinthians dalam liga Brazil, akan tampil dalam satu filem mengenai seorang gadis Palestine yang terbunuh sebelum memenuhi impian untuk bertemunya.

Ronaldo sudah mencapai kata sepakat untuk menjadi sebahagian daripada pelakon filem itu dan mungkin akan memulakan penggambaran seawal-awalnya September depan di Lubnan, menurut pegawai di Dewan Perniagaan Brazil-Iran, yang membantu menghasilkan filem itu.

Masih belum mempunyai sebarang judul, filem itu berdasarkan kisah benar dialami Alneyrab, gadis berusia 13 tahun yang mengimpikan untuk bertemu Ronaldo apabila dia melawat Timur Tengah pada satu misi kemanusiaan pada 2005.

Dia hanya mampu melihat idolanya berlalu di depannya bersama rombongannya dan kemudian terbunuh dalam satu konflik di rantau itu.

Ejen pemain itu, Fabiano Farah, mengesahkan Ronaldo sudah menandatangani pra-kontrak.

Ronaldo menjadi duta muhibah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak 2000 dan membuat kunjungan ke Israel serta Tebing Barat pada 2005 ketika bersama Real Madrid.

Dia mengikat kontrak dengan Corinthians, Disember lalu, walaupun ada keraguan tidak boleh sembuh daripada kecederaan lutut yang dialami ketika menyarung jersi AC Milan pada Februari tahun itu.

Selepas lebih setahun diketepikan, dia kembali beraksi Mac lalu dan membantu Corinthians memenangi dua kejuaraan di Brazil - kejohanan tradisi negeri Sao Paulo dan Piala Brazil. Dia menjaringkan enam gol dalam empat perlawanan terakhirnya.

Dia anggota pasukan Brazil yang layak ke perlawanan akhir Piala Dunia 1998 dan memenangi Kasut Emas dalam laluan menjuarai Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun.

Ronaldo juga penjaring gol terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman dengan 15 gol serta pernah mewakili Cruzeiro, PSV Eindhoven, Barcelona dan Inter Milan.

credit - mymetro
Read rest of entry

24 July 2009

Drogba pasti sukar disekat


DROGBA dihalang penjaga gol Inter, Vid Belec.


LOS ANGELES - "Didier Drogba bakal menjadi pemain penyerang yang tidak mampu disekat pertahanan lawan."

Demikian ramalan pengurus baru Chelsea, Carlo Ancelotti mengenai kehebatan penyerang antarabangsa Ivory Coast itu.

"Drogba seorang pemain yang cukup penting. Dia tidak boleh diganti dan tiada penyerang lain di dunia yang mampu melakukan tugas sebaiknya.

"Saya yakin terhadap Drogba dan dia juga memberitahu saya bahawa dia gembira kekal di Chelsea," kata Ancelotti.

Pada aksi persahabatan pra musim bertemu Inter Milan kelmarin, Drogba menjaringkan gol pertama dari jarak 30 meter menewaskan Vid Belec pada minit ke-10 sebelum Frank Lampard menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-50 untuk kemenangan 2-0.

Kelibat Drogba, 30, sebelum ini telah menarik minat Inter dan juga AC Milan untuk mendapatkannya tetapi pemain itu sendiri menyatakan dia tidak akan meninggalkan Chelsea.

Sebelum itu, Drogba berdepan musim penuh sukar di Stamford Bridge selepas dia gagal menyakinkan bekas pengurus Chelsea, Phil Scolari.

Namun, Drogba enggan mengalah dan kembali menemui rentaknya di bawah kendalian pengurus sementara, Guus Hiddink sebelum disusuli Ancelotti. - Agensi

Read rest of entry

22 July 2009

'Pembelian Tevez tidak berbaloi'




LONDON - Alex Ferguson membalas semula kritikan Carlos Tevez (gambar) dengan menyatakan bahawa penyerang itu tidak berbaloi dibeli dengan harga £25 juta (RM146 juta).

Pengurus Manchester United itu juga menafikan tudu- han Tevez yang mendakwa dia telah disisihkan pada penghujung musim lepas.

Penyerang Argentina itu menolak tawaran United untuk kekal di Old Traf- ford dengan memilih menyertai kelab jiran, Manchester City.

"Peminat menganggap dirinya sebagai wira dan saya hormati tanggapan peminat asalkan harga perpindahannya sesuai dengan kemampuannya.

"Kejayaan kami adalah kerana sokongan daripada peminat. Kami memerlukan mereka apabila berkunjung ke tempat lawan tetapi harga RM145.8 juta ke atasnya tidak berbaloi," kata Ferguson.

Dalam pada itu, Ferguson juga percaya tindakan Arse- nal yang kurang berbelanja pasa musim perpindahan ini bakal menyukarkan cabaran kelab The Gunners itu musim depan.

Arsenal menjual penyerang Emmanuel Adebayor ke City minggu ini dan Ferguson berkata: "Arsenal pasti berdepan cabaran paling besar untuk mencapai sasaran mereka.

"Saya tahu Arsene Wenger tidak mempunyai banyak wang dan ia satu ujian besar buat Arsenal." - Agensi

Read rest of entry

18 July 2009

Manchester United atasi Malaysia 3-2

GOL KEMENANGAN: Pemain Manchester United, Michael Owen menggelecek bola melepasi penjaga gol Malaysia, Mohd Farizal Marlias ketika beraksi pada perlawanan persahabatan sempena siri Jelajah Asia pasukan United di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur, hari ini. United menang 3-2.


KUALA LUMPUR: Michael Owen muncul wira apabila membantu pasukan Manchester United menewaskan Malaysia 3-2 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Manchester, juara Liga Perdana Inggeris (EPL), menghasilkan dua gol pada separuh masa pertama dan jaringan Owen lima minit sebelum wisel penamat telah mengamatkan stadium yang dipenuhi oleh 85,000 penonton, kebanyakannya peminat berbaju merah pasukan 'Red Devils' itu.

Bagaimanapun, pasukan pelawat itu tidak diberi kemenangan mudah apabila Mohd Amri Yahyah menewaskan penjaga gol utama Manchester, Edwin van der Saar, dua kali pada minit ke-43 dan 52.

Terdahulu itu, Manchester mendahului jaringan seawal minit kelapan apabila Wayne Rooney menyempurnakan bola yang terlepas dari genggaman penjaga gol negara Mohd Farizal Marlias hasil tendangan lambungan Dimitar Berbatov.

Biarpun dianggap kerdil, Malaysia melancarkan serangan untuk memburu gol penyamaan dan langkah itu membawa padah di bahagian benteng pertahanan apabila Rooney menghantar bola kepada Nani untuk melakukan jaringan pada minit ke27.

Berikutan kedudukan terikat 2-2, pengurus pasukan Manchester Sir Alex Ferguson melakukan pertukaran pemain termasuk membawa masuk pemain baru pasukan, Owen pada minit ke-60.

Owen, yang berpindah dari Newcastle pada 3 Julai lalu, membuktikan bahawa beliau masih tidak hilang sentuhan jaringan apabila melepasi kawalan pemain lawan untuk menjaringkan gol kemenangan serta menghancurkan hati peminat tegar pasukan negara bimbingan K. Rajagobal.

Persembahan bertenaga kali ini menerima pujian selepas kali terakhir Malaysia tewas 0-6 kepada Manchester United sebelum ini.

Ini adalah kunjungan kali keempat pasukan itu ke Malaysia selepas tahun 1991, 1995 dan 2001.

Kuala Lumpur merupakan persinggahan pertama 'Red Devils' dalam Jelajah Asia 2009 pasukan dari England itu dan dijadual menentang pilihan Indonesia di Jakarta pada Isnin ini, Korea Selatan pada 24 Julai dan dua hari kemudian menentang pasukan China.

Bagaimanapun, Manchester United membatalkan persinggahan mereka di Jakarta berikutan insiden letupan bom di dua buah hotel mewah di ibu negara Indonesia itu semalam. BERNAMA


http://www.youtube.com/watch?v=xA6qjZcA_Fo
Read rest of entry
 

Total Pageviews