24 June 2009

Lorong Haji tapi sarang Main Biji

PUTRAJAYA: Orang ramai tidak boleh menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada
polis untuk membersihkan Lorong Haji Taib daripada terus menjadi sarang maksiat,
sebaliknya memerlukan pembabitan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihak polis tidak mempunyai
kuasa untuk menyita atau menutup premis yang terbabit dengan kegiatan maksiat
dan kuasa itu terletak pada bahu PBT.

"Polis boleh menangkap mereka yang terbabit dengan kegiatan maksiat tetapi untuk
menjaga kawasan supaya sentiasa bersih daripada kegiatan maksiat adalah terletak
di bawah PBT.

"PBT boleh memain peranan membersihkan kawasan terbabit termasuk menutup dan
menarik balik lesen pemilik premis yang menjadi tempat maksiat kerana hanya PBT
mempunyai kuasa menyita dan menutup premis yang menjadi pusat kegiatan tidak
bermoral," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Kenaikan
Pangkat secara Medan kepada Cif Inspektor Ang Wei Leoong di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Putrajaya, di sini, semalam.

1 comments:

dazrulx on June 24, 2009 at 1:02 AM said...

Kena tuka nama la lorong ni...

Post a Comment

 

Total Pageviews