29 July 2011

Duit Syiling Malaysia Yang Baru

Bank Negara telah memperkenalkan duit syiling generasi baru bagi menggantikan duit syiling Malaysia yang sudah berusia 20 tahun..Menurut gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, duit syiling ini akan diedarkan kepada umum pada awal tahun hadapan iaitu 2012..Hal ini bagi memberi peluang kepada tauke-tauke vending machine dan seangkatan dengannya untuk menyesuaikan perubahan syiling ini dengan produk-produk keluaran mereka..Namun, duit syiling ini akan dijual sebagai syiling peringatan pada hari Selasa, 26 Julai 2011..


Duit syiling 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen ini akan lebih kecil dan nipis daripada syiling sebelum ini..Tambah lagi, duit syiling ini telah didesign oleh salah seorang rakyat Malaysia sendiri.



Read rest of entry

Pantai Bogel Rasmi Pertama di Negara Islam



Khabar datang dari Turki, untuk pertama kalinya di dunia secara rasmi sebuah negara yang bermajoriti umat Islam, menyediakan tempat bagi para pelancong asing untuk berbogel ria tanpa seurat benang pun yang menempel di tubuh mereka.

Sebuah hotel baru di Turki akan membenarkan para pelancong dan pengunjung mereka yang gemar berbogel, dapat melampiaskan nafsu binatang mereka di sebuah pantai persendirian di Turki.

Hotel ini dikatakan terletak di wilayah barat daya Turki (berdekatan Laut Aegean) di resort utama Marmaris. Ianya dibuka secara eksklusif untuk pelancong asing sahaja. Tindakan hotel ini dianggap sebagai sebuah revolusi kecil di masyarakat konservatif Turki, lapor akhbarTurki Milliyet.



"Nudisme dibenarkankan di kawasan kompleks hotel, namun tidak di pantai umum yang berada berdekatan dengan sini," kata Ahmet Cosar, pengurus pemasarann hotel Adaburnu-Golmar.

Malah, untuk pengunjung yang berkeinginan 'bermain-main' di pantai tanpa benang sehelaipun yang menutupi tubuh mereka, pihak hotel akan menyediakan shuttle bus dari dan ke pantai bogel tersebut.



Read rest of entry

27 July 2011

Buaya berusia 70 juta tahun dikenal pasti





MINAS GERAIS, Brazil 26 Julai - Sejenis spesies buaya berusia 70 juta tahun bergigi besar dan mempunyai kepala seperti anjing telah dikenalpasti di sebuah pekan kecil di Brazil.

Fosil Pissarrachampsa sera yang dipercayai saintis memakan dinosaur, ditemui di dalam mendapan batu kapur di Minas Gerais oleh pekerja perbandaran.

Ketua penyelidikan, Hans Larsson dari Universiti McGill, Quebeck berkata, buaya darat yang mempunyai kepala pelik itu mendedahkan banyak tentang buaya baka Baurusuchia yang telah pupus itu.

"Buaya amfibia zaman moden mempunyai kepala yang rendah dan leper.

"Penemuan terbaru ini memberikan kita maklumat yang lebih mendalam tentang anatomi kepala baka kumpulan Baurusuchia yang pelik dan telah pupus itu," katanya.

Tambah Larsson, berdasarkan kajian mereka, ekologi baka spesies buaya tersebut berkemungkinan sama seperti anjing liar zaman sekarang.

Berdasarkan bilangan dan saiz gigi yang ditemui, pasukan penyelidik percayai buaya karnivor itu memakan haiwan bersaiz sepertinya antara 15 kaki hingga 20 kaki - dinosaur dan buaya-buaya lain.

Mereka dipercayai mempunyai penglihatan stereoskopik yang mampu mengesan mangsa dan tidak berebut seperti buaya hari ini. - Agensi



Read rest of entry

22 July 2011

Cara Nak buat Hantu Buatan

Sekiranya rumah atau dusun anda selalu dimasuki pencuri, disini MR nak share tips skit untuk menakutkan penyangak ni dengan membuat hantu buatan.. hehehe.. kira macam orang-orang kat tengah sawah untuk halau burung la tapi ni versi seram sikit..










Kalau nak balut dengan kain putih boleh jugak, tapi pastikan anda letak benda ni dekat tempat yang strategik.. . selamat mencuba..



Read rest of entry

Persalinan Memey RM7.2 juta



KUALA LUMPUR 21 Julai - Pelakon Memey Suhaiza akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta pada majlis persandingannya dengan Norman Hakim di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.

Memey, 23, akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.

Menurut Bill Bora selaku wakil Rafflesia, sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400,000 pada hari persandingannya.

Selain dua persalinan itu yang ditaburi mutiara mengikut gred, Memey juga akan mengenakan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara untuk dipadankan dengan pakaian tersebut.

"Sejak minggu lepas, borang penyertaan untuk rekaan pakaian perkahwinan Memey sudah dibuka kepada semua pereka fesyen yang berminat.

"Pakaian itu kelak akan dipadankan dengan anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara. Terpulang kepada pereka untuk menghasilkan pakaian itu, namun kedua-duanya perlu dihiasi mutiara.

"Selain itu, Memey juga akan mengenakan dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo," katanya.

Kata Bill, Memey amat beruntung kerana pereka kasut ternama itu sudi menghasilkan kasut khas bertatah mutiara untuk majlis perkahwinannya yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.

Memey dan Norman, 35, bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

"Persandingan mereka boleh dianggap sebagai wedding of the year kerana mendapat sentuhan orang ternama," katanya.

Kata Bill, Memey dan Norman dipilih kerana sebagai pasangan selebriti, kedua-duanya sentiasa menjadi perhatian ramai dan dinanti-nantikan penampilan mereka.




Read rest of entry

19 July 2011

Manusia mempunyai 24 jari

Seorang lelaki dari Cuba, Yoandri Hernandez Garrido atau nama gelarannya Hernandes Mutandes mempunyai fizikal yang unik dari manusia normal iaitu mempunyai 12 jari tangan dan 12 jari kaki.


Read rest of entry

13 July 2011

Tony jadi hos The Apprentice Asia


SINGAPURA 12 Julai - Taikun penerbangan, Tan Sri Tony Fernandes, akan menjadi hos edisi Asia siri televisyen yang digemari ramai, The Apprentice. Ini diumumkan hari ini oleh pengeluar program realiti Asia, RGM, iaitu satu syarikat filem dan televisyen yang berpangkalan di Singapura.

The Apprentice, yang direka dan dikeluarkan oleh Mark Burnett Productions, telah mencatatkan kejayaan selepas kemunculan sulung pada 2004 di Amerika Syarikat dengan jutawan Donald Trump sebagai hos dan pengeluar eksekutif bersama.

Program itu telah difrancaiskan pada peringkat antarabangsa, termasuk di United Kingdom, yang dihoskan ole Lord Sugar.

"Kami gembira dengan Tony. Beliau seorang ahli perniagaan yang berjaya dan berkrismatik dan tokoh Asia yang boleh dikaitkan dengan kejayaan di seluruh dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif RGM Devesh Chetty semasa mengumumkan program itu.

Semasa mengulas mengenai perkara itu, Fernandes berkata: "Ia mengujakan untuk menjadi peneraju The Apprentice Asia. Kita akan melihat sesetengah bakat perniagaan yang cemerlang di rantau ini bersaing dari jalanan ke bilik lembaga pengarah."

The Apprentice Asia akan menghimpunkan sejumlah eksekutif perniagaan dari pelbagai industri dan negara di rantau ini dengan melakukan penyingkiran sehingga seorang calon menjadi pelatih bergaji besar kepada Fernandes. — Bernama



Read rest of entry

Todays Outlook for EUR/USD and GBP/USD

EUR/USD

So, we finally broke through 1.4160/40 yesterday and down we came breaking 1.3970 for 1.3930. Now we have excellent technical support in the 1.3905/01 area from the 50% med term fib level and also more importantly the 200 day moving average. So as you can imagine we are going to see some fierce buying pressure at these lower levels.

However we cannot ignore this change of trend and we are therefore looking at rallies to be correctionary only and we would be selling into strength. Our nearby resistance obviously is the 1.4140/60 area and sellers will be poised here, waiting to drive us lower once more. Sellers are going to hold shorts unless we break through 1.4190.

So this support down at 1.3905/01 is very important. If we break this support then we are abandoning longs and going short looking for this to continue its slump and we woud be looking at the long term uptrend at 1.3700 overall for this coming week.

SHORT TERM FIB LEVELS 

0.236 – 1.4035

0.38 – 1.4100

0.50 – 1.4152

0.618 – 1.4205

0.786 - 1.4279

MED TERM FIB LEVELS

0.236 - 1.4451

0.38 - 1.4147

0.50 - 1.3901

0.618 - 1.3655

0.786 - 1.3305


DAILY PIVOT POINTS

R2 - 1.4417

R1 - 1.4232

Pivot - 1.4109

S1 - 1.3923

S2 - 1.3801

GBP/USD

Cable has broken its uptrend at 1.5880 ad if we look at the above chart we can see that we have now broken the neckline of a large Head and Shoulder pattern that has been building since March.

This pattern does suggest that we have a lot further to go on the downside with the measured target put at 1.5000. Now obviously we are not going to go there in a straight line, but we are looking to be heading that way....Initially we have support in the 1.5785/75 area from longer term 38% fib level, and this may be enough initially to halt the decline and see some correction, but at this point this is what rallies are going to be...They are correctionary and should be sold. If we can see again 1.5880/1.5920 we are looking to re-sell waiting for this 1.5785.75 support to be tested.

If we fail to hold this support we are looking to 1.5650/45 to entice.

SHORT TERM FIB LEVELS. 

0.236 - 1.5987

0.38 - 1.5931

0.50 - 1.5959

0.618 - 1.5987

0.786 - 1.6026

MED TERM FIB LEVELS

0.236 - 1.6417

0.38 - 1.6212

0.50 - 1.6046

0.618 - 1.5880

0.768 - 1.5669

DAILY PIV POINTS

R2 - 1.6123

R1 - 1.6015

Pivot - 1.5949

S1 - 1.5841

S2 - 1.5775
Read rest of entry

11 July 2011

Mari Main Poker

Selalu kita tengok orang main poker kat table biasa je kan, takpun dalam game zynga poker je.. kat bawah memang taraf bapak table poker ni, macam best je,.. hehehe


Read rest of entry

Punggung Janda Basah Akhirnya

Sekadar Gambar Hiasan, tiada kena mengena dengan cerita dibawah


Imah, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri disebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda menggilainya tapi Imah tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta-harta Imah bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yang berjaya. Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama dia bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan penjagaan diri.


Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan. Tambahan lagi, Imah tinggal berseorangan dalam kegelapan.Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Imah amat kehausan sekali. Perasaan Imah semakin resah. Sabar Imah menunggu, sejam dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak. Tok!!! Tokkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. "Ohhhh! Syukurlah!!! "kata Imah di dalam hatinya. Imah terus berlari membuka tingkap rumahnya yang diketuk itu.Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an berambut mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun membalas senyuman itu.Senyuman mereka berdua jelas kelihatan didalam samar-samar cahaya torch light milik lelaki itu.
Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Imah.Inilah saat pertama kalinya Imah memegang tangan lelaki semenjak suaminya meninggal dunia. Peluh Imah keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut. Lelaki itu memimpin Imah berjalan."duduklah di sini" kata lelaki itu.Imah pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki itu dan tiba-tiba Imah terasa punggungnya menjadi dingin. Dingin dan sejuk akibat air telah mula, membasahi punggungnya yang gebu itu.Tak pernah Imah merasa punggungnya sebasah ini. Seolah2 dugaan ini memang hebat.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata "Ohhh!! Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah selamat!" Jawab Imah "Yalah!! Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir ni nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi. Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja, jadi dapatlah saya menunggu di sini". Lelaki tadi terus menghidupkan semula enjin sampannya lalu terus ke pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan. Begitulah kisah bagaimana punggung Imah jadi basah.







Credit to KakiHaru
Read rest of entry

07 July 2011

Optimus Prime Transformer di Malaysia

Korang jangan sangka takdak Transformer di Malaysia ni, ni bukan robot kecik taw, tapi besar punya.. :p


Read rest of entry

06 July 2011

Hacker PS3 Dapat Kerja Di Facebook

George Hotz


Facebook dilaporkan telah mengambil George Hotz, yang menggodam sistem bagi model-model iPhone dan PS3 untuk bekerja di syarikat gergasi tersebut.

Hotz, 21, adalah individu pertama yang mencipta software di mana pengguna boleh menggunakan segala aplikasi iPhone secara percuma, atau dikenali sebagai jailbreak.

Beliau kemudiannya melakukan perkara yang sama terhadap PS3.

Sony dikatakan telah menyaman Hotz atas perbuatan tersebut.

Menurut TechUnwrapped, Hotz telah menerima perkerjaan yang ditawarkan oleh Facebook.

Berkemungkinan ia adalah sebuah projek bagi aplikasi untuk iPad.

Salah seorang daripada ahli kumpulan Chronic-Dev Team, Joshua Hill dilaporkan mengetahui tawaran yang diberikan kepada Hotz apabila Hotz menarik diri daripada satu perlawanan menggodam iPad 2 yang akan dijalankan tidak lama lagi kerana status beliau sebagai staf laman sosial tersebut.



Read rest of entry

04 July 2011

Jerung Mata Satu

Di California seekor jerung bermata satu telah ditangkap,ia sememangnya pelik dan ngeri kerana ianya adalah spesis pertama yang ditemui didunia.Para saintis berkata ianya mungkin terjadi  kerana kemerosotan alam semulajadi..


Read rest of entry

Ronaldo mahu kembali ke Liga Perdana Inggeris



LONDON: Cristiano Ronaldo mendedahkan bahawa dia akan kembali ke England untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Namun, pemain Portugal berusia 26 tahun itu terlebih dulu mahu mencapai sasaran yang ditetapkannya sekarang - memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama Real Madrid.
Ronaldo yang me-ninggalkan Manchester United untuk menyertai Real dengan nilai perpindahan 80 juta pound (RM387.12 juta) dua tahun lalu - diminati oleh Manchester City -yang turut cuba memancingnya pada awal musim panas.
Namun, sebelum kelab seperti Chelsea, Arsenal dan Tottenham melancarkan dana pembelian pemain mereka untuk menandatangani seorang daripada pemain terhebat dunia, mereka seharusnya meneliti terlebih dulu bagaimana perancangan masa depan pemain itu.

Ronaldo berkata: "Saya rasa jika saya berpindah dari Sepanyol, ia adalah untuk ke Liga Perdana - tetapi bukan sekarang. Pertama, kami perlu menang Liga Juara-Juara. Jika saya kembali ke Liga Perdana, ia perlulah ke sebuah kelab di barat laut. Saya tidak suka London."

Itu jelas merujuk kepada City - atau kelab lamanya United - sebagai pilihan utama Ronaldo.

Sunday Mirror bulan lalu mendedahkan bagaimana Ronaldo cuba dipancing oleh saudara mara jutawan pemilik City dari Abu Dhabi, dengan dakwaan bahawa kelab itu sanggup menawarkan gaji 350,000 pound (RM1.69 juta) seminggu jika menyertai mereka.
Tidak diketahui sama ada kelab itu ada membuat tawaran rasmi tetapi satu pihak ketiga yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan Sheik Mansour sudah menyatakan hasrat mendapatkan pemain itu. - Agensi



Read rest of entry

03 July 2011

(Renungan) Selepas kita mati, apa akan jadi pada akaun Facebook kita?

Gambar Hiasan



Mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access..   dan   selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita? mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar kita.. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat..   macam mana? pernah terfikir tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat itu, bagaimana?   mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya   tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..

cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat   tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~   jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu..

moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~   renung-renungkan da selamat beramal :)

P/s: Sebar-sebarkan. Semoga Bermanfaat.
Sumber : layar minda


Read rest of entry

01 July 2011

Hati-Hati Semasa Turun Dari Bas

MR tak taw nak letak gambar ni dalam label apa,  ngeri or lawak.. tapi lebih kepada lawak kot.. Tapi yang kesiannya, semua orang dalam bas tu buat tak taw je.. nasib baik bukan kat Malaysia.. hehehe..


Read rest of entry
 

Total Pageviews