25 June 2009

Deco akui tidak gembira di Chelsea


Juara: Serie A, dilaporkan dalam perbincangan dengan gergasi Liga Perdana
Inggeris, Chelsea untuk mendapatkan pasangan pemain Portugis, Ricardo Carvalho
dan Deco dan pemain tengah itu mengakui dia inginkan cabaran baru.

"Saya menghadapi musim yang sukar di Chelsea setelah ditimpa kecederaan serius
dan saya gagal mempamerkan aksi terbaik saya.

"Saya berharap saya dapat mencuba sesuatu yang berbeza, ejen saya , Jorge
Mendes, ada berbicara dengan Chelsea dan memaklumkan kepada mereka saya tidak
gembira berada di sini.

"Saya berharap dapat berpindah ke Inter dan saya sangat berharap perpindahan
ini menjadi kenyataan," kata Deco.

Deco yang pernah bermain di bawah pimpinan, Jose Mourinho di Porto ketika
mereka memenangi Liga Juara-juara pada 2004, turut mengidamkan untuk bermain di
samping bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic di San Siro.

"Saya memilih Inter kerana mereka adalah sebuah kelab yang mempunyai sejarah
yang terbilang dan saya juga ingin bermain di bawah bimbingan pengurus yang
hebat seperti Mourinho.

"Kami mempunyai dua setengah tahun yang hebat di Porto, di mana kami merangkul
semua kejuaraan .

"saya berharap `Ibra' akan kekal kerana dia adalah pemain yang penting dan
antara pemain terbaik dunia dan saya mahu bermain di sampingnya," katanya lagi.

1 comments:

dazrulx on June 25, 2009 at 4:26 PM said...

goodbye Deco...

Post a Comment

 

Total Pageviews