Showing posts with label Ngeri / Misteri. Show all posts
Showing posts with label Ngeri / Misteri. Show all posts

19 July 2011

Manusia mempunyai 24 jari

Seorang lelaki dari Cuba, Yoandri Hernandez Garrido atau nama gelarannya Hernandes Mutandes mempunyai fizikal yang unik dari manusia normal iaitu mempunyai 12 jari tangan dan 12 jari kaki.


Read rest of entry

04 July 2011

Jerung Mata Satu

Di California seekor jerung bermata satu telah ditangkap,ia sememangnya pelik dan ngeri kerana ianya adalah spesis pertama yang ditemui didunia.Para saintis berkata ianya mungkin terjadi  kerana kemerosotan alam semulajadi..


Read rest of entry

26 June 2011

Babi Laut

Makhluk hodoh yang di beri nama "Babi Laut"kerana menyerupai binatang itu.Telah di temui di lautan dalam.Di luar negara,jika di telentangkan kelihatan seperti jejari manusia keluar dari tubuh babi laut itu.

Tetapi secara ilmiah ia adalah "babi laut" yang tergolong dalam "scotoplanes" atau "teripang" yang termasuk ke dalam "genus" dari "Holothurians" laut dalam.

Read rest of entry

24 June 2011

Shit Steak

Para saintis di Jepun telah menemui kaedah untuk memproses tahi kepada daging tiruan.
Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bacteria yang banyak.

Para pengkaji kemudian mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan2 tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan. 'Daging' yang terjadi mengandungi 63% protein, 25% carbohydrates, 3% lipids dan 9% mineral. Para pengkaji kemudian menambah pewarna merah dan perasa soya untuk menambah kelazatan. Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.



Agaknya sebab ni lah ramai orang Jepun macam dah tak betul, tapi otak genius. Tak pe lah, tak genius pun tak pe asal tak makan tahi. Korang yang suka pegi Jepun pasni hati-hati tau, mana tau kut-kut jadi tikus makmal tak sengaja untuk test daging tiruan ni, rasa sama je dengan daging lembu.



Read rest of entry

20 June 2011

Makan Ayam Mentah

Apa kena la makcik ni pi makan ayam mentah ni... macam cerita hantu Kak Limah Balik rumah la pulak cari ayam hitam, tapi yang ni betul-betul punya kedarah ni.. Mungkin nak berubat kot.. iskh iskh.


Read rest of entry

12 June 2011

Manusia Yang Berekor

Gambar yang anda lihat ini bukan photoshop,tapi ianya adalah benar.Menurut sumber, manusia yang berekor ini disebabkan tulang belakang yang abnormal.


Read rest of entry

22 May 2011

Mari makan Burger Ular

Anda semua mesti pernah makan burger kan, tak kisah la burger ayam ke lembu ke, arnab ke, unta ke.. hehehe.. tapi anda pernah tak makan burger ular.. hehehe.. ada ke burger ular, jawapannya ada.. mari kita tengok macam mana diorang ni buat daging burger ular...


Read rest of entry

19 May 2011

Pagar Coli di Cardrona,New Zealand

Di Cardrona Otago Tengah, New Zealand, bermula pada tahun 1999 beberapa waktu antara Krismas dan Tahun Baru 1999, Coli empat perempuan ditemui melekat pada pagar kawat di pinggir jalan. Ini tidak diketahui siapa yang melakukannya dan mengapa. Apabila berita ini tersebar dan banyak pula coli ditemui di situ. Pada akhir Februari 2000 terdapat sekitar 60 coli di pagar.  Akhbar tempatan menjangkakan akan lebih banyak wanita akan singgah berhenti untuk melekatkan coli mereka pada pagar ini.

Unik atau pelik

Read rest of entry

17 May 2011

Mayat Bangun Ketika Di Bedah Siasat

Carlos Camejo (33), dinyatakan meninggal dunia setelah mengalami kecelakaan di jalan raya. Ia kemudian dibawa ke bilik mayat untuk dibedah siasat. Tiba-tiba "mayat" yang tengah mereka bedah itu berdarah, dan sedarlah mereka bahawa Carlos Camejo masih hidup. Para doktor dengan segera mencari jarum untuk menjahit luka di wajahnya. "Saya bangun kerana sakitnya bukan main," kata Camejo, seperti dikutip akhbar tempatan El Universal.

Isterinya yang sedang dirundung kesedihan dan diminta untuk datang ke bilik mayat untuk mengidentifikasikan tubuh suaminya turut  terkejut kerana melihat suaminya masih hidup dan berjalan ke koridor. Waktu ini Carlos Camejo memiliki bekas jahitan di wajahnya dan menyimpan dokumen perintah bedah siasatnya.


Carlos Camejo menunjukan dokumen bedah siasatnya

beginilah keadaan kereta Carlos Camejo ketika kemalangan jalan raya



Read rest of entry

14 May 2011

Petai Gajah

Korang suka makan petai tak,kalau suka, try pulak petai gajah ni.. hahaha.. lokasi tidak dapat dapat dipastikan la pulak.. Satu kampung boleh makan woo..


Ada yang kata gambar ni betul dan setengah kata photoshop...lantaklah.. layan je la.. hahaha


Read rest of entry

08 May 2011

Melukis Menggunakan 'Anu'

Seorang pelukis luar biasa dari Australia, Tim Patch, atau lebih dikenali dengan nama gelaran "Pricasso," yang berupaya melukis gambar-gambar orang kenamaan dengan menggunakan zakarnya.

Dari Presiden AS George W Bush, bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair dan bekas Perdana Menteri Jepun Junichiro Koizumi semuanya dilukis menggunakan zakar Tim dan kesemua lukisan itu kelihatan begitu realistik.




Tim sedang melukis potret seorang wanita menggunakan 'anunya'

Lukisan mengenai dirinya


Hasil Lukisan Potret Tim




Bekas kontraktor binaan dari Brisbane ini merasa sukar untuk melukis dengan cara biasa sehingga beliau gagal berkata-kata saat memegang tinta berusnya. Namun di bawah nama pena "Pricasso", Patch berjaya melukis potret, lanskap dan pelbagai lukisan dengan menggunakan zakarnya.




Pandai betul 'anu' dia melukis... xD
Read rest of entry

06 May 2011

Keranda Unik di Ghana

Bentuk yang menarik,itulah yang boleh dikatakan bagi keranda yang di usahakan di Ghana.Pelbagai jenis bentuk seperti handfon,kereta,kapal terbang,buah-buahan,ikan,kasut dan lain-lain lagi.
keranda yang berbentuk kasut

Connecting people..hehe

Bukan sahaja dari Ghana,malahan tempahan keranda unik ini telah merebak ke kebanyakan negara Afrika dan juga Eropah.
coca cola pun ada

Nak terbang kemana la agaknya dalam kubur nanti

keranda untuk orang yang suka makan buah
ni nak buat keranda kapal selam ka apa
 Kerana agak rumit untuk membuat keranda ini,harga bagi sebuah keranda adalah antara 500-600 dollar.Oleh itu pengeluaran kerana di Ghana adalah perniagaan yang paling berkembang maju.

Boleh jalan-jalan dalam kubur

Pihak muzium Perancis juga telah membeli lebih dari 20 buah keranda unik ini untuk dipamerkan di muzium mereka





Just Die It

Pelik tapi kreatif
Read rest of entry

29 April 2011

Jus Katak

China- Jus katak telah menjadi kegilaan ramai penduduk china pada masa sekarang. Ianya dikatakan dapat menyembuhkan banyak jenis penyakit kronik. Sebenarnya ianya adalah amalan tradisi turun temurun masyarakat dahulu kala dan inya belum dibuktikan lagi dengan kaedah saintifik. Mungkin terdapat testimoni dimana ianya secara kebetulan dapat menyembuhkan beberapa penyakit kronik..









Read rest of entry

28 April 2011

Imej Kuntilanak dekat jambatan runtuh


HANTU kuntilanak (dalam bulatan) dirakamkan oleh Pego Guntoro dekat sebuah jambatan di Tanjong Anom, Indonesia pada Isnin lalu.



TANJUNG ANOM - Seorang lelaki, Pego Guntoro berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di celah sebatang pokok di sebuah jambatan yang runtuh di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu dirakamkan oleh Guntoro menerusi telefon bimbit berkamera pada petang Isnin lalu.
Dalam imej tersebut, hantu kuntilanak itu memakai baju labuh berwarna putih, rambut panjang mengurai manakala tangannya tidak kelihatan.
"Jika diperhatikan, ia seperti kuntilanak," kata seorang rakan Guntoro yang hanya mahu dikenali sebagai Ratno.
Menurutnya, semasa gambar itu dirakamkan, Guntoro kelihatan ketakutan dan menghantar imej tersebut kepadanya.
Penduduk di sekitar lokasi jambatan itu mengaku kuntilanak pernah dilihat di kawasan tersebut.
Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Agus menyatakan bahawa dia pernah melihat kuntilanak dengan wajahnya yang cukup cantik semasa melintas di atas jambatan itu.
Kuntilanak merupakan hantu yang dipercayai berasal dari ibu hamil yang mati. - Agensi

- Kuntilanak pulok dah.. gegegege




Read rest of entry

18 April 2011

Majlis Perkahwinan Yang Pelik

Apa kepeliknya cara perkahwinan pasangan ni.Menurut sumber yang MR dapat,ni perkahwinan pasangan dari China.Memamng macam-macam.

On the Chinese wedding (8 photos)

On the Chinese wedding (8 photos)



On the Chinese wedding (8 photos)



On the Chinese wedding (8 photos)



On the Chinese wedding (8 photos)



On the Chinese wedding (8 photos)



On the Chinese wedding (8 photos)



On the Chinese wedding (8 photos)
Read rest of entry

02 April 2011

Tanduk tumbuh atas kepala

http://www.kagakribet.com/artikel/priabertanduk.jpg

Huang Yuanfan, 84 tahun dari China mendapati satu benjolan kecil yang tumbuh di bahagian atas belakang kepalanya 2 tahun lalu.

Namun benjolan itu berkembang hingga menjadi sebuah tanduk.

"Aku sudah berusaha mencabutnya dan bahkan mengikirnya namun tak ada yang berubah. Tanduk itu malah semakin membesar, "ujar Huang.

Malah hingga kini tanduk Huang mencapai 3 inci dan tanduk itu masih boleh panjang lagi.

"Kesemua doktor mengatakan mereka tak tau apa penyebabnya tapi jika mereka cuba mencabutnya, tanduk itu kembali tumbuh. Aku berusaha menyembunyikannya dengan topi tapi jika tanduk itu semakin panjang, maka tanduk itu bakal mencuat ke atas, "tambah Huang lagi.
Read rest of entry

Berumah dikawasan kubur


Manila North Cemetery Houses Menjadi rumah yang masih hidup lebih ramai berbanding yang telah reput, dianggarkan sebanyak 10,000 keluarga tinggal di kawasan perkuburan terbesar ini.
Ada keluarga yang tinggal disini kerana terpaksa dan x mampu untuk tinggal di bandar besar. Asasnya, mereka semua adalah keluarga yang tak tahu nak pergi kemana lagi..



Tengkorak yang x dikenali pemiliknya


Luas tak katil diorang..?
Siap boleh karaoke lagi kat kubur.. hahaha

Mengambil upah mengangkat keranda

Judi open air..


Ada berani duduk kat tempat macam ni.. hehehe
Read rest of entry
 

Total Pageviews