DAVID Beckham selamat menjalani latihan pertama bersama Totteham dan pengurus Harry Redknapp masih berharap perpindahannya secara pinjaman boleh diselesaikan.
Pemain tengah Los Angeles Galaxy itu diberi lampu hijau untuk menyertai Spurs pada Isnin selepas lulus beberapa ujian kecergasan di padang latihan di Chigwell, Essex.
Redknapp mendedahkan Spurs tidak pernah putus harapan untuk menyempurnakan perpindahan Beckham agar bekas kapten England itu dapat beraksi di atas padang.
"Tiada sebarang perkembangan setakat ini tetapi tunggu dan lihat saja apa yang bakal berlaku. David adalah pemain terkemuka. Sesiapa saja menghormatinya dan kami begitu teruja untuk mendapatkan khidmatnya di sini," kata Redknapp.
Beckham yang membesar tidak jauh dari Stadium Tottenham kelihatan tenang ketika berlatih bersama pemain Spurs.
Bekas pemain tengah Manchester United itu dilihat sempat bergurau-senda dengan penyerang Jermain Defie, Peter Crouch dan Roobie Keane.
Beliau dilaporkan akan berlatih bersama Spurs sehingga 10 Februari ketika musim cuti Major League Soccer.
Galaxy masih bimbang kecederaan serius di bahagian Achilles yang menimpanya ketika memperkuat AC Milan musim lalu berulang kembali.
credit= mstar online
0 comments:
Post a Comment