25 July 2009

Ronaldo jadi pelakon



BEKAS pemenang Kasut Emas Piala Dunia, Ronaldo, yang beraksi bersama Corinthians dalam liga Brazil, akan tampil dalam satu filem mengenai seorang gadis Palestine yang terbunuh sebelum memenuhi impian untuk bertemunya.

Ronaldo sudah mencapai kata sepakat untuk menjadi sebahagian daripada pelakon filem itu dan mungkin akan memulakan penggambaran seawal-awalnya September depan di Lubnan, menurut pegawai di Dewan Perniagaan Brazil-Iran, yang membantu menghasilkan filem itu.

Masih belum mempunyai sebarang judul, filem itu berdasarkan kisah benar dialami Alneyrab, gadis berusia 13 tahun yang mengimpikan untuk bertemu Ronaldo apabila dia melawat Timur Tengah pada satu misi kemanusiaan pada 2005.

Dia hanya mampu melihat idolanya berlalu di depannya bersama rombongannya dan kemudian terbunuh dalam satu konflik di rantau itu.

Ejen pemain itu, Fabiano Farah, mengesahkan Ronaldo sudah menandatangani pra-kontrak.

Ronaldo menjadi duta muhibah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak 2000 dan membuat kunjungan ke Israel serta Tebing Barat pada 2005 ketika bersama Real Madrid.

Dia mengikat kontrak dengan Corinthians, Disember lalu, walaupun ada keraguan tidak boleh sembuh daripada kecederaan lutut yang dialami ketika menyarung jersi AC Milan pada Februari tahun itu.

Selepas lebih setahun diketepikan, dia kembali beraksi Mac lalu dan membantu Corinthians memenangi dua kejuaraan di Brazil - kejohanan tradisi negeri Sao Paulo dan Piala Brazil. Dia menjaringkan enam gol dalam empat perlawanan terakhirnya.

Dia anggota pasukan Brazil yang layak ke perlawanan akhir Piala Dunia 1998 dan memenangi Kasut Emas dalam laluan menjuarai Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun.

Ronaldo juga penjaring gol terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman dengan 15 gol serta pernah mewakili Cruzeiro, PSV Eindhoven, Barcelona dan Inter Milan.

credit - mymetro

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews