03 May 2011

Melancong Ke Bulan


Space Adventures, sebuah syarikat pelancongan angkasa, merancang untuk melakukan perjalanan ke bulan dalam waktu kurang dari 5 tahun. Program ini akan menggunakan roket kapsul dan Rusia.

Roket dari Russia, Soyuz digunakan untuk dua pelancong yang berminat. Mereka dan seorang komander akan dilancarkan ke orbit Bumi untuk bertemu dengan roket berawak yang telah dihantar sebelumnya. Seterusnya, akan melancarkan roket mereka ke Bulan.
Space Adventure Rocket Soyuz

Ada juga laluan alternatif. Mereka dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebelum pelancaran ke Bulan. Perjalanan ini akan memakan masa lapan atau sembilan hari.

Para pelancong tidak mendarat di Bulan, tetapi akan mengitarinya pada jarak minimum sekitar 100 kilometer. Pelancong dapat melihat permukaan bulan yang berkawah dan melihat Bumi yang sampai sekarang hanya disaksikan oleh 24 orang.


Pelancong diminta untuk menghabiskan sekitar 150 juta dolar AS untuk perjalanan ini, atau sekitar lima kali bayaran pelancongan pesawat ruang angkasa ke ISS setakat ini. Ketika ini, seorang sudah pasti akan pergi. Space Adventures masih mencari satu penumpang yang lain. Adakah anda berminat?

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews