03 May 2011

Maknyah si pemungut cukai

Apabila anda lambat untuk membayar cukai mungkin anda akan mendapat surat amaran. Namun, di Karachi, bandar terbesar di Pakistan, anda akan bertemu dengan maknyah si pemungut cukai.

Sebagai langkah Kerajaan Pakistan untuk mengatasi pengelak cukai meningkat, pegawai cukai di Karachi menggunakan Riffee, seorang maknyah, yang diwujudkan untuk memungut cukai yang tertunggak.
Riffee dan rakannya akan datang ke rumah anda atau tempat tunggakan cukai perniagaan, dengan maksud untuk memalukan pengelak cukai dan akhirnya mahu membayar.
Riffee sedang bersiap-siap untuk memungut cukai

Riffee dan dua rakannya, Sana dan Kohan, secara fizikal adalah lelaki, tetapi mereka lebih suka untuk berpakaian seperti seorang wanita. Tugas mereka cukup sederhana, setiap pagi mereka harus bekerja dan mengambil senarai tunggakan cukai. Satu per satu mereka datang ke rumah atau pejabat cukai penunggak. Lalu menggoda dan membuat masalah kepada orang yang tidak mahu membayar cukai.




Namun, tidak jelas apakah taktik ini cukup berkesan, namun petugas pejabat cukai berkata tindakan mereka boleh dikatakan berkesan walaupun masih ada penunggak cukai yang degil namun lebih bagus daripada tidak melakukannya langsung.

"Kehadiran mereka mungkin memalukan pengelak cukai," kata Hussein Bhatti inspektur kastam kepada CNN, Jumat (15/04/2011).
Di negara di mana banyak mempunyai undang-undang yang lemah dan polis boleh disuap, Riffee dan teman-temannya adalah jalan terakhir, walaupun sedikit luar biasa.

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews