31 October 2011

Bilik Kelahiran Internet

Bermula disini

29 October 1969 ialah tarikh bersejarah dalam sejarah manusia. You see pada tarikh tersebut mesej pertama didalam network ARPANET (the first inter-net) dihantara antara komputer di UCLA ke sebuah lagi komputer di Stanford Research Institute. Mesej pertama yang dihantar ialah "LOGIN" tetapi komputer di UCLA crash mengejut dan hanya huruf perkataan "LO" dapat dihantar. Something never change huh? 42 tahun selepas mesej pertama ini kini kita mempunyai internet. Dari hanya 4 komputer didalam network yang terdiri daripada komputer di kampus UCLA, Stanford, UTAH dan University of California, Santa Barbara, kini kita mempunyai jutaan komputer serta peranti mudah alih yang boleh mengakses internet pada satu-satu masa.

Didalam gambar dibawah anda boleh melihat bilik 3420 di UCLA dimana mesej pertama antara dua komputer dihantar. Bilik 3420 dihias semula supaya kelihatan seperti pada tahun 1969 unytuk menyambut ulang tahun tarikh bersejarah ini. Lelaki tua dibawah ialah Prof. Leonard Kleinrock, beliau adalah antara bapa ARPANET dan was there when the first message was sent.





2 comments:

Semut Senyum on November 1, 2011 at 3:51 PM said...

wow! kagumnya saya...

ipok on November 5, 2011 at 7:35 PM said...

now i know..thak u!

Post a Comment

 

Total Pageviews