14 September 2009

Ramadhan dicemari

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 25 kes tangkapan khalwat membabitkan 50 pasangan
bukan muhrim dilakukan Bahagian Penguat Kuasa Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama
Terengganu (JHEAT) di seluruh negeri ini sehingga 17 Ramadan lalu.

:Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh
berkata, tangkapan berkenaan membabitkan sembilan kes di Dungun, masing-masing
empat kes di Besut, Kemaman dan Kuala Terengganu serta dua kes di Hulu
Terengganu dan Marang.

"Kes tangkapan khalwat terutama pada Ramadan tidak sepatutnya berlaku kerana ia
memberi impak negatif dan memalukan imej umat Islam.

"Apa yang dikesalkan pada hari pertama Ramadan, sudah ada satu kes tangkapan
khalwat dilakukan sekali gus menggambarkan pasangan yang di-tangkap langsung
tidak menghormati kemuliaan bulan ini," katanya ketika ditemui pada Majlis
Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu Kali ke-30 bagi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di Dewan Sivik Gong Badak.

Menurut Muhammad Ramli, tangkapan khalwat terbabit dibuat hasil maklumat orang
ramai dan kebanyakan tangkapan dilakukan di bilik hotel bajet, sekitar pantai
peranginan dan rumah yang membabitkan golongan berumur antara 17 hingga 70
tahun.
Read rest of entry

08 September 2009

Posmen dan Surat

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

:)) :))
Read rest of entry

Terapi Lubang Hidung


Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

Jika anda merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan berulang kali. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.

Apakah anda pernah memperhatikan ketika bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih berkesan jika diterapkan kepada orang dewasa.
Read rest of entry

Jangan mengintai klu xnak disumpah jd batu


Pada
suatu petang, tiga orang budak lelaki bermain sorok-sorok. Dua
orang menyorok dan seorang lagi mencari kedua rakannya. Dua orang budak itu
menyorok di belakang bilik air dan kebetulan ketika itu, seorang gadis
sedang mandi.

Secara tidak sengaja, dua orang budak itu, ternampak gadis yang sedang
mandi tersebut. Beberapa minit kemudian seorang daripada budak itu
menjerit dan lari lintang-pukang.

Setelah jauh dari tempat itu, kawannya bertanya, "Mengapa engkau lari?"
"Uuhh... mak aku pernah cakap kalau kita mengintai perempuan mandi,
nanti kena sumpah jadi batu..." "Masa aku tengok perempuan tu tadi, aku rasa
ada sesuatu dah mula mengeras, aku rasa dah nak mula jadi batu, sebab tu aku
lari...," jawabnya lagi.

:eek::eek:
Read rest of entry

06 September 2009

Kaabah Palsu di New York




Read rest of entry

Proton Exora Prime









Read rest of entry

05 September 2009

Petua untuk tahan lama

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama... selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2005. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2006. Wah?... tahan sampai 2 tahun kan ?... Amazing GresteQuer! Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau...

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama... jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama'... bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi... padan muka korang... hahaha!

PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach... Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach... Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuc i guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.
KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj... bungkus elok-elok... jangan bagi angin masuk... jangan bagi abuk masuk... jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan... gerenti kereta tahan lama...

KENYANG
Kalau nak tahan lama... sebelum makan baca bismillah dan doa... Akhir makan... doa dan ucap alhamdullillah. . Jangan jadi macam setan...

UMUR
Umur nak tahan lama?... Jangan Merokok!... Rokok nak tahan lama?... Jangan Hisap!...

P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang... sendiri mau ingat aaaa...

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan. .. Jujur dan ikhlas.

KUEH RAYA
Kueh raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit, kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kueh-kueh raya tu... ini bermakna tak la membazir... kalau simpan lama sangat nanti kueh jadi tengik... lepas tu nak kena buang, so... jangan jadi setan... membazir amalan setan.

KERJA
Kerja kalau nak "tahan lama " jangan asyik nak surf internet saja macam korang... dah tak ada kerja lain ke... kalau BOSS nampak tak pasal-pasal kena tendang.

Read rest of entry

02 September 2009

Suami dera isteri hingga mati




Read rest of entry

01 September 2009

Selipar China terlebih kimia.





Read rest of entry
 

Total Pageviews