14 September 2009

Ramadhan dicemari

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 25 kes tangkapan khalwat membabitkan 50 pasangan
bukan muhrim dilakukan Bahagian Penguat Kuasa Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama
Terengganu (JHEAT) di seluruh negeri ini sehingga 17 Ramadan lalu.

:Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh
berkata, tangkapan berkenaan membabitkan sembilan kes di Dungun, masing-masing
empat kes di Besut, Kemaman dan Kuala Terengganu serta dua kes di Hulu
Terengganu dan Marang.

"Kes tangkapan khalwat terutama pada Ramadan tidak sepatutnya berlaku kerana ia
memberi impak negatif dan memalukan imej umat Islam.

"Apa yang dikesalkan pada hari pertama Ramadan, sudah ada satu kes tangkapan
khalwat dilakukan sekali gus menggambarkan pasangan yang di-tangkap langsung
tidak menghormati kemuliaan bulan ini," katanya ketika ditemui pada Majlis
Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu Kali ke-30 bagi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di Dewan Sivik Gong Badak.

Menurut Muhammad Ramli, tangkapan khalwat terbabit dibuat hasil maklumat orang
ramai dan kebanyakan tangkapan dilakukan di bilik hotel bajet, sekitar pantai
peranginan dan rumah yang membabitkan golongan berumur antara 17 hingga 70
tahun.

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews