11 July 2009

Rosakkan helikopter - Andy Lau didenda..


ANDY LAU


ANDY LAU kalah dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Taiwan dengan sebuah syarikat penerbangan Taiwan. Artis kacak itu diarahkan untuk membayar sebanyak 6.69 juta Taiwan Dollars (RM763,800) kepada syarikat tersebut.

Andy sebelum ini disaman atas tuduhan merosakkan sebuah helikopter syarikat berkenaan ketika penggambaran sebuah filem yang membabitkan bintang terkenal Hong Kong itu.

Menurut jurucakap, mahkamah tersebut sebelum itu telah menaikkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar Andy daripada 5.1 juta Taiwan Dollars.

"Menurut perkiraan Andy, nilai kerosakan helikopter tersebut hanyalah 5.1 juta Taiwan Dollars, tetapi Mahkamah Tinggi Taiwan telah membuat pengiraan dengan kaedah yang lain, dan nilai itu sebenarnya 6.69 juta Taiwan Dollars," ujarnya.

Lau disabitkan kesalahan merosakkan helikopter milik syarikat Daily Air itu, sejurus sebelum dia melompat keluar dari helikopter tersebut ketika menjalani penggambaran filem The Island of Greed di Taiwan pada 1997.

Daily Air telah memfailkan saman terhadapnya pada 1998, tetapi kes itu mula dibicarakan pada tahun lepas. Kelewatan kes itu dibicarakan kerana Andy selaku pihak defendan menetap di Hong Kong.

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews