|
MADRID - Juara Eropah, Barcelona sedia mengemukakan tawaran hingga £40 juta (RM230 juta) untuk mendapatkan bintang Arsenal, Cesc Fabregas.
Begitupun, tawaran itu hanya akan berlaku seandainya mereka berjaya menjual Samuel Eto'o ke Manchester City.
Menurut laporan media Sepanyol, Barca sedia melepaskan penyerang antarabangsa Cameroon itu ke City dengan harga £25 juta (RM144 juta).
Namun, Eto'o yang juga Pemain Terbaik Eropah tiga kali hanya mahu bekerjasama dengan pengurus City, Mark Hughes di Eastlands jika dia memperoleh gaji tertinggi di dunia.
Bagi Barca pula, kejayaan menjual Eto'o ke kelab England itu akan memberi peluang kepada mereka mengemukakan tawaran mega ke atas kapten Arsenal, Fabregas.
Bintang Sepanyol itu sering dikaitkan dengan Barca sejak kebela- kangan ini selepas dia meninggalkan Nou Camp untuk berhijrah ke Emirates pada tahun 2003.
"Apa yang kami tahu, dia (Fabre- gas) tidak begitu gembira untuk kekal di Arsenal selepas kegagalan kelab itu memenangi sebarang kejuaraan sejak muncul juara Piala FA empat tahun lalu," jelas Naib Presi- den Barca, Jaume Ferrer.
"Kini, kami semakin yakin untuk membawa pemain itu ke sini dan anda (media) juga tahu betapa pentingnya untuk dia berada dalam kelab ini."
Dalam perkembangan lain, Presiden Barca, Joan Laporta turut me- ngesahkan juara trebel itu sedia me- ngemukakan tawaran berjumlah 40 juta euro (RM199 juta) ke atas penyerang Valencia, David Villa.
"Dia (Villa) adalah pemain yang kami ingini dan kami akan mengemukakan tawaran hebat kepadanya daripada 40 juta euro (RM199 juta) hingga 50 juta euro (RM248 juta)," jelas Laporta. - Agensi
0 comments:
Post a Comment