Pada suatu hari,seorang raja telah mengutuskan 3 orang utusannya ke sebuah daerah baru untuk menyelesaikan suatu tugasan.Ganjaran akan diberikan bagi sesiapa yang berjaya menyelesaikan tugasan tersebut manakala balasan buruk akan diterima jika gagal melaksananya dengan baik.Sebelum berangkat,raja tersebut telah berpesan kepada 3 orang utusan tadi supaya menyelesaikan tugasan yang diberi dengan sebaik-baiknya dan mematuhi segala arahan dan larangan yang telah diberikan.Raja itu juga akan menghantar bantuan jika berlaku sebarang masalah di sana,bila cukup tempoh mereka akan dipangil balik untuk menghadap raja itu kembali.Dan tanpa pengetahuan mereka juga,raja telah menghantar pasukan pengintip yang ditugaskan untuk memantau segala pergerakan dan perbuatan mereka selama mana mereka berada di daerah tersebut.
Setelah beberapa lama berada di daerah tersebut,dilihat hanya si A sahaja yang betul-betul menunaikan tanggungjawab seperti yang diarahkan olh raja tadi.Manakala si B sentiasa leka dengan keindahan di tempat yang baru didudukinya itu sehingga mengabaikan amanah yang dipikulnya.Si C pula hanya melakukan kerja sambil lewa di samping sibuk dengan kerja lain,baginya yang penting di buat apa yang disuruh.Pasukan pengintip tadi sentiasa menghantar laporan kepada raja apa yang dilakukan oleh utusannya sehari-hari.
Apabila raja merasa sudah cukup tempoh yang telah diberikan,ketiga-tiga utusan tadi dipanggil balik dan menghadap raja.Mereka disuruh melaporkan apa yang telah dilakukan sepenjang berada di daerah tersebut dan apa hasil yang telah mereka dapat.Secara keseluruhannya,hanya si A sahaja yang dapat memberi laporan dengan sempurna manakala si B dan C hanya diam membisu kerana menyedari kesilapan mereka sebelum ini.
Akhirnya si A mendapat ganjaran yang banyak seperti yang dijanjikan sebelum ni,si B dan C pula dihukum kerana telah melanggar perintah raja.
Kesimpulannya....
(suatu hari) hari kelahiran kita
(daerah baru) dari dalam perut ibu kita dilahirkan ke dunia ini
(raja) Allah pemilik alam semesta
(3 orang utusan) mewakili kita semua sebagai manusia yang diutuskan oleh Allah
(tugasan) beribadah kepada Allah,mematuhi segala larangannya dan meninggalkan segala larangan
(pasukan pengintip) malaikat yang diarah oleh Allah S.W.T
(si A) manusia yang taat beribadah kepada Allah
(si B) manusia yang lalai dengan duniawi
(si C) manusia yang membuat amal ibadat tetapi maksiat tidak ditinggalkan
Kita berada dalam kelompok mana?Adakah kita sudah melakukan tugasan kita dengan sempurna?Sedarlah,kita di dunia ini hanyalah sementara sahaja bak sang pengembara yang merantau jauh akhirnya akan pulang ke negerinya juga.Kumpullah sebanyak mungkin bekalan amal sebelum kita dipanggil menghadap Yang Ilahi agar ganjaran yang diperolehi bukannya balasan yang menanti kita.
semoga bermanfaat untuk kita semua,wallahualam......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment