27 January 2011

Fasha Sandha dan Jejai putus


KINI HANYA KENANGAN...Fasha dan Jejai ketika menjalin hubungan.

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.


“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

Kenyataan Fasha

KUALA LUMPUR: “Memang hubungan saya dengan Jejai sudah berakhir. Sukar untuk saya jelaskan sebab atau alasannya, namun itulah hakikat dan saya percaya ada hikmah di sebaliknya.

“Sejak dia (Jejai) pulang daripada bercuti bersama keluarganya di Jepun 18 Januari lalu, kami langsung tidak berhubung hingga hari ini. Entah kenapa, namun itulah yang berlaku. Justeru saya mengandaikan tiada jodoh antara kami berdua,” kata Fasha yang dihubungi Harian Metro, semalam.

Ditanya mengapa Jejai tidak lagi menghubunginya sejak pulang dari Jepun memandangkan sebelum ini Fasha pernah mengeluarkan kenyataan masih bahagia sewaktu mengulas gambar kontroversinya berbikini di Bali sebelum ini, aktres berusia 27 tahun ini hanya selesa untuk tidak mengulas lanjut.


“Sepanjang bercuti, setiap hari dia menghubungi saya dan tidak pernah lupa menghantar mesej. Saya masih lagi menyimpan semua senarai dan rekod panggilannya. Malah, sehari sebelum dia pulang ke Malaysia 17 Januari lalu, Jejai masih menghubungi saya.

“Perkara itu terlalu peribadi dan sukar untuk dijelaskan secara terperinci. Cukuplah saya nyatakan hubungan kami sudah tiada apa-apa lagi,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Samson Delaila.

Mengulas gosip kononnya bekas isteri Jejai, Nora Danish dikatakan punca hubungan mereka berantakan, Fasha tidak mahu mengulas lanjut.

“Jujurnya saya langsung tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Namun, saya percaya Jejai ada alasannya sendiri dan mungkin ini jalan terbaik buat kami berdua.

“Saya harap tiada lagi pihak cuba mengaitkan kami berdua dan usah lagi bertanya saya mengenai Jejai. Berilah saya ruang untuk bernafas serta memikirkan soal diri sendiri dan kerjaya,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran dan menguruskan operasi perniagaan butik dandanan rambut, Chinta Salon di Wangsa Link yang akan memulakan operasi tidak lama lagi.

“Mungkin ini peluang bagi saya meletak sepenuh fokus kepada kerjaya lakonan yang Alhamdulillah tidak henti buat saya,” katanya.

Fasha menyifatkan perpisahan mengejut antaranya dengan ahli perniagaan berusia 34 tahun itu sebagai satu suratan.


“Bagaimana untuk saya lari daripada semua cerita ini? Saya bukan mahu meraih publisiti murahan atau sengaja membesarkan apa yang berlaku, namun sebagai anak seni saya akur dengan tuntutan media yang sentiasa memerhati saya daripada jauh.

“Alhamdulillah saya tidak pula tertekan atau terasa kecewa dengan apa yang berlaku. Biarlah semuanya berlalu dan pergi begitu saja,” katanya.


credit to HarianMetro Online

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews