LAMAN rangkaian sosial Facebook dilaporkan berjaya mengaut pelaburan daripada Goldman Sachs dan seorang pelabur Russia dalam perjanjian yang meningkatkan nilainya mencapai AS$50 bilion. Menurut satu laporan The New York Times, Goldman melaburkan sebanyak AS$450 juta dalam Facebook, sementara lagi AS$50 juta dilaburkan oleh Digital Sky Technologies. Akhbar tersebut, menerusi sumber-sumber yang tidak dinamakan, melaporkan bahawa syarat-syarat perjanjian itu meletakkan nilai lebih AS$50 bilion ke atas Facebook.
Penglibatan Goldman juga mencetuskan desas-desus bahawa Facebook mungkin disenaraikan di bursa saham tidak lama lagi. Sementara itu, The Financial Times melaporkan bahawa Goldman melaburkan AS$375 juta dalam Facebook, dan Digital Sky pula, AS$75 juta. Seorang jurucakap Facebook memberitahu BBC bahawa syarikat itu enggan memberi komen tentang laporan The New York Times itu. Goldman juga enggan memberi komen.
Nilai Facebook sesungguhnya lebih tinggi daripada eBay atau Time Warner jika ia benar-benar dinilai sebanyak AS$50 bilion, menurut satu laporan BBC. Pelaburan baru ini dijangka dapat digunakan untuk membangunkan produk baru selain mendapatkan produk baru, menurut laporan New York Times itu lagi. Ia juga membolehkan warga kerja Facebook dan beberapa pelabur awal meraih wang tunai daripada pelaburan awal mereka. Tambah laporan itu lagi, Suruhanjaya Pengawalan dan Pertukaran (SEC) sedang memantau pembangunan dalam pasaran swasta untuk perdagangan dalam syarikat seperti Facebook, Twitter dan LinkedIn. -- BBC.

0 comments:
Post a Comment