23 January 2011

Bahaya Love Bite

AUCKLAND: Seorang wanita dilapor separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit
jantung akibat gigitan asmara yang dilakukan kekasihnya.

Kejadian itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.

Wanita yang yang tidak disebutkan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland
selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tetapi pada mulanya tidak dapat
mengesan puncanya.

Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di
bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan -
kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu.

Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami
strok. - DM

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews