10 October 2009

Nasha diarah bayar bapa RM10,000









KUALA LUMPUR - "Saya tidak tahu hendak cakap apa sebab peguam saya tidak datang."Ringkas jawapan pelakon dan model terkenal Nasha Aziz ketika ditemui di Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas dia diarah membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapa kandungnya, Abdul Aziz Mohd. Ali dalam kes saman fitnah yang dikemukakan guru silat itu.

Nasha yang hadir berseorangan tanpa peguamnya, Rashid Mokhtar bagaimanapun kelihatan tenang ketika mendengar keputusan tersebut.

"Saya sudah menghubungi peguam namun panggilan tidak dijawab, saya tidak tahu di mana kedudukan saya, tetapi saya buat keputusan untuk hadir sendiri setelah membaca laporan akhbar," katanya.

Nasha yang seolah-olah dalam kebingungan berkata, dia menerima keputusan tersebut namun mendakwa tidak diberi masa yang cukup untuk membuat penjelasan.

"Saya tidak tahu kenapa ia terjadi selepas arwah ayah meninggal," katanya dalam nada kesal sambil beberapa kali memohon maaf kerana menggunakan perkataan 'ayah' merujuk kepada Allahyarham Abdul Aziz Hathim yang membelanya sejak kecil.

credit - kosmo online

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews