12 August 2009

Nenek mati tersepit Lif

LONDON: Seorang wanita warga emas mati tersepit lif yang cuba dinaikinya.

Insiden itu terlalu pantas hingga anak perempuannya tidak dapat berbuat apa-apa
dan hanya melihat ibunya digilis lif yang rosak itu.

Pekerja kebajikan, Christine Allen dilapor terbunuh ketika ingin menaiki lif
selepas melawat cucu-cucunya.

Christine, 50, dipercayai disepit pintu lif yang tertutup. Ketika bergelut untuk
melepaskan diri, beliau tersepit di antara lif yang terus bergerak ke atas.

Pasukan kecemasan yang dihubungi gagal menyelamatkannya.

Anak Christine, Laura Dawkins, 26, mendakwa sudah beberapa kali mengadu mengenai
kerosakan lif apartmen Lambourne Court, Woodford, London Timur itu.

"Saya sudah beberapa kali memaklumkan kepada majlis mengenai lif yang rosak di
sini.

"Lif rosak sejak empat bulan lalu tapi setiap kali saya membuat aduan, anggota
majlis menyatakan mereka tidak memulihkannya kerana tidak memiliki dana
melakukannya," katanya.

Rakan Christine, Robert Russell cuba menceritakan bagaimana insiden tengah malam
Sabtu itu berlaku.

"Sebaik sahaja pintu terbuka di tingkat lapan, lif tidak berada separas lantai.

"Christine bagaimanapun melompat ke dalam lif dan selepas itu ia mula bergerak
ke atas.

"Saya menjerit menyuruhnya keluar dan beliau cuba keluar tapi kepalanya dihantuk
lif.

"Tangannya terkeluar dan saya cuba mencari denyutan nadinya. Namun saya pasti
beliau meninggal dunia serta-merta," katanya. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews