13 July 2009

Shearer angkat kaki



LONDON: Alan Shearer sedia meninggalkan Newcastle United kerana bosan dengan masa depan kelab itu yang agak kabur.

Idola kelab Toon itu berang kerana dia tidak tahu menahu mengenai bidaan untuk mengambil alih kelab Magpies yang tersingkir ke Liga Kejuaraan itu dan berasa dipencilkan pemilik kelab, Mike Ashley dan pengarah urusan, Derek Llambias.

Akhbar The Sun, semalam, turut mendedahkan bahawa Shearer berbincang secara rahsia dengan syarikat penyiaran BBC untuk kembali mengendalikan rancangan bola sepak ‘Match of the Day’, tidak suka dengan cara Joey Barton dibenarkan kembali ke kelab itu dan berasa sudah terlewat membentuk semula pasukan ketika musim baru hanya tinggal empat minggu saja lagi.

Shearer sebelum ini dianggap sebagai penyelamat apabila menerima cabaran Ashley untuk cuba mengekalkan Newcastle dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika musim berbaki lapan perlawanan.

Namun misinya gagal dan dia kini lebih banyak bermain golf ketika Ashley sibuk mencari pemilik baru.

Shearer, bertelagah dengan Barton apabila pemain tengah itu dibuang padang ketika menentang Liverpool, tidak langsung kelihatan di kelab musim panas ini dan Chris Hughton mengambil alih tugas mengendalikan latihan pramusim.

Seorang rakan baik Shearer berkata: “Komunikasi dilihat sebagai kelemahan utama Ashley.

“Dia dan Llambias menyebabkan Alan tertanya-tanya tapi masa semakin suntuk jika dia kembali dan memulakan rancangan untuk memburu kenaikan semula ke EPL.

“Peminat setia Toon menganggapnya sebagai 'penyelamat'. Namun dia tidak boleh melakukan keajaiban apabila dipencilkan Ashley.

“Dan dia berasa dikhianati dengan cara Joey Barton dibenarkan kembali berlatih. Ia adalah satu tamparan buat Alan.”

Syarikat berpangkalan di Singapura, Profitable Group mengesahkan mereka sudah membuat bidaan untuk membeli kelab. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews