16 July 2009

Pesawat Iran terhempas, 168 penumpang terbunuh

TEHERAN (Iran): Sebuah pesawat Iran terhempas di barat laut negara itu dan membunuh kesemua 168 penumpangnya, lapor media negara itu.

Pesawat Caspian Airlines itu sedang dalam perjalanan dari Teheran ke Yerevan di Armenia dan terhempas berdekatan sebuah kampung di Jannatabad di luar bandar Qazvin, iaitu kira-kira 75 batu di barat laut Tehran.

Pengarah perkhidmatan kecemasan Qazvin, Hossein Bahzadpour memberitahu agensi berita IRNA, pesawat itu berkecai dan musnah sepenuhnya dan bangkai pesawat itu terbakar.

"Kemungkinan besar semua penumpang pesawat terbunuh," kata Bahzadpour.

Beliau tidak memberikan jumlah penumpang yang terlibat namun jurucakap Pertubuhan Penerbangan Awam Iran, Reza Jafarzadeh memberitahu stesen televisyen tempatan, 153 penumpang dan 15 anak kapal berada dalam penerbangan itu.

Stesen TV melaporkan, kesemua mereka terbunuh. AP

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews