Konsert Generasi Baru yang berlangsung 5 Julai 2009 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur menjadi titik nokhtah kepada gabungan penyanyi utama Lan dan kumpulan Meet Uncle Hussein.
Mereka yang mengumumkan berpisah sebelum itu bergabung pada konsert mini sempena Festival Muzik KL 2009 itu kerana komitmen tersebut telah dipersetujui semasa mereka masih bersama.
Sudah lama desas desus pasal Lan yang dikatakan mahu meninggalkan Meet Uncle Hussein. Akhirnya segala-galanya menjadi kenyataan.
Walaupun sebelum ini mereka saling mengeluarkan kata-kata kurang enak pasal perselisihan pendapat, namun apabila tiba hari perpisahan sebenar, rasa sebak masih ada.
Mereka saling berpelukan apabila selesai mengadakan persembahan. Perasaan sayu datang kerana konsert tersebut menjadi konsert terakhir.
Walaupun mengadakan persembahan semasa hati sedang berkecamuk, namun sebagai pemuzik sejati, mereka kelihatan profesional.
The show must go on. Mereka mengadakan persembahan terbaik untuk memberikan hadiah kepada peminat yang menyokong mereka selama ini.
Ada juga air mata yang gugur saat mereka mahu berpisah. Semoga mereka berjaya dengan haluan sendiri selepas ini.
0 comments:
Post a Comment