KUALA LUMPUR: Hanya kerana tersilap menghantar khidmat pesanan ringkas (SMs), seorang pelajar lelaki tingkatan tiga hidup dalam ketakutan akibat diugut oleh penerima SMS terbabit.
Kejadian pada tengah hari Sabtu lepas itu bermula apabila pelajar terbabit tersilap menghantar SMS menggunakan telefon ibunya kepada seorang individu yang tidak dikenali, yang disangka gurunya, bagi mendapatkan maklumat mengenai kad laporan bulanan.
Pelajar dari sebuah sekolah di Ampang itu kemudian dipaksa oleh individu berkenaan membelikan tambah nilai sebanyak RM30 atau berdepan tindakan disiplin atas kesalahan yang tidak diketahuinya.
"Keesokan harinya, saya menerima beberapa lagi SMS dari penyamar itu yang meminta untuk memasukkan wang sebanyak RM1,000 ke dalam akaunnya," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Individu itu terus mengugut pelajar terbabit supaya terus memberikannya tambah nilai dan wang jika tidak mahu diapa-apakan.
Usaha pelajar itu bagi mendapatkan kepastian sama ada benar individu itu gurunya menemui jalan buntu apabila individu itu tidak menjawab panggilannya.
Bimbang akan keselamatannya, pelajar itu membuat aduan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya Supt Aminuddin Jamaluddin enggan mengulas lanjut.BERNAMA
0 comments:
Post a Comment