25 July 2009

Macam budak kecil! - Cat


CAT


NAMPAKNYA semakin panas isu 'buka pekung' kumpulan The Fabulous Cats (TFC). Semalam, Kosmo! mengeluarkan artikel masalah yang melanda kumpulan TFC daripada hati dan perasaan tiga bekas bunga yang pernah mekar bersama TFC iaitu, Hana, Alyah dan Ellie.

Mereka bertiga sepakat untuk menceritakan kisah sebenar sepanjang bersama kumpulan yang tidak habis-habis dilanda sindrom 'pertelagahan' itu.

Cat tidak profesional, gagal mengurus kewangan, suka lepas cakap dan pelbagai masalah dalaman yang tidak dapat dibendung, membawa kepada perpisahan mereka daripada TFC.

Cat mahupun Adeep ketika diminta mengulas mengenai perkara yang dibangkitkan oleh tiga bekas anggota TFC ternyata terkejut dan tidak menyangka persahabatan yang terjalin selama bertahun-tahun dibalas demikian rupa.

Ikuti temubual Kosmo! bersama dua orang lelaki yang merupakan anggota asal dan orang kuat sebalik perjalanan TFC yang bakal mengadakan persembahan bersama Metadome Allstarz esok di Batu Pahat Mall, Johor.

Apa komen Cat bila mereka bertiga dengan lantang menceritakan masalah dalaman yang tidak pernah diketahui sebelum ini?

Saya terkejut sangat, sedangkan hubungan antara kami semuanya baik sahaja, masih lagi bertelefon dan bertanya khabar. Tidak sangka pula mereka akan bercakap belakang tentang TFC yang pernah menaikkan nama mereka.

Bukan sedikit persoalan yang dibangkitkan mereka bertiga, pasti ada masalah besar sehingga mereka berani berkata demikian?

Sebenarnya sudah malas nak cakap tentang perkara yang lepas kerana mereka macam budak kecil dan bukan semua yang mereka ceritakan itu betul pun. Tipulah kalau saya cakap kami tiada masalah, tanyalah pada mana-mana kumpulan muzik yang ada, pasti mereka juga pernah mempunyai masalah. Tetapi tidak sangka sehingga mereka sanggup memburukkan nama TFC.

Bila bekas anggota kumpulan menghentam profesionalisme Cat sebagai seorang ketua kumpulan, tidakkan Cat terasa?

Semasa mula-mula tubuhkan TFC banyak perkara saya tidak tahu terutama soal kontrak dan pengurusan artis, maklumlah sebelum ini saya bersama kumpulan Ruffedge yang semua anggotanya lelaki. Apabila ada anggota wanita, ada perkara yang saya tidak faham dan harus belajar. Contohnya tentang pakaian, solekan, lagu dan bermacam lagi. Saya cuba perbaiki setiap kelemahan peringkat demi peringkat. Saya bukannya ahli perniagaan atau pengurus tetapi hanya seorang pengkarya muzik.

Selain itu, mereka juga tidak berpuas hati soal bayaran yang diterima sepanjang bersama TFC?

Mereka harus tahu, sebagai sebuah kumpulan setiap wang yang diperolehi daripada persembahan harus dibahagikan sama rata. Semasa mereka bersama TFC, nama kumpulan kami tidak sebesar mana. Pastilah persembahan pun agak kurang. Kalau nak kira, saya yang keluar duit daripada A sampai Z untuk TFC, juga untuk pembikinan album dan bermacam-macam lagi, itu mereka tak nampak pula. Bohong kalau saya kata mereka tidak turut serta memajukan TFC. Tetapi kalau nak ikutkan saya dan Adeep yang bekerja lebih keras berbanding mereka. Kami sanggup menghabiskan masa siang dan malam untuk buat lagu dan fikirkan konsep. Mereka ada datang membantu, tetapi cukup masa mereka akan balik, saya pun faham mereka perempuan tidak bolehlah balik lewat-lewat tetapi kenapa harus persoalkan tentang pengorbanan kalau benar-benar minat akan muzik?

Serik untuk mengambil anggota wanita lagi selepas ini?

Buat masa sekarang TFC ada saya, Adeep, Wangi dan ahli undangan Zizi. Nak kata serik tak juga, kalau memang sudah tidak boleh bersama anggota wanita mungkin tinggal hanya kami berdua tetapi buat masa sekarang TFC tidak akan berubah. Kami masih selesa dengan cara ini.

credit - kosmo

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews