19 July 2009

Lelaki tertua meninggal dunia




LELAKI tertua di dunia, Henry Allingham (gambar) meningal dunia di sini ketika berusia lebih 113 tahun.

Pada bulan lalu, Allingham mencatat rekod sebagai bekas askar Britain era Perang Dunia Pertama paling tua yang masih hidup.

Lelaki berkenaan yang masih aktif hingga hari terakhirnya meninggalkan lima orang cucu, 12 cicit, 14 piut dan seorang miut.

Dia diiktiraf Buku Rekod Dunia Guiness apabila mengatasi rekod rakyat Jepun, Tomoji Tanabe yang meninggal dunia pada usia 113 tahun.

Susulan kematian Allingham, rekod lelaki tertua di Britain kini dipegang veteran Perang Dunia Pertama, Harry Patch yang kini berusia 111 tahun. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews