Berjuta-juta lagi peminat turut menyaksikan siaran langsung melalui internet, manakala polis berkata antara 250,000 hingga 700,000 peminat membanjiri Los Angeles dan Staples Center yang menjadi lokasi upacara memperingati raja pop itu.
Kira-kira 75,000 orang hadir pada upacara memperingati Elvis Presley pada 1977, manakala 250,000 menghadiri upacara sama untuk Puteri Diana pada 1997.
AEG Live, yang menganjurkan upacara memperingati Jackson berkata pihaknya menjangka jumlah besar penduduk dunia akan menyaksikan upacara itu.
"Kami menganggarkan lebih dua bilion peminat Jackson di seluruh dunia akan menyaksikan upacara ini," kata ketua AEG, Tim Leiweke.
"Upacara ini sudah pasti suatu peristiwa amat besar dan bersejarah, sehingga kami berasa hampir mustahil untuk membuat anggaran berapa ramai peminat menyaksikannya, kerana kami tidak mempunyai cara komprehensif untuk menganggarkan jumlah penonton di laman web," kata Toni Fitzgerald dari Media Life.
Beberapa nama besar dalam muzik pop termasuk Mariah Carey, Stevie Wonder, hingga pengasas syarikat rakaman Motown, Berry Gordy menghadiri upacara itu.
Maklumat rasmi menyatakan penyanyi Usher, Lionel Richie, Al Sharpton, Martin Luther King lll, bintang bola keranjang Magic Johnson dan Kobe Bryant turut hadir.
Hanya 17,500 orang mempunyai tiket untuk masuk ke Sta-ples Center dan sebuah dewan berhampiran yang menyediakan layar besar.
Keluarga Jackson berhimpun di kawasan perkuburan Forest Lawn di Hollywood Hills bagi upacara memperingati penyanyi itu.
Anak Jackson, Paris, 11, dilihat mengesat air matanya ketika beliau dibawa dengan kenderaan selepas upacara berakhir.
Dua lagi anak Jackson, Prince Michael l dan Blanket, 7, turut dilihat pada upacara itu bersama beratus-ratus lagi anggota keluarga dan saudara-mara Jackson. – Reuters/Agensi
0 comments:
Post a Comment