25 July 2009
KESELAMATAN MOTOSIKAL DI ATAS JAMBATAN PULAU PINANG
KAKITANGAN jambatan Pulau Pinang bahagian peronda mengutip paku dengan menggunakan magnet yang dipercayai ditabur oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Paku sepanjang dua dan tiga inci ditabur di lorong motosikal sebelum plaza tol menuju ke pulau. Dipercayai ada individu yang mengambil kesempatan mencari keuntungan yang berlipat kali ganda apabila tayar motosikal mereka bocor. Keprihatinan kakitangan Jambatan Pulau Pinang amat dihargai kerana berusaha mengurangkan kejadian tayar bocor diatas Jambatan Pulau Pinang berterusan. -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment