11 July 2009

Ferrari California..

PETALING JAYA – Keterujaan rakyat Malaysia terhadap model kereta mewah sentiasa tinggi meskipun ia berharga RM1.7 juta sebuah dan ini dapat dilihat kepada fenomena tempahan model terbaru kereta Ferrari California yang diedarkan oleh Naza Italia Sdn. Bhd. (Naza Italia).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, SM Faisal SM Nasimuddin berkata, sehingga kini tujuh daripada 10 unit yang dibekalkan oleh Ferrari telah ditempah dan ia dijangka diserahkan kepada pemiliknya pada bulan ini.

Jumlah tersebut akan menambahkan lagi kereta pelbagai model Ferrari di atas jalan raya di negara ini yang kini mencecah sebanyak 450 buah.

“California ialah model yang disasarkan kepada mereka yang mahukan sebuah jentera kegunaan harian dan juga sebuah kereta lumba GT,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Ferrari California di sini semalam.

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews