ANAK perempuan Michael Jackson, 11, Paris tampil buat pertama kalinya di khalayak ramai semasa upacara memperingati bapanya baru-baru ini.
Itulah saatnya orang ramai dari seluruh dunia dapat menatap wajah comel Paris yang selama ini disembunyikan dari pandangan orang ramai.
Sebelum ini, Paris terpaksa 'menyembunyikan' dirinya dengan memakai topeng dan menghabiskan banyak masa di rumah.
Mungkin ramai tidak menyedari hakikatnya, Paris telah menjalani kehidupan yang sangat aneh.
Dia memakai baju seragam sekolah tetapi tidak pernah menghadiri kelas normal. Dia membuang patung mainannya jauh-jauh kerana ayahnya (Jackson) takutkan kuman.
Menyingkap sejarah hidup Paris, kita akan menyedari kehidupan Paris tidak pernah normal sejak dilahirkan pada 3 April 1998.
Ini kerana Paris telah dipisahkan daripada ibunya, Debbie Rowe sebaik sahaja dia dilahirkan. Rowe ialah ibu tumpangan Paris.
Jackson pernah berkata: "Saya begitu ghairah untuk membawa Paris pulang ke rumah selepas memotong tali pusat.
"Saya terus membawanya pulang dengan semua plasenta dan lain-lain yang melumuri badan kecil Paris. Saya membalutnya dengan sarung dan terus berlari."
Debbie mendedahkan Jackson telah menyimpan plasenta itu di dalam peti sejuk.
Enam pengasuh kanak-kanak dan enam jururawat menjaga bayi Paris 24 jam sehari.
Kualiti udara bilik tidur Paris diperiksa setiap jam. Jackson juga mengarahkan supaya Paris dikenakan pengawasan 24 jam.
Dan semua barang permainan Paris disteril dan dia juga tidak dibenarkan melihat cermin.
Jackson pernah berkata: “Macam mana Paris boleh bergaul dengan masyarakat? Dia ialah Paris Michael".
0 comments:
Post a Comment