MELAKA: Saya hanya fikir akan lemas, namun dengan bantuan orang ramai, saya dan anak berjaya diselamatkan, kata seorang warga emas, Md Desa Md Eson, 58, yang terjunam dalam lubang sedalam hampir dua meter bersama anaknya, Nurwahida, 24, di Jalan Krubong berhampiran Taman Teknologi Cheng, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, Md Esa yang menunggang motosikal Honda EX-5 dalam perjalanan dari Kampung Panchor di Pantai Belimbing untuk menghantar anak keduanya berusia 24 tahun itu ke tempat kerja di Taman Merdeka.
Dua beranak berkenaan nyaris lemas dalam lubang terbabit yang terbentuk seperti kawah disebabkan paip bawah tanah pecah dipercayai sejak awal pagi.
Md Esa berkata, sebaik tiba kawasan itu, dia melihat sebuah kereta Perodua Kancil berhenti dan menyangkakan ia rosak ataupun terbabit kemalangan.
Bahagian jalan itu juga dipenuhi air menyebabkannya menyangkakan berlaku banjir kerana hujan lebat pada awal pagi.
Saya menunggang ke arah kanan berhampiran lorong bertentangan dan melalui tempat yang dipenuhi air itu dan tiba-tiba motosikal saya terus terjunam dalam lubang.
Akibat itu, saya panik kerana kejadian berlaku pantas. Badan saya ditenggelami air separas leher serta tidak mampu berbuat apa-apa kecuali macam hendak lemas.
Saya pegang tangan anak saya sekuat hati supaya dia tidak tenggelam kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini, katanya di sini, semalam.
Md Esa bagaimanapun, bersyukur kerana ketika itu orang ramai berusaha untuk menyelamatkannya walaupun mendakwa agak lewat menghulurkan bantuan.
Akibat kejadian itu, anak perempuannya cedera di tangan kanan serta menangis dan trauma dengan nasib menimpa dirinya.
Saya kecewa dengan pihak berkuasa kerana mereka sepatutnya memantau perkara ini dan memastikan paip bawah tanah berkenaan tidak pecah sehingga membentuk lubang sebesar itu.
Ini kelalaian manusia bukan disebabkan bencana alam dan perkara seumpama ini sepatutnya boleh dielakkan, katanya.
Dalam kejadian itu, Md Esa serta anaknya adalah mangsa ketiga termasuk dalam lubang itu selepas mangsa pertama seorang pengawal keselamatan, Ismail Kamaludin, 58, yang turut menunggang motosikal terjunam dalam lubang itu pada jam 6.30 pagi.
Mangsa kedua seorang juruteknik, Mohd Najib Adam, 26, juga menggunakan motosikal termasuk dalam lubang itu selang 10 minit selepas mangsa pertama.
Sementara itu, Ismail berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke tempat kerja dari Taman Sri Krubong ke Ayer Keroh dan melalui kawasan itu ketika keadaan masih gelap dan menyangkakan air yang memenuhi jalan berkenaan disebabkan banjir.
Bapa empat anak itu menunggang perlahan bagi meredah air yang berarus.
Bagaimanapun, tiba-tiba motosikal Honda EX-5 yang dinaikinya terjunam dalam lubang besar terbabit.
Saya terus terkapai-kapai sambil menjerit meminta tolong, tetapi tiada siapa datang. Saya bernasib baik kerana dapat berpaut pada badan sebuah kereta diletakkan berhampiran lubang itu.
Saya berjaya naik dan bersyukur selamat dalam kejadian itu, katanya.
Sementara itu, Najib berkata, dia dalam perjalanan dari rumahnya di Pantai Belimbing menuju kilangnya di Batu Berendam, dekat sini dan keadaan cahaya di situ samar dan tidak menunjukkan petanda seperti wujud lubang besar di kawasan air bertakung berkenaan.
Saya takkan lupakan peristiwa ini kerana ia hampir menyebabkan saya lemas, tetapi saya bersyukur kerana selamat,katanya.
Tinjauan Harian Metro mendapati sebuah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat digunakan untuk mengepam keluar air yang memenuhi lubang itu.
Selepas kerja berkenaan selesai dijalankan, kakitangan Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB) melakukan kerja membaiki paip pecah itu.
Dalam pada itu, jurucakap SAMB berkata, paip bersaiz 12.5 sentimeter yang terletak di bawah jalan terbabit dipercayai pecah sehingga menyebabkan berlaku runtuhan pada struktur jalan berkenaan lalu membentuk lubang.
Katanya, pihak SAMB menerima aduan berhubung kejadian berkenaan kira-kira jam 7.25 pagi lalu bergegas ke tempat kejadian tidak lama kemudian.

0 comments:
Post a Comment