Seorang rakyat Russia, Anatoly Konenko telah mencipta rekod akuarium terkecil di dunia yang hanya ber saiz 30 x 24 x 14m. Akuarium yang di perbuat dari fiberglass ini lengkap dengan rumpai laut dan ikan yang hidup.
Read rest of entry
26 February 2011
05 February 2011
Petua penyakit kurap
Kepada sesiapa yang ada penyakit kurap ni, tak perlulah korang pegi farmasi beli ubat.. cuma gunakan clorox sbgi ubatnya..
cara gunakannya.. ambil tisu,tuangkan clorox dekat tisu td kemudian pedapkan kebahagian yang ada kurap td.. pasti mujarab..
Read rest of entry
cara gunakannya.. ambil tisu,tuangkan clorox dekat tisu td kemudian pedapkan kebahagian yang ada kurap td.. pasti mujarab..
02 February 2011
Kubur Batu 10
Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai
pada tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual
hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain
menggeleng -gelengkan kepala.
Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya
di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan
ke arah mereka.
" Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh
keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham
bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka
katakan itu.
" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung
Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,
tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang
ni orang tengah nak keluarkan dia...tapi belum boleh lagi ".
" Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita
lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam
adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun
berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar
bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia
dan sakit pula enggan memberikannya wang.
" Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya,
perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah
bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.
" Maaak...kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,"
kata gadis itu.
" Yalah, mak tau...tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja !" si gadis berkata.
" Tak ada ," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata
keras.
" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis
tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak ! Saya tak
mau dengar!
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis
kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang,
boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !"
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya
ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida..Sai.. dddaaa.."
katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.
Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam
bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar,
suasana sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah
terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang
ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi
berdenyut.
Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi
tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui
jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis
yang bekerja di luar.
Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul
12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila
mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang
pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat
Bantu.
" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta
jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya
di tepi kubur."
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut
jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung
mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
Gadis itu mampu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak
memanjat keluar dari kubur tersebut,
tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke
tanah. Si gadis mula cemas.
" Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat
lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian
cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang
demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak
naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis
tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil
untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.
" Ayah...kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis
menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba
menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si
gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.
" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah ? "
kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang ,
ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal
mengeluarkan anaknya itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi
tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu
menangis.
Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah
tidak boleh di empang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida
menyesal...Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis
lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.
Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di
tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik
keluar.
Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila
terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut
perlu di kambus.
" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat
lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan
macam mana ?
" kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
"Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua
sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan,"
balas imam.
Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan, upacara
pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk
talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk
menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila
talkin di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu
dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu,
orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar
sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke
kubur lagi. Aku nak tengok apa berlaku lagi, kata Jaimi. Aku pun nak ikutlah
kata saya.
Habis makan......Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke
kubur.
Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis
juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di
maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang
bersesak-sesak.
Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan.
Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut
kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh
meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.
Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.
Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah
kenalan saya.
" Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan saya
memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia
datang ke arah saya.
" Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya
perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan
khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk.
Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa
berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie
seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar
kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ;
tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis
berkenaan.selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara
yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu
supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang
berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu
memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadisberkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak.Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;
"Emak...ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak,
Saida menyesal, Saida menyesal.."
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran
daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan
daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya,
lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak
berhasil juga.Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.
Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk
menyelamatkan gadis berkenaan.
" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan
sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebutlangsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Diasebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka ,
cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di depan
mata.
Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim
ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.
Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie
memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian.
Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan
kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya
Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..."
Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik
beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti
tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.
Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap
dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk
membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara,
namun demi kebaikan keluarga gadis ,permintaan itu terpaksa di tolak.
Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak
tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia
tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu
tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya
terngiang-ngiang di telinga.Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masukke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya
masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa.
Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang
sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan.
Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh
bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur.
Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni
perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan
tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar
orang-orang bercerita.
Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida
meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar
kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana
terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.
Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya
dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di
sempurnakan seperti mayat-mayat lain.
Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis
yang derhaka.

Yummy.. Semut Rangup Dalam Tin
Under the food and delicacies of people from different parts of the planet to understand something of their own.
That grows under the feet and running, then the food. That the inhabitants of the Colombian jungle
For example, Fried ants - a regular item in the diet. Reasonable to assume
that this dish can be as exotic interest and world-weary residents of other latitudes.
To be continued ...
If you have access to the Internet and $ 20 is now possible to satisfy the gastronomic curiosity about ants. The length of the specimens about 2 cm, but they do not overeat out - in a jar with 25 grams of sweets. Generally, it is believed that listorezy - a good aphrodisiac, but because they are not ashamed to give to the wedding. Well, besides useful "deferred" properties, fried ants, for assurances the seller, taste good and helpful - lots of protein, low in fat.

01 February 2011
SAH TORRES KE CHELSEA
Akhirnya Desas Desus masa depan Torres terjawab
apabila liverpool telah berjaya membawa masuk
2 orang penyerang iaitu
Luis Suarez dan Andy Carrol....
Torres pula dikhabarkan telah terbang ke London
untuk bersama Chelsea dengan nilai perpindahan
mencecah 245 Juta......
Apakah Chelsea dan Liverpool makin Mantap???
hehheehhe
cHElsea TETAP DIHATI KU.....
Subscribe to:
Posts (Atom)