Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

10 June 2011

Potato Roses

Resepi yang sangat asli dan menarik untuk dicuba. Yang cantik untuk dimakan dan sangat kreatif. Tampak menyelerakan. Enjoy


Read rest of entry

04 August 2009

Resepi Ketam Lemak Cili Api


Bahan-bahan:

3 ekor ketam saiz sederhana besar - bersihkan, buang perisainya dan belah 2
2 batang serai - diketuk-ketuk
200 ml santan UHT tanpa kolestrol (santan segera kotak kecil)
2 keping asam keping(asam gelugur)
Garam halus secukup rasa


Bahan kisar:
1 biji bawang besar saiz kecil
12 tangkai cili api (lebihkan jika suka pedas)
2 cm kunyit hidup, buang kulitnya
2 sudu makan garam kasar
200 ml air

Cara penyediaan:
  1. Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam pengisar (blender). Kisar sehingga halus.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama dengan serai, santan dan asam keping. Panaskan di atas api sederhana sambil dikacau untuk mengelakkan santan menjadi berketul-ketul.
  3. Setelah bahan-bahan dalam periuk mula mendidih, masukkan ketam. Kacau sekali sekala sehingga ketam masak. Ketam adalah masak setelah warnanya bertukar menjadi warna oren/jingga.
  4. Rasa masin kuah, jika kurang masin, masukkan garam halus secukup rasa. Kacau hingga garam rata. Biarkan mereneh seketika dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi. Sedap juga dimakan bersama sayur salad sebagai ulaman.
Read rest of entry

27 July 2009

Resepi Ayam Africa


Bahan-bahan

  • 4 - 6 peha ayam --tidak berkulit dan tulang
  • 2 biji peppers (merah dan kuning), dihiris
  • 1 ulas bawang, dihiris
  • 2 sudu makan jus limau
  • 2 camca halia, dihiris
  • 2-3 ulas bawang putih, cincang
  • 1/4 camca red pepper flakes/cili kering
  • salt n ground pepper to taste
  • 1 sudu makan minyak canola

Cara membuat

  1. Campurkan pepper, bawang, jus limau, halia, garlic, red pepper flakes, salt and pepper; reserved/biarkan..
  2. Panaskan minyak dlm nonstick skillet..masukkan ayam.. pastikan api sederhana ..cover dan tunggu masak dlm 10 min.
  3. Terbalikkan ayam dan masukkan bahan reserved tadi..cover separuh tutup.. tunggu hingga ayam masak ..turn occasionally.
  4. Hidang dgn nasi or couscous..
Read rest of entry

26 July 2009

Petua menghentikan tabiat anak menghisap puting kosong


Mula beri puting kosong pada anak, mereka nampak comel je.

Tapi bila dah melekat, susah pula nak hentikan.

Mengikut kajian menghisap puting kosong boleh menjadi punca gigi jongang ( Dr.Wan Salwina Wan Ismail; UKM)


Pada permulaan memberi puting kosong merupakan jalan mudah yang diambil oleh kebanyakan ibu bapa atau penjaga untuk mendiamkan bayi yang menangis.Tetapi lama kelamaan bayi menjadi ketagih, malah ada hingga usia 5 atau 6 tahun.




Berikut adalah antara petua dan langkah yang boleh anda lakukan untuk menghentikan tabiat menghisap puting kosong ini.

. Lekangkan seketika penggunaan puting kosong semasa pergi berjalan-jalan. Ini akan menyebabkan mereka berasa semakin tidak memerlukan sentiasa.Lama-kelamaan, ia akan menjadi terbiasa dan boleh berhenti dengan sendiri.

. Sekiranya anak menangis memerlukan puting kosong, tenangkannya dan berikan susu botol atau tepuk-tepukkan badannya.

. Memberi ganjaran kepada anak sekiranya berjaya berhenti menghisap puting kosong.

. Memotong sedikit puting kosong itu. Anak ankan berasa aneh dan akan berhenti menggunakannya.

. Bubuh sedikit ubat pahit pada puting kosong, orang tua dulu guna bakawali.

. Cara terakhir - buang semua puting kosong yang ada terus ke dalam tong sampah!

Read rest of entry

Petua untuk Rambut

Lembut Rambut

Alamak, rambut aku macam hantu MAK LAMPIR ni... nak pergi dating pulak tu... macamana ni ?" ANDA MENGALAMI MASALAH YANG SAMA.... JANGAN RISAU.

Saya ada SATU rahsia yang ingin saya kongsikan bersama.

Sebelum anda mencuci rambut anda, ada baiknya anda melumurkan sedikit minyak baby ke rambut anda, sebaiknya jika anda hendak mencuci rambut anda sebelah pagi elok anda melumurkan minyak baby pada sebelah malamnya. Tapi jika anda sesuntukan masa...lima minit sebelum pun boleh juga tapi hasilnya tidaklah seberapa. Selepas itu barulah anda menbasuh rambur anda seperti biasa.Apabila rambut anda sedah kering anda akan dapat rasa kelembutannya.

Mewangikan Rambut

Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

Elakkan Kelemumur

Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.



Read rest of entry

16 June 2009

Resepi Ayam grill madu

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500g ayam
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • ( TUMBUK )
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
  2. Perap 30 minit atau lebih. Kemudian grill kan dalam microwave atau bakar
Read rest of entry

Resepi nasi ayam goreng


Bahan-bahannya
2 mangkuk nasi ayam
½ cawan sayur campur
2 biji telur
sedikit serbuk lada sulah
sedikit kicap cair
secukup minyak untuk menumis

Cara-caranya
Panaskan sedikit minyak, pecahkan telur dalam kuali dan goreng untuk pecah-pecahkan telur tersebut. Angkat dan ketepikan.
Masukkan sayur campur, kicap cair dan serbuk lada sulah dan gaul rata. Masukkan telur yang telah diketepikan tadi dan nasi ayam. Gaul rata.
Angkat dan letakkan diatas pinggan dan hidangkan bersama Ayam Goreng Madu/ Ayam Goreng Ketumbar dan Sambal Nasi Ayam.

Nota: Warna Nasi Ayam Goreng haruslah coklat cair sikit. Resipi ini tidak perlu menggunakan bawang putih sebagainya kerana rempah tersebut telah pun ada sewaktu kita menyediakan Nasi Ayam.

Read rest of entry

Telur dadar dengan tuna



Telur dadar dengan tuna

Bahan-bahan ( 1-2 orang )

  • 2 biji telur ayam
  • 1 tin tuna (perasa tuna dan cili padi)
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu
  • 1-2 btg pickles cucumber - potong dadu
  • 2 sudu besar minyak masak


Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk. Kacaulah biar semua bercampur rata.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Masukkan telur ke dalam kuali. Masak dengan api kecil.
  4. Bila dah agak masak. Balikkan untuk masak belah yg satu lagi.
  5. Sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih.
Read rest of entry

12 June 2009

Petua Melambatkan Daging Berbau


Sekarang peti sejuk menjadi tempat menyimpan makanan segar yang baik untuk memelihara kesegarannya. Apa akan jadi kalau tiba-tiba peti ais rosak dan kita ada banyak daging yang belum dimasak? Pasti akan berbau kan kalau disimpan lama sangat?

Ini ada salah satu petua untuk mengelakkan daging menjadi busuk. Orang dulu-dulu mana ada peti ais kan. Kalau mahu melambatkan daging menjadi busuk dan segar tanpa peti ais, bolehlah menaburkan gula ke atas daging tadi. Mahu gaul pun boleh juga.

Apabila mahu dimasak, basuhlah daging tadi dan ia akan jadi seperti daging segar. Tapi petua ini untuk menyimpan daging beberapa hari sahaja. Kalau terlalu lama, pasti daging yang disimpan itu akan berbau juga.

Read rest of entry

Petua berhenti merokok

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti� setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak

Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

Read rest of entry

Petua halau semut dalam gula


Letak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba.
Read rest of entry

Resepi Makaroni Telur


Bahan-bahan:

100 gram macaroni – direbus mengikut panduan pada paket
100 gram daging kisar
100 gram keju parmesan
80 gram mentega – cairkan
5 biji telur ayam
2 ulas bawang putih
3 sudu makan minyak masak
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada putih
Sedikit krim putar
2 batang daun bawang


Cara penyediaan:

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau hingga masak.
Masukkan macaroni dan kacau rata.
Masukkan bahan-bahan lain kecuali 3 biji telur. Gaul rata, tutup api dan ketepikan.
Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak.
Pukul telur dan buat telur dadr yang nipis dan lebar.
Tuang campuran macaroni pada telur dadar dan bungkus. Ikat dengan menggunakan daun bawang.
Sedia untuk dihidangkan.
Read rest of entry

08 June 2009

Petua memutihkan gigi



Wajah yang cantik akan lebih kelihatan lebih menarik dengan secebis senyuman. Namun yang lebih manis lagi jika senyuman itu turut di iringi dengan gigi yang putih dan sihat. Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi... gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu.Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali.
Read rest of entry

Sup Ayam dan Sayur-sayuran Ala Barat


Resepi Sup Ayam dan Sayur-sayuran Ala Barat

Bahan-bahan:

3 dada ayam – potong dadu
2 daun bawang - cincang
2 batang lobak merah kecil - cincang
1 ulas bawang putih - cincang
8 cawan (2 liter) air rebusan ayam
2 helai daun bay
2 sudu makan ketumbar - cincang
100-120 gram mee
1 cawan kacang hijau(green pea) - rebus
2 sudu makan minyak zaitun
2 sudu teh jintan manis

½ cawan jagung - rebus (jika suka)
½ cawan kacang soya - rebus (jika suka)
Daun parsley untuk hiasan (jika suka)
2 sudu the jus lemon(jika suka masam)
Garam dan lada sulah secukup rasa


Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak zaitun. Masukkan bawang putih, lobak merah dan daun bawang. Goreng selama 5 minit.

2. Masukkan ayam, ketumbar dan jintan manis. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Goreng selama 5 minit atau sehingga ayam bertukar menjadi putih.

3. Masukkan air rebusan ayam., jagung, kacang soya, dan daun bay. Biarkan sehingga mendidih selama 10 minit.


4. Masukkan mi dan kacang hijau. Panaskan sehingga mi masak.

5. Tutup api dan sajikan sup bersama daun parsley dan perahan jus lemon.

Selamat mencuba.
Read rest of entry

03 June 2009

Resepi Maggi Letup Pedas Berapi Special



Bahan-bahan:

1 bungkus Maggi Kari atau Maggi Letup Pedas Berapi
3 tangkai cili api – potong kecil-kecil
3 batang filamen ketam – potong kecil
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1 biji telur
1 gelas air

Cara penyediaan:

Panaskan air di dalam periuk kecil.
Masukkan mee maggi. Biarkan sehingga lembut sedikit.
Masukkan cili, filamen ketam, perencah maggi, kicap dan sos tiram. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan telur dan kacau hingga telur masak.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Read rest of entry
 

Total Pageviews