21 October 2009

Bob KU2 di ICU 3 hari kerana jantung bengkak

Bob berada di ICU selama tiga hari baru-baru ini kerana jantung bengkak.

HUSNI Mohd Rawi atau lebih dikenali dengan nama Bob KU2 atau Kuman telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) selama tiga hari setelah doktor mendapati jantungnya bengkak akibat paru-parunya dimasuki air.

Bob, 38, yang dihubungi semalam berkata, keadaannya kini sudah stabil dan dia sudah dimasukkan di wad biasa, namun masih di dalam pemerhatian doktor.

"Semuanya berpunca kerana saya tidak cukup rehat. Sejak pulang dari umrah beberapa hari sebelum Ramadan lalu, saya tidak cukup tidur ditambah pula dengan kerja yang banyak. Bila kurangnya tidur, macam-macam penyakit datang 'serang'.

"Saya diserang demam dan batuk-batuk selama seminggu. Isteri saya, Sri Hidayu akhirnya paksa saya ke klinik. Doktor kemudiannya suruh saya ke Hospital Pusrawi.

"Ikutkan saya, memang saya tidak mahu ke hospital, tetapi setelah isteri saya tetap memaksa, saya pergi juga.

"Di sana barulah saya tahu keadaan saya agak bahaya juga dan doktor cakap jantung saya bengkak kerana paru-paru saya dimasuki air.

"Saya berada di ICU selama tiga hari dan baru hari ini (Isnin) saya dimasukkan ke wad biasa pula. Insya-allah, bila air sudah kurang sikit dari badan, barulah saya dibenarkan pulang," kata Bob yang sudah empat hari berada di hospita.

Kata pelakon dan penyanyi ini lagi, dia juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan artis seperti Zaibo dan Azwan Ali yang datang melawatnya ketika dia terlantar di ICU baru-baru ini.

"Saya ni jenis yang tidak suka nak heboh-hebohkan sangat tentang hal ini. Mana yang tahu, tahulah. Lagipun, sepanjang berada di hospital, saya dijaga dengan baik oleh isteri tercinta.

"Apapun, alhamdulillah, keadaan semakin baik. Harap-harap cepatlah saya sembuh untuk meneruskan karier saya seperti biasa," kata Bob yang sepatutnya sedang di dalam penggambaran sitkom Senario yang baru.

Read rest of entry

10 October 2009

Nasha diarah bayar bapa RM10,000









KUALA LUMPUR - "Saya tidak tahu hendak cakap apa sebab peguam saya tidak datang."Ringkas jawapan pelakon dan model terkenal Nasha Aziz ketika ditemui di Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas dia diarah membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapa kandungnya, Abdul Aziz Mohd. Ali dalam kes saman fitnah yang dikemukakan guru silat itu.

Nasha yang hadir berseorangan tanpa peguamnya, Rashid Mokhtar bagaimanapun kelihatan tenang ketika mendengar keputusan tersebut.

"Saya sudah menghubungi peguam namun panggilan tidak dijawab, saya tidak tahu di mana kedudukan saya, tetapi saya buat keputusan untuk hadir sendiri setelah membaca laporan akhbar," katanya.

Nasha yang seolah-olah dalam kebingungan berkata, dia menerima keputusan tersebut namun mendakwa tidak diberi masa yang cukup untuk membuat penjelasan.

"Saya tidak tahu kenapa ia terjadi selepas arwah ayah meninggal," katanya dalam nada kesal sambil beberapa kali memohon maaf kerana menggunakan perkataan 'ayah' merujuk kepada Allahyarham Abdul Aziz Hathim yang membelanya sejak kecil.

credit - kosmo online

Read rest of entry

Janda Baik bakal bergegar lagi

BENTONG - Kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik di sini berkemungkinan akan dilanda gempa kecil lagi sekiranya masih berlaku kejadian gempa bumi besar melanda Sumatera, Indonesia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Dr. Yap Kok Seng berkata, sekiranya gempa bumi berlaku di Sumatera, kedua-dua kawasan itu akan turut mengalami gegaran kecil.

Bagaimanapun, katanya, jika gegaran berlaku di dua kawasan berkenaan, kekuatan gegarannya diramalkan tidak akan melebihi ukuran 3.5 pada skala Richter.

"Kita tak boleh ramalkan bila (gempa bumi besar) akan berlaku tetapi kita tahu di Sumatera ada kemungkinan akan berlaku gempa bumi yang besar.

"Jika ini berlaku, Bukit Tinggi ada kemungkinan akan mengalami gegaran kecil. Kita tak jangka akan berlaku risiko gempa bumi yang kuat," katanya pada taklimat mengenai gempa bumi di Bukit Tinggi dan Janda Baik di sini semalam.

Taklimat berkenaan dihadiri oleh wakil-wakil daripada pelbagai agensi antaranya Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Mineral dan Geosains.

Kelmarin lapan gempa kecil berukuran 1 hingga 2.8 pada skala Richter telah berlaku di Bukit Tinggi dan Janda Baik yang terletak kira-kira 45 kilometer dari Kuala Lumpur menyebabkan kira-kira 6,000 penduduknya gempar seketika.


credit - kosmo online

Read rest of entry

Terkejut Isteri Cantik

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, berasal daripada keturunan Imam Hasan ra.

Satu hari, ketika leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, pemuda itu ternampak gugusan epal yang dihanyutkan arus sungai.

Disebabkan sangat lapar, beliau mengambil sebiji epal lalu memakannya. Begitupun, dia kesal selepas sedar dia makan epal itu tanpa izin tuannya. Lalu, dia berjalan menyusur sungai itu sehingga terjumpa sebatang pohon epal yang lebat buahnya.

Yakin bahawa itulah pohon yang dicari, dia menemui pemilik pohon epal berkenaan untuk memohon maaf. Pemilik pohon itu sebenarnya wali yang disegani di kawasan itu dan berasal daripada keturunan Imam Husin ra, dikenali sebagai Syeikh Abdullah.

Beliau tertarik pada keikhlasan dan ketakwaan Abu Salleh lalu berhasrat mengujinya dengan mengenakan syarat, Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun dan tanpa banyak soal Abu Salleh bersetuju dengan syarat itu.

Tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa Syeikh Abdullah untuk memohon maaf atas peristiwa lalu. Syeikh Abdullah bersetuju, tetapi beliau mengenakan syarat baru kepada Abu Salleh.

Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya dia menikahi puterinya, seorang yang digambarkan sebagai lumpuh, buta, tuli dan bisu.

Memikirkan balasan di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan, Abu Salleh reda dan bersetuju menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kepada isterinya. Melihat seorang wanita cantik di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangka wanita lain menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya.

Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata: Wahai Abu Salleh, memang itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yang sia-sia.

Hasil perkahwinan pasangan soleh itu lahirlah seorang wali Allah yang masyhur daripada keturunan Rasulullah SAW, Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau dikenali dengan gelaran ˜Mahyuddin bermaksud ˜Yang Menghidupkan Agama.
Read rest of entry

14 September 2009

Ramadhan dicemari

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 25 kes tangkapan khalwat membabitkan 50 pasangan
bukan muhrim dilakukan Bahagian Penguat Kuasa Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama
Terengganu (JHEAT) di seluruh negeri ini sehingga 17 Ramadan lalu.

:Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh
berkata, tangkapan berkenaan membabitkan sembilan kes di Dungun, masing-masing
empat kes di Besut, Kemaman dan Kuala Terengganu serta dua kes di Hulu
Terengganu dan Marang.

"Kes tangkapan khalwat terutama pada Ramadan tidak sepatutnya berlaku kerana ia
memberi impak negatif dan memalukan imej umat Islam.

"Apa yang dikesalkan pada hari pertama Ramadan, sudah ada satu kes tangkapan
khalwat dilakukan sekali gus menggambarkan pasangan yang di-tangkap langsung
tidak menghormati kemuliaan bulan ini," katanya ketika ditemui pada Majlis
Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu Kali ke-30 bagi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di Dewan Sivik Gong Badak.

Menurut Muhammad Ramli, tangkapan khalwat terbabit dibuat hasil maklumat orang
ramai dan kebanyakan tangkapan dilakukan di bilik hotel bajet, sekitar pantai
peranginan dan rumah yang membabitkan golongan berumur antara 17 hingga 70
tahun.
Read rest of entry

08 September 2009

Posmen dan Surat

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

:)) :))
Read rest of entry

Terapi Lubang Hidung


Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

Jika anda merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan berulang kali. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.

Apakah anda pernah memperhatikan ketika bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih berkesan jika diterapkan kepada orang dewasa.
Read rest of entry
 

Total Pageviews