01 May 2011

Keranamu Laila Slot Zehra di TV3


Hari Jumaat td MR telah menonton cerita Keranamu Laila di tv3, best la pulak, mcm nak kena tengok tiap-tiap minggu rasanya.. hehehe.. Faktor utamanya pasal jalan ceritanya best.. ( ye la tu ) dan yang keduanya pasal pelakonnya iaitu Izara Aisyah, ( dulu bukan ejaan Ixara Aisyah ke ).. kat sini MR sertakan sipnopsis tentang Drama Keranamu Laila ni..

Sipnopsis Keranamu Laila

Mengisahkan konflik hidup Tan May Ling (May), wanita naif yang dirundung malang setelah dikhianati dan ditinggalkan suaminya.
Hidup May bagaikan pusingan roda. Dia yang berasal daripada sebuah keluarga yang berada telah jatuh cinta dengan pekerja ayahnya, Fendi, namun ketika mereka sedang diulit bahagia, May menjadi mangsa rogol oleh sekumpulan lelaki yang disangka musuh papanya. Apa yang berlaku telah memberi tamparan yang hebat pada May, namun Alex mampu menarik nafas lega apabila Fendi menyuarakan kesanggupannya untuk mengahwini May. May kemudiannya memeluk Islam dan menjadi isteri Fendi yang sah.
Namun, kebahagiaan yang dimpikan oleh May untuk hidup bersama Fendi berkecai apabila Fendi mula meragui kandungan May. Fendi menganggap kandungan May bukan anaknya, sebaliknya hasil haram dari kejadian rogol tempoh hari. Fendi mendesak May untuk menggugurkan kandungan namun May enggan. Hubungan mereka mula berantakan. Kemelut semakin meruncing apabila Kamal tiba-tiba muncul dan mengakui yang anak di dalam kandungan May adalah hasil hubungan cinta mereka berdua. Kamal mengakui kononnya dia dan May adalah pasangan kekasih. Fendi rasa tercabar dan bertindak meninggalkan May ketika dia sedang sarat mengandung.
Rupa-rupanya, Fendi telah mengatur segalanya dan hanya mempergunakan May sebagai alat untuk membalas dendam terhadap Tauke Alex, ayah May yang dianggap sebagai penyebab kematian kedua-dua orang tuanya. May bertambah kecewa apabila mendapat tahu yang Fendi sebenarnya sudah berkeluarga sebelum mengahwininya. May nekad meninggalkan bayi di hadapan rumah Fendi kerana dia tidak mampu menyara anaknya, Laila. Walaupun Laila dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh isteri Fendi, Mazni, namun dia tidak dapat memaafkan ibu kandung yang sanggup membuang anaknya sendiri.




Masa telah berlalu dan kini, May menyara diri dengan hasil yang diperolehi dengan mengutip tin-tin kosong dan barang terpakai lain di lorong-lorong. May menerima simpati daripada seorang pemuda, Qayyum yang berkerja secara sambilan di sebuah cafe. Qayyum sering menyimpan tin-tin kosong untuk diserahkan kepada May. Setiap kali terdengar laungan azan dari masjid berdekatan, May tertarik mendengarnya. May merahsiakan pegangan agama daripada pengetahuan kawannya, Salimah kerana dia berasa malu pada dirinya yang jahil tentang agama Islam.
Fendi pula telah berjaya dalam perniagaannya setelah menerima sejumlah wang daripada Tauke Alex. Di sebalik aktiviti amal yang rancak dijalankan, Fendi sebenarnya mengharapkan penganugerahan pangkat dan bukannya ikhlas untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Fendi juga pandai menyembunyikan hubungannya bersama May daripada pengetahuan isterinya, Mazni. Mazni hanya mengenali May sebagai anak Tauke Alex yang telah menghilangkan diri selepas tragedi keluarganya.
Laila yang kini dewasa mengharapkan cinta daripada Qayyum tetapi Qayyum hanya menganggapnya sebagai kawan. Laila mula kecil hati dengan May kerana Qayyum lebih memberikan perhatian kepadanya. Apa yang Laila tidak tahu ialah May sebenarnya merupakan ibu kandungnya. May pula telah membuka hatinya kepada Allah dan mula mempelajari agama Islam daripada Salimah. May sentiasa berdoa agar dapat bertemu dengan anaknya suatu hari nanti tanpa mengetahui Laila ialah bayi yang ditinggalkan olehnya. Rahsia yang terpendam bertahun lamanya kini akan terbongkar apabila Fendi bertemu semula dengan May. Dapatkah Laila memaafkan dan menerima May sebagai seorang ibu? Apakah yang akan terjadi kepada Fendi, May dan Mazni? Adakah Qayyum akan menerima cinta Laila?

Read rest of entry

Pusat Penjagaan Suami

  
Untuk Isteri-isteri yang suka meniggalkan suami mereka bersendirian,tempat ini adalah yang paling sesuai untuk meninggalkan suami anda..Hahaha..

-- Macam ni punya tempat pun ada ka..?
Read rest of entry

Cara berteduh Pekerja Kontrak


Idea yang kreatif lagi inovatif.. hahaha
Read rest of entry

21 Iklan kondom Yang Anda tak akan Lihat

Anda mungkin sering melihat iklan-iklan di internet apabila anda memasuki sesuatu website, tapi pernahkah anda melihat iklan mengenai kondom.Ini adalah 21 jenis iklan mengenai kondom yang tidak terpilih untuk di letakkan di iklan internet...







































"Manix Endurance"







Read rest of entry

29 April 2011

Menyamar Jadi Buaya

Kajian "gila" ini namanya. Dr. Brady Barr melakukan sesuatu yang sangat berbahaya iaitu menyamar sebagai buaya dan berkumpul bersama dengan buaya-buaya di kandang buaya untuk membuat kajian tentang kehidupan reptilia itu.
Doktor ini memakai pakaian buaya yang dibuat daripada fiber glass, aluminium dan kevlar. Untuk menutupi bau manusianya dia meyapukan najis kuda diseluruh pakaian buaya itu.





Read rest of entry

Fakta Tentang 7 Eleven





7-Eleven ialah sebuah francaisor, pelesen, dan pengendali rangkaian kedai serbaneka antarabangsa yang juga, sejak Mac 2007, menjadi rangkaian kedai terbesar dalam semua kategori setelah mengatasi McDonald's dengan 1,000 cawangan. Kedai-kedainya terletak di 18 buah negara, dengan pasaran-pasaran terbesar di Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan dan Thailand.

7-Eleven ialah anak syarikat SEVEN & I HOLDINGS CO. di Jepun.

Antara tawaran-tawaran 7-Eleven termasuk produk label persendirian, termasuk Slurpee, iaitu minuman separa beku yang diperkenalkan pada pertengahan 1960-an, dan Big Gulp, iaitu minuman ringan yang diisi dalam cawan besar yang bersaiz antara 20 dan 64 auns bendalir.

Kedai-kedai 7-Eleven di Malaysia dimiliki oleh CONVENIENCE SHOPPING SDN. BHD. (CSSB) yang kini mengendali kira-kira 800 buah kedai di seluruh negara dan berancang untuk mengembang sehingga 1000 cawangan. 7-Eleven di Malaysia ditubuhkan pada 4 Jun 1984 oleh BERJAYA GROUP BERHAD.




7-Eleven diasaskan pada tahun 1927 di Dallas, Texas, Amerika Syarikat, apabila seorang pekerja Southland Ice Company, Joe C. Thompson, mula menjual SUSU, TELUR dan ROTI dari sebuah dok ais. Lokasi asalnya merupakan hadapan kedai yang diubahsuai di Southland Ice Company, sebuah kilang pembuatan ais. Sungguhpun adanya kedai runcit kecil dan perniagaan am di kawasan sekeliling, para pengurus kilang ais mendapati bahawa penjualan "barang serbaneka" seperti roti dan susu memang popular. Maka, terbukalah beberapa cawangan 7-Eleven di kawasan Dallas. Mula-mulanya, kedai-kedai ini dibuka dari 7 PAGI hingga 11 MALAM, iaitu tempoh perniagaan yang agak panjang pada waktu itu, maka demikianlah nama kedai ini. Syarikat ini mula menggunakan nama 7-Eleven pada tahun 1946. Menjelang tahun 1952, 7-Eleven membuka kedainya yang ke-100.

Pada tahun 1962, 7-Eleven mula menguji penjadualan 24 jam di Austin, Texas. Pada tahun 1963, kedai 24 jam dibuka di Las Vegas, Fort Worth dan Dallas.

Pada zaman 1980an, syarikat ini mengalami masalah kewangan, menjual bahagian aisnya, dan telah diselamatkan daripada bankrup oleh Ito-Yokado, francaisnya yang terbesar. Pada tahun 1987, John Philp Thompson, CEO 7-Eleven, telah melengkapkan $5.2 bilion pembelian pengurusan syarikat yang bapanya menjadi pengasas. Pembelian balik itu mengalami kesusahan daripada kejatuhan pasaran saham 1987 dan selepas kejatuhan untuk menaikkan hutang kewangan, syarikat telah menawarkan sebahagian daripada saham syarikat sebagai satu permulaan untuk melabur di dalam bon syarikat.





Syarikat Jepun telah berjaya mendapat kawalan saham pada tahun 1991, semasa Japanese asset bubble awal 1990an. Ito-Yokado membentuk Seven & I Holdings Co. dan 7-Eleven telah menjadi salah satu subsidiari pada tahun 2005. Pada tahun 2007, Seven & I Holdings telah mengumumkan yang mereka akan mengembangkan operasi di Amerika, dengan penambahan 1,000 stor 7-Eleven di A.S.

Sekadar Hiasan



6 PERKARA YANG MUNGKIN KORANG TAK TAHU TENTANG 7-ELEVEN MALAYSIA:

>7-Eleven pertama di Malaysia dibuka pada 9 Oktober 1984 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan masih beroperasi sehingga kini.
>“Cawan Lutsinar” untuk Slurpee diperkenalkan pada 21 Januari 2008 supaya pelanggan dapat membuat campuran mereka sendiri dari perisa yang ditawarkan.
>8oz. Cawan kecil slurpee pertama diperkenalkan pada 10 November 2008 untuk waktu yang tertentu.
>7-Eleven menggunakan beg plastik yang mesra alam.
>7-Eleven Malaysia meraikan ulang tahun 25 nya pada on 6 April 2009, ia juga bersempena pembukaan kedainya yang ke seribu 1,000 di Bandar Sunway.
>Di Malaysia, hari 7-Eleven diadakan pada 7 November (7/11) yang mana Julai 11 juga adalah hari kelahiran rasmi 7-Eleven.


FAKTA MENARIK 7 ELEVEN DI SELURUH DUNIA



7-Eleven, Inc. Merupakan kedai serbaneka terbesar dunia dengan mempunyai 39,400 kedainya di 16 negara, sebanyak 8,300 kedai di Amerika utara sahaja, dan mempunyai cawangan terbanyak di luar dari tempat ditubuhkan mengatasi mana-mana cawangan kedai-kedai lain termasuk cawangan makanan ringan seperti KFC atau McDONALD.
7-Eleven menambah satu lagi kedainya di seluruh dunia setiam 6 ½ jam.
7-Eleven adalah yang pertama … beroperasi 24 jam sehari … menjual kopi dengan bancuhan sendiri ... menjual minuman bergas dengan pelanggan menuangnya sendiri … dan menjual minuman bergas bersaiz besar.
7-Eleven kedai yang pertama mengiklankan kedainya di televisyen..
7-Eleven adalah kedai serbaneka pertama yang memberi pelanggannya “kebebasan untuk memilih” dengan menawarkan pelbagai jenama minuman bergas yang terkenal di mesin airnya.
7-Eleven adalah kedai serbaneka pertama yang menjual top up.
Slurpee® terjual paling banyak di Winnipeg, Manitoba, di Canada, diikuti dengan Detroit, Mich. Tetapi kedai yang paling banyak menjual slurpee terletak di Kennewick, Washington.
Pelanggan 7-Eleven di seluruh dunia menghirup 13 juta Slurpee® setiap bulan. Sejak diperkenalkan pada 1966, hampir 6.5 bilion Slurpee telah dijual, hampir mencukupi untuk membekalkan slurpee kepada setiap manusia di muka bumi ini.
7-Eleven menjual 60 juta donat dan pastri setiap tahun – sebagai purata, setiap minit, 7-Eleven menjual 275 ‘fresh bakery’.
Jika disusun makanan ‘fresh bakery’ yang dibuat untuk 7-Eleven setiap tahun, ia akan memanjang sehingga 6,000 batu.
7-Eleven menggunakan 365,000 paun gula setiap bulan untuk membuat donut dan pastri lain.
Hampir satu pertiga dari 6 juta manusia yang singgah di 7 eleven di Amerika setiap hari hanya untuk membeli makanan ringan.
7-Eleven adalah destinasi terkenal untuk membeli minuman di Amerika. Lebih dari separuh pengguna di sana membeli minuman tanpa alkohol disitu.
Dianggarkan sebanyak 25 peratus dari penduduk Amerika tinggal kurang dari satu batu dari kedai 7-Eleven.
7-Eleven menjual lebih banyak kopi segera dari barangan lain –1 juta cawan setiap hari. Ianya lebih dari 10,000 teko kopi dalam setiap jam, setiap sehari, setahun. 7-Eleven boleh menyediakan kopi untuk penduduk kelahirannya di Dallas setiap hari
7-Eleven menjual lebih kurang 100 ‘hot dog’ setiap tahun, ianya lebih banyak dari mana-mana kedai di Amerika,
Apabila Big Gulp 32-auns diperkenalkan pada 1980, ianya adalah minuman ringan terbesar didunia. 8 tahun kemudian, 7-Eleven memperkenalkan pula 64-auns Double Gulp, ianya masih lagi memegang rekod sebagai minuman ringan terbesar di dalam pasaran.
7-Eleven menjual hampir 38 juta gelen minuman ringan setahun – cukup untuk memenuhkan 51 kolam renang bersaiz olimpik.
7-Eleven menjual 41 juta gelen susu setiap tahun–mencukupi untuk menuang dua gelas susu untuk semua kanak-kanak, lelaki dan perempuan di Amerika.
7-Eleven menjual lebih 2,300 sandwich setiap jam.
Jika semua kad prabayar yang dijual 7-Eleven disusun, ia mencukupi untuk membuat 30 padang bolasepak.
Jika semua minuman ringan yang dijual di 7-Eleven dalam setahun, ianya mencukupi untuk memenuhi Typhoon Lagoon di Walt Disney World sebanyak dua kali.
7-Eleven mempunyai rangkaian terbesar ATM dari mana-mana kedai lain di Amerika.
Jualan murah terbesar di 7 Eleven adalah pada hari Krismas.
Read rest of entry

Jus Katak

China- Jus katak telah menjadi kegilaan ramai penduduk china pada masa sekarang. Ianya dikatakan dapat menyembuhkan banyak jenis penyakit kronik. Sebenarnya ianya adalah amalan tradisi turun temurun masyarakat dahulu kala dan inya belum dibuktikan lagi dengan kaedah saintifik. Mungkin terdapat testimoni dimana ianya secara kebetulan dapat menyembuhkan beberapa penyakit kronik..









Read rest of entry
 

Total Pageviews