25 April 2011
Bieber dikritik kerana sebut Hello, Manila di KL
22 April 2011
Hanya mulut dara dibenar petik daun teh
GUSHI - Sebuah ladang teh di China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut.
Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka.
Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua yang terletak di sini, wilayah Henan menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar.
"Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir," kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.
Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.
Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. - Agensi
Telur ayam sebesar duit syiling
| |
| CHLOE HEATH-BYARD menunjukkan telur ayam yang kecil (kiri) dan telur ayam normal (kanan) di Gloucestershire, Britain baru-baru ini. |
GLOUCESTERSHIRE - Seekor ayam di Britain mengeluarkan telur sebesar duit syiling 50 pence (RM2.46) yang dipercayai telur terkecil di negara berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Telur setinggi 3.3 sentimeter dengan lebar 2.5 sentimeter itu ditemui oleh seorang gadis, Chloe Heath-Byard, 15, ketika dia mengutip telur ayam di rumah neneknya di sini, barat daya England, baru-baru ini.
"Saya terkejut melihat telur ayam sekecil ini. Saiznya menyamai duit syiling 50 pence," katanya.
Chloe dan neneknya merancang untuk mengawet telur ganjil itu supaya dapat menyimpannya untuk satu jangka masa yang lama. - Agensi
Zuckerberg pakai kot kerana Obama
PALO ALTO - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin menceritakan majlis makan malamnya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg ketika beliau berucap di hadapan kakitangan laman sosial itu di sebuah pejabat Facebook di sini, negeri California.
Memulakan ucapannya, Obama menceritakan apa yang berlaku dalam satu majlis makan malam tersebut yang berlangsung pada 26 Februari lalu dan dihadiri oleh Zuckerberg, 26, serta golongan elit industri teknologi AS lain.
Ketika itu, Zuckerberg duduk di sebelah kanan presiden berkenaan.
"Saya ialah lelaki yang menyebabkan Zuckerberg terpaksa memakai tali leher (merujuk kepada pemuda tersebut yang gemar bergaya santai dengan memakai baju-T). Semasa kami sedang menjamu selera, dia mula berpeluh. Ia amat tidak selesa untuk Zuckerberg. Saya kemudian membantu dia menanggalkan kotnya. Saya berkata kepadanya, jika anda mahu Mark (Zuckerberg), kami semua boleh menanggalkan kot kami supaya anda tidak kelihatan janggal," kata Obama.
Presiden berusia 49 tahun itu kemudian menanggalkan kotnya dengan diikuti Zuckerberg sekali gus mendedahkan kemeja yang dipakainya bersama tali leher hitam.
Zuckerberg sebelum ini dikenali sebagai seorang yang suka memakai seluar jean dan baju T serta jaket berbanding kot dengan tali lahir semasa muncul di khalayak ramai.
"Anda (Obama) lebih bergaya memakai kot berbanding saya," kata Zuckerberg sambil bergurau.
Selepas itu, mereka lebih selesa bersama dan kedua-duanya berbual panjang mengenai pelbagai isu terutamanya melibatkan teknologi.
Pertemuan itu merupakan peluang buat Obama untuk mendekati golongan muda di Lembah Silikon yang terkenal dengan penciptaan komputer.
Zuckerberg telah membuktikan kepada 500 juta pengguna Facebook mengenai siapa yang menggunakan perkhidmatan tersebut.
Pengasas laman itu dikatakan mempunyai kekayaan bernilai AS$13.5 bilion (RM50.62 bilion).
Obama turut mengambil kesempatan untuk meminta Zuckerberg membayar lebih bayak cukai berdasarkan pelan percukaian yang dikemukakan pemimpin AS itu.
"Ramai orang sukakan saya dan anda, Mark (Zuckerberg). Anda sepatutnya membayar lebih banyak sedikit dalam bentuk cukai.
"Saya tahu anda okey dengan perkara itu (cukai)," kata Obama. - Agensi
kredit to - kosmo
21 April 2011
Tambang Kereta Api Bukit Bendera Naik Sekali Ganda

GEORGE TOWN, 21 April (Bernama) -- Tambang kereta api Bukit Bendera
akan dinaikkan sekali ganda iaitu sebanyak RM8 bagi orang dewasa dan
RM4 bagi kanak-kanak rakyat tempatan mulai 1 Mei ini.
Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Datuk Lee Kah Choon berkata,
tambang baru untuk pelancong asing pula ialah sebanyak RM30 bagi
dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak.
Kadar tambang baru itu adalah disebabkan peningkatan kos operasi
kereta api jenis elektrik yang lebih moden berbanding sebelum ini yang
digerakkan dengan kabel, katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Perkhidmatan kereta api itu telah ditutup lebih setahun lepas dan
kadar tambang sebelum ini ialah RM4 bagi dewasa dan RM2 bagi
kanak-kanak tanpa mengira pelancong tempatan atau asing.
Beliau berkata, bagi penduduk di Bukit Bendera, pengusaha dan pekerja
di atas bukit itu, bayaran pas bulanan dikekalkan dengan harga RM24.
Lee berkata, kos operasi bagi setiap perjalanan kereta api ialah RM500
kerana ia menggunakan elektrik dan kos itu lebih tinggi berbanding
keretapi kabel sebelum ini.
Beliau berkata, kereta api baru itu lebih laju serta menggunakan koc
buatan Switzerland yang moden dan selesa untuk penumpang dan jadual
perjalanan kereta api itu ialah setiap setengah jam mulai pukul 6.30
pagi hingga 9 malam setiap hari.
"Selepas menaik taraf, ia kini boleh membawa sehingga 50 penumpang dan
mengambil masa selama 10 minit untuk perjalanan sehala, berbanding 30
minit sebelum ini," katanya.
Beliau memberi jaminan bahawa aspek keselamatan kereta api berkenaan
adalah bertaraf antarabangsa.
Projek naik taraf kereta api oleh kerajaan persekutuan itu melibatkan
kos RM73 juta bagi menggantikan jenis furnikular yang digunakan sejak
1923.
Bukit Bendera ialah salah sebuah destinasi pelancongan yang menarik di
Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Model Muslim berbogel di Majalah Playboy
Sila Sahin adalah wanita muslim pertama yang menjadi model untuk majalah PLAYBOY.Sila Sahin sebelum ini telah membanggakan keluarganya dengan menjadi pelakon dalam siaran televisyen German dan juga telah mempunyai ramai peminat dikalangan peminat yang bergama Islam. setelah terpaparnya gambar Sila Sahin sebagai model muka surat depan Playboy, ianya pasti akan mengundang pelbagai spekulasi dan juga kutukan serta cacian dari pelbagai pihak.

'"Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak."
Pastinya kata-kata ini akan memberi impak yang buruk terhadap dirinya..
gambar Sila Sahin yang menunjukkan sebelah buah dadanya pada muka surat hadapan Playboy German telah mengejutkan semua ahli keluarga Sila Sahin khususnya emak Sila sahin.

-bangang betul la ,buat malu wanita muslim..
Seni kereta berdebu
English to Malay translation
Scott Wade yang berbakat adalah seorang pereka grafik dari Wimberley, Texas. Dia melukis semua jenis gambar di belakang kereta isterinya dan, hanya menggunakan jari-jarinya, debu dan beberapa kuas. Dari Mona Lisa ke potret Albert Einstein, Wade telah mencipta siri karya seni yang sering diperhatikan dilalu lintas.
| Dia berkata orang-orang sering berkumpul di sekitar keretanya ketika mereka pergi keluar, hanya untuk mengagumi keindahan dan detail dari seni. Beberapa orang keluar dari kenderaan mereka di lampu merah dan mengambil gambar dari keretanya. |
Did you mean: English Type text or a website address or translate a document. Listen Read phonetically English to Malay translationMr Wade tidak memandu kereta di atas trek tanah untuk mendapatkannya cukup kotor. Sebaliknya ia menggunakan minyak, jenis khusus dari kotoran dan pengering rambut untuk menyebarkannya di tetingkap. Hal ini membawanya sekitar 10 minit, bukan tujuh hari memandu melalui kotoran. Bekerja dengan debu bererti karyanya akan hancur ketika hujan. |
| |
