18 April 2011

Biri-biri diwarnakan oren elak dicuri


SEJUMLAH bulu biri-biri milik John Heard yang berwarna oren di Devon, Britain.


DEVON - Seorang petani, John Heard di sini sanggup mewarnakan bulu sejumlah biri-biri miliknya dengan warna oren bagi mengelak ia dicuri, lapor sebuah akhbar kelmarin.

"Ia akan kelihatan seperti biri-biri yang ganjil tetapi muslihat itu berjaya dan saya hanya hilang seekor biri-biri pada tahun ini," kata Heard yang berusia 49 tahun.

Menurutnya, sebanyak 250 ekor biri-biri miliknya sebelum ini hilang sejak beberapa tahun lalu sebelum dia membuat keputusan untuk mewarnakan bulu haiwan itu.

"Muslihat itu berjaya kerana haiwan itu mudah untuk dibezakan (dengan ternakan lain) menjadikan saya dan jiran-jiran saya mudah untuk mengawal haiwan tersebut," katanya.

Biri-biri itu mempunyai kepala yang berwarna hitam.

Dia mendapat idea itu daripada seorang anak lelakinya, James yang melihat biri-biri diwarnakan di Scotland.

Kejadian mencuri biri-biri menjadi satu masalah besar di wilayah itu dengan haiwan betina bernilai £140 (RM690.92) seekor. - Agensi

Read rest of entry

Pelacur Britain buat pengakuan mengejut

Helen wood (kanan) bersama Jennifer Thompson


LONDON - Seorang pelacur, Helen Wood membuat pendedahan mengejut apabila menyatakan dia berasmara dengan beberapa bintang bola sepak kelab Manchester United (MU) dengan bayaran £600 (RM2,961), lapor beberapa buah akhbar semalam.

Pelacur itu sebelum ini pernah melakukan hubungan seks bersama seorang bintang MU, Wayne Rooney dengan melibatkan tiga orang.

Namun, dia membuat pendedahan sensasi dengan menyatakan pernah melakukan hubungan seks dengan beberapa pelakon dan seorang hakim selain beberapa bintang MU bertaraf jutawan.

Pelacur berusia 24 tahun itu menyatakan, dia juga pernah melakukan hubungan seks dengan seorang ahli politik dari Dublin, seorang pegawai kanan polis, seorang juruterbang dan seorang tetamu asing yang dihormati yang melawat Britain.

Ibu tunggal itu mendedahkan dia dibayar oleh seorang pemain MU untuk melakukan hubungan seks melibatkan lima orang di rumahnya dan sebuah hotel mewah di Manchester.

Namun, dia memberitahu hubungannya dengan pemain berkenaan rengang selepas dia dilihat diperkenalkan kepada Rooney.

Menurutnya, Rooney yang sudah berkahwin ketika itu tidak pasti kadar bayaran seks yang perlu dibayar untuk melanggan pelacur tetapi dia menyerahkan wang tunai sebanyak £1,000 (RM4,935) untuk menempahnya dan seorang lagi pelacur, Jenny Thompson.

Helen berkata, seorang lagi bintang liga perdana Inggeris menempah sebuah bilik di sebuah hotel adalah seorang bintang Chelsea.

Menurutnya, bintang kelab bola sepak Chelsea itu membayarnya £800 (RM3,948) untuk pekerjaan yang sepatutnya dibayar £220 (RM1,085).

Pelacur itu mendedahkan, dia turut mengambil bahagian dalam permainan penderaan seks dengan seorang hakim dan seorang pegawai kanan polis. - Agensi

Read rest of entry

Ashraf Muslim Bertunang




PETALING JAYA: Pelakon Ashraf Muslim, 30, (gambar) menamatkan teka-teki tentang statusnya apabila dia akan bertunang dengan wanita berusia 24 tahun pada 23 April ini di rumah wanita itu di Gombak.

Dia yang menjangkakan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini, bagaimanapun enggan mendedahkan nama wanita tersebut yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka.

Kata pelakon yang popular menerusi drama Ustaz Amirul itu, dia belum bersedia untuk mendedahkan tentang buah hatinya itu sehingga tiba majlis pertunangannya nanti.

Selepas majlis pertunangan yang dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi itu, pada hari yang sama Ashraf turut akan mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari.
Klinik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid.

Kalau mahu mengenali siapa tunang saya, jemputlah ke majlis pertunangan dan klinik saya semasa majlis perasmian nanti. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk membuat kedua-dua majlis itu pada hari yang sama.

Kebetulan, rumah dia dan klinik saya agak berdekatan. Menariknya, stesen TV9 juga akan membuat siaran langsung majlis pertunangan dan perasmian klinik saya pada hari itu,?kata pengamal perubatan Islam yang mendalami bidang tersebut sejak dua tahun lalu.

Bercerita tentang hubungan mereka, Ashraf mengenali wanita itu lebih setahun lalu dan berhasrat menyunting wanita itu pada bulan lalu.

Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya.

Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya.
Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini,?ujarnya.
Tambahnya: Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah.

Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak meghormati keputusan saya.?

Dalam perkembangan lain, Ashraf juga muncul di program Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada setiap Jumaat, pukul 8 hingga 10 pagi.
Ashraf mengendalikan sebuah slot yang memaparkan tentang cara perubatan Islam.
Read rest of entry

Sakit Belakang - Pencegahan Adalah Terbaik





Tahukah anda empat dari lima orang di dunia menderita sakit belakang sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka? Mungkin ada yang mengatakan khabar ini sengaja dibesarkan tetapi kita hanya perlu melihat situasi di sekeliling untuk melihat hakikat yang sebenarnya. Bila membeli barangan di pasar raya, kita nampak ramai pelanggan mengangkat barangan yang dibeli secara membongkokan belakang padahal mereka sepatutnya membengkokan kaki bagi gerak 'mengusung' yang diperlukan. Bagi pekerja kolar putih pula, mereka 'duduk' di meja kerja dan menghadap komputer masing-masing selama berjam-jam dan setelah penat bekerja dan pulang ke rumah ada yang akan terlena di atas sofa ketika menonton telivisyen. Adakah senario yang digambarkan di atas menyamai rutin harian kehidupan anda? Kini semakin banyak terdapat iklan tentang pil, plaster, balm serta ubat sakit belakang dan ini adalah bukti bahawa insiden sakit semakin meningkat dalam masyarakat.

MEMAHAMI TULANG BELAKANG ANDA

Tulang belakang, juga di panggil tulang spina, adalah sebenarnya satu rangkaian tulang vertebra yang membentuk 'belakang' seseorang. Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu servikal, torasik dan lumbar.
Bahagian servikal mempunyai tujuh tulang vertebra yang menyambungkan tengkorak kepada tulang belakang. Ia juga membentuk struktur leher selain memberi ruang untuk leher 'berpusing' ke kiri atau kanan. Bahagian torasik pula adalah bahagian tulang belakang yang mempunyai paling banyak vertebra iaitu 12. Vertebra ini adalah di bahagian dada dan bercantum dengan tulang rusuk yang melindungi organ penting seperti paru-paru dan jantung. Bahagian lumbar biasanya mempunyai lima atau enam vertebra. Bahagian ini adalah bahagian terkuat tulang belakang kerana ia menyokong berat badan. Ia juga bersambung dengan tulang pelvis. Keseluruhannya, vertebra berfungsi melindungi kordus spinal dan saraf yang berkaitan. Kordus spinal adalah satu kumpulan saraf tunjang yang panjang serta sel-sel sokongan yang bersambung dengan otak lalu menjadikan sistem saraf pusat. Fungsi lain vertebra tulang belakang ialah memberi fleksibiliti kepada pergerakan badan dan anggota, menyokong kerangka badan selain mengimbangi berat badan ketika berjalan atau berdiri.

SAKIT BAHAGIAN BAWAH BELAKANG


Kebanyakan sakit di bahagian bawah tulang belakang (LBP) berpunca daripada otot. Badan memerlukan otot yang kuat bagi memastikan postur yang betul tetapi kerana pelbagai sebab, ini tidak berlaku. Di seluruh dunia, perubahan dalam gaya hidup memberi impak dan kesan terhadap kesihatan dan ini termasuk sakit belakang. Di negara yang maju dan sedang membangun, masyarakat lebih cenderung meluangkan masa kepada bekerja daripada menjalani kehidupan mereka sendiri. Ini telah dikenalpasti sebagai antara sebab mengapa mereka yang bekerja lebih cenderung mengalami LBP. Menurut Dr Barry Kluner: "Banyak kes LBP disalah diagnosa atau diberikan rawatan yang tidak sepatutnya dan ini menyebabkan masalah kesakitan berulang". Katanya lagi, perlu diingat bahawa setiap kali LBP berulang menyebabkan 'kerosakan' akan meningkat. Kes sakit belakang yang boleh dianggap remeh mungkin sebenarnya mempunyai risiko penyakit osteoartritis degeneratif (OA) atau masalah piring spinal dan ini akhirnya akan menyebabkan penekanan serta stres pada saraf. "Sakit belakang boleh terjadi pada mana-mana peringkat umur. Kejadiannya kini lebih prevalen di kalangan remaja dan anak kecil", kata Dr Kluner, pakar tulang belakang. Beliau telah menjalankan operasi di Malaysia semenjak tahun 2001.

RAWATAN LBP


Bila ditanya mengenai rawatan LBP, Dr Kluner berkata terdapat beberapa cara yang digunakan oleh mereka yang mengalami sakit belakang bagi merawat masalah tersebut secara konservatif.
Antaranya rehat, menggunakan ubat penghilang sakit, manipulasi tulang spinal, ubat relaksasi otot, fisioterapopi serta kaedah mengurut. Tetapi tiada rawatan tersebut boleh dikatakan berkesan sehingga punca masalah diketahui lebih awal dan pesakit tidaklah perlu 'tercari-cari' punca yang sebenarnya. Beliau juga berkata kebanyakan sakit belakang yang berpunca daripada otot boleh pulih dalam hanya beberapa minggu jika diagnosa yang tepat dapat diberikan. Jika sakitnya akut sudah tentu tempoh pemulihan juga akan mengambil masa yang lebih lama. Kesakitan berulang dapat dihalang jika punca sebenar LBP dapat diketahui kerana ini adalah kunci bagi kesihatan tulang belakang. ORTOTIK Kebanyakan aktiviti seperti bekerja, makan dan menonton telivisyen dijalankan secara 'duduk'. Menggunakan postur badan yang betul ketika melakukan aktiviti ini adalah penting bagi menghindari LBP atau kesakitan lain. Menggunakan sokongan yang menghalang tulang pelvik dari 'senget' boleh membantu mengurangkan ketidak seimbangan pada puncanya dan mengurangkan risiko LBP. BackJoy Orthotics dari Amerika Syarikat baru-baru ini melancarkan produk ortotik mudah alih di Pameran Perubatan dan Farmaseutikal Asia Tenggara ke-14 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tanpa menggunakan pil atau preskripsi, dengan hanya duduk di atas alat ini, jajaran tulang belakang yang betul dan postur yang seimbang boleh didapati mereka yang menggunakannya dan ini boleh menghalang berlakunya LBP. Menurut Bing Howestein, Pengarah Backjoy Orthotics: "BackJoy beroperasi rapat dengan badan anda bagi menyediakan sistem rawatan sendiri". Produk ini sesuai digunakan oleh mana-mana peringkat umur dan ada ditawarkan di farmasi Vita Care dan stor Babyland. Ia akan ditawarkan di lebih banyak premis penjagaan kesihatan tidak lama lagi.

PENTINGNYA KESEDARAN


Di Amerika Syarikat kos perawatan bagi masalah LBP dianggar berjumlah AS$30 juta dalam setahun.
Kerugian masa bekerja, pengurangan produktiviti serta had dan sekatan dalam aktiviti harian adalah antara kemudaratan yang disebabkan LBP. Ini menyebabkan badan dan organisasi tidak dapat mengoptimum produktiviti. Oleh itu masyarakat Malaysia perlu sedar betapa pentingnya mempunyai tulang spina yang sihat dan seperti mana masalah kesihatan lain, pencegahan adalah lebih lebih baik daripada rawatan. -- BERNAMA
Read rest of entry

17 April 2011

Hijrah Iwan



KETIKA irama dangdut di puncak kegemilangan persada muzik tanah air sekitar pertengahan 90-an, nama Iwan cukup meledak di pasaran. Malah, dia yang tampil menyanyi lagu dangdut secara solo, turut berduet bersama Amelina dan Sheeda.

Pastinya, lagu Memori Daun Pisang dan Yang Tersayang, cukup mengingatkan peminat pada keserasian Iwan dan Amelina. Bahkan, lagu Secangkir Madu Merah pula dinyanyikan Iwan bersama Sheeda. Selain itu, Iwan juga popular dengan lagu solo, Yang Sedang Sedang Saja dan Wulan.

Namun, semua itu sudah menjadi kenangan buat Iwan atau nama sebenar, Wan Syahman Yunus, 50. Ini kerana, Iwan sudah berubah imej dan dia lebih menjurus kepada berdakwah. Malah, Iwan juga memiliki keluarga baru dan seorang anak perempuan.

Iwan bertemu jodoh dengan isterinya, Evie Surriantyy pada 2 Oktober 2009 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan Wan Nur Sumayyah, setahun. Ternyata, Iwan sangat bahagia dengan cara hidupnya yang disifatkan lebih dekat dengan Tuhan.
Read rest of entry

Ayat Driver Lori yang Frust


Ada kuntum-kuntum bunga jugak dalam hati brader lori ni.. :p
Read rest of entry

16 April 2011

Kad Pengenalan Bekas Perdana Menteri Malaysia














Siapa paling hensem ?
Read rest of entry
 

Total Pageviews