30 July 2009

Upah samseng pukul suami

KUALA TERENGGANU - Gara-gara tidak berpuas hati dengan aduan mengenai hubungan sulitnya, seorang isteri dipercayai mengupah orang untuk memukul suaminya hingga pengsan baru-baru ini.

Akibat kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Kemaman mengalami kecederaan di badan dan kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengaku dari pejabat agama kira-kira pukul 8.30 pagi.

Katanya, lelaki tersebut menyebut tentang aduan yang dibuat oleh mangsa tentang kecurangan isterinya dan minta diadakan satu pertemuan untuk berbincang.

"Lelaki tersebut meminta mangsa datang bertemunya di tepi jalan di sebuah sekolah menengah di Kemaman," katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Menurut Mohd. Fauzi, mangsa sampai di tempat yang dijanjikan pada pukul 9.30 pagi tetapi lelaki itu tidak muncul.

Bagaimanapun ketika mangsa masuk ke dalam kereta untuk beredar, sekumpulan lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba menyerbu lalu memukulnya hingga pengsan.

Katanya, apabila sedar, mangsa berada di dalam kereta di rumah ibu mertuanya di Kampung Bukit Kuang, Kemaman dan dimasukkan ke Hospital Kemaman dua hari kemudian.

Katanya, mangsa mengesyaki isterinya menjadi dalang kejadian itu dan membuat laporan di Balai Polis Chukai kira-kira pukul 12.04 tengah hari kelmarin.

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan percaya puncanya disebabkan masalah rumah tangga.

Read rest of entry

Analisis Kesuburan


Pada satu hari, seorang lelaki tua berumur 75 tahun telah berjumpa dengan
seorang doktor untuk membuat analisis kesuburan dan jumlah kandungan
sperma yang ada dalam air maninya. Kemudian doktor itu pun memberikan
sebuah botol lalu berkata,

"Pakcik ambil botol nie, esok datang balik jumpa saya bersama dengan
contoh air mani pakcik kat dalam botol nie ye."

Pada keesokan harinya, lelaki tua datang kembali bersama botol yang
diberikan oleh doktor itu semalam. Tapi doktor tu tengok takde apa pun
yang terisi kat dalam botol tu, kosong jer. Doktor tu bertanya ler kat
orang tua tu, "Apsal pakcik tak isi contoh air mani pakcik dalam botol
nie??".

Lelaki tua tu pun menjawab, "Tuan doktor, ceritanya begini, pada mulanya
tu, saya guna tangan kanan saya, tapi tak dapat jugak. Kemudian saya
gunakan plak tangan kiri, pun tak dapat jugak. Kemudian saya suruh isteri
saya tolong. Isteri saya guna tangan kanan pun tak dapat, tangan kiri pun
tak dapat. Kemudian isteri saya pakai mulut plak, tak dapat jugak. Pas tu
dier gunakan gigi, pun tak dapat. Susah betul, sebab kami dah habis
ikhtiar, saya panggil anak perempuan jiran sebelah rumah kami, dier pakai
tangan dengan mulut jugak, pun tak dapat-dapat jugak", terang lelaki tua
tu.

"APA??? Awak mintak tolong dari anak perempuan jiran awak..???", tanya
doktor tu terkejut beruk. Lelaki tua tu pun menjawab lagi,

"Ya., betul tuan doktor, bagaimana kuatnya kami cuba, tapi masih jugak tak
dapat nak bukak TUTUP BOTOL ni !!!
Read rest of entry

Mengenali kedai makan pakai pelaris haram


Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris tidak halal, ialah pada kali
pertama kita ke kedai tersebut, baca Qursi 3x luar dari kedai. Sebaiknya
semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak
perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita
akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu,
eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang
Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah
at-Talaq 2-3) di belakang cashier. Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2
square, number2, bintang2, macam maruku pun ada....

Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan
letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk
(contohnya manusia, harimau, singa, burung etc). Pengurusan yang begitu
cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2 benda tidak baik dalam
makanan sebagai pelaris. Ini kerana orang yang cetek tauhid-nya (kurang
percaya pada Hari Akhirat, Syurga, Neraka) akan sanggup lakukan apa sahaja
dalam perkara yang melibatkan duit wang ringgit.

Dan pengurusan sebegitu pun tidak akan segan silu guna bomoh Islam dan
tak-Islam untuk kenakan penyakit ganjil (contohnya busung etc) pada orang2
yang cuba bocorkan rahsia "pelaris" mereka.. Jadi berhati-hatilah sebab
mulut santan binasa.

Semoga penerangan ini bermanfaat.

Sekian wassalam
Read rest of entry

29 July 2009

Perokok tak takut kotak 'kaki gangren'


PEROKOK lebih gemar memilih kotak imej kaki gangren (atas) atas andaian ia bukan kesan buruk tabiat itu dan tidak menakutkan.


KUALA LUMPUR - Hasil kajian awal Kementerian Kesihatan mendapati golongan perokok lebih gemar memilih kotak yang memaparkan imej kaki gangren dengan tafsiran ia tidak ada kaitan dengan mereka dan hanya untuk pengidap kencing manis sahaja.

Lima imej lain pada kotak rokok yang dikuatkuasakan sejak 1 Jun lalu ialah bayi pra matang, kanser mulut, kanser paru-paru, keguguran janin dan kanser tekak.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Zarihah Zain berkata, kajian itu dilakukan menerusi soal selidik dan maklum balas daripada para peniaga.

"Kita hanya akan dapat hasil penuh kajian akhir tahun ini tetapi daripada apa kita tahu setakat ini, kotak rokok imej kaki lebih digemari,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kementerian Kesihatan telah menetapkan kotak rokok mesti mengandungi 40 peratus grafik yang dicetak pada bahagian depan dan 60 peratus di belakang.

Read rest of entry

Kondominium mewah pusat edar dadah


MUHAMMAD SABTU (kanan) menunjukkan rampasan dadah dari sebuah kondominium pada sidang akhbar di pejabatnya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kegiatan licik empat lelaki termasuk seorang warga Thailand mengedar syabu dan eramin 5 dengan berselindung di sebalik kereta dan kondominium mewah terbongkar apabila mereka ditahan di Jalan Kuchai Lama di sini Jumaat lalu.

Difahamkan, tangkapan pukul 4 petang itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah cawangan curi kenderaan (D4B) selepas mendapat maklumat mengatakan suspek menggunakan kenderaan curi.

Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dilakukan, mereka menemui dadah jenis syabu dan eramin 5 pada suspek sebelum memaklumkan kepada bahagian narkotik.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 27 dan 44 tahun itu ditahan di kawasan tempat letak kereta kondominium tersebut.

"Hasil pemeriksaan ke atas ketiga-tiga suspek menemui 13 paket syabu seberat 162 gram dan 10 biji pil eramin 5.

credit - kosmo

Read rest of entry

28 July 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN (MPD) TERENGGANU

Terbuka kepada Rakyat Negeri Terengganu sahaja.

JAWATAN:
1. Juruteknik Komputer - Gred FT 17
2. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.ziddu. com/download/ 5801200/IklanJaw atanKosongMPDung un2009.pdf. html

DOWNLOAD BORANG:
http://www.ziddu. com/download/ 5801199/BorangJa watanMPDungun. pdf.html

Borang yang telah diisi selengkapnya hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dikemukakan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
JALAN YAHAYA AHMAD
23000 DUNGUN, TERENGGANU.

MAKLUMAT LANJUT:
http://mpd.terengga nu.gov.my

Tarikh Tutup : 11 Ogos 2009
Read rest of entry

JAWATAN KOSONG DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (PEKAN - PAHANG)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
-Pegawai Pembangunan Masyarakat (S41)

Status Kekosongan Jawatan : Kontrak
Bilangan Kekosongan Jawatan : 1

CARA MEMOHON :
Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara on-line di:
http://www.jobsmala ysia.gov. my

Tarikh Tutup : 2 September 2009
Read rest of entry
 

Total Pageviews