13 July 2011

Tony jadi hos The Apprentice Asia


SINGAPURA 12 Julai - Taikun penerbangan, Tan Sri Tony Fernandes, akan menjadi hos edisi Asia siri televisyen yang digemari ramai, The Apprentice. Ini diumumkan hari ini oleh pengeluar program realiti Asia, RGM, iaitu satu syarikat filem dan televisyen yang berpangkalan di Singapura.

The Apprentice, yang direka dan dikeluarkan oleh Mark Burnett Productions, telah mencatatkan kejayaan selepas kemunculan sulung pada 2004 di Amerika Syarikat dengan jutawan Donald Trump sebagai hos dan pengeluar eksekutif bersama.

Program itu telah difrancaiskan pada peringkat antarabangsa, termasuk di United Kingdom, yang dihoskan ole Lord Sugar.

"Kami gembira dengan Tony. Beliau seorang ahli perniagaan yang berjaya dan berkrismatik dan tokoh Asia yang boleh dikaitkan dengan kejayaan di seluruh dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif RGM Devesh Chetty semasa mengumumkan program itu.

Semasa mengulas mengenai perkara itu, Fernandes berkata: "Ia mengujakan untuk menjadi peneraju The Apprentice Asia. Kita akan melihat sesetengah bakat perniagaan yang cemerlang di rantau ini bersaing dari jalanan ke bilik lembaga pengarah."

The Apprentice Asia akan menghimpunkan sejumlah eksekutif perniagaan dari pelbagai industri dan negara di rantau ini dengan melakukan penyingkiran sehingga seorang calon menjadi pelatih bergaji besar kepada Fernandes. — Bernama



0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews