04 July 2011

Ronaldo mahu kembali ke Liga Perdana Inggeris



LONDON: Cristiano Ronaldo mendedahkan bahawa dia akan kembali ke England untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Namun, pemain Portugal berusia 26 tahun itu terlebih dulu mahu mencapai sasaran yang ditetapkannya sekarang - memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama Real Madrid.
Ronaldo yang me-ninggalkan Manchester United untuk menyertai Real dengan nilai perpindahan 80 juta pound (RM387.12 juta) dua tahun lalu - diminati oleh Manchester City -yang turut cuba memancingnya pada awal musim panas.
Namun, sebelum kelab seperti Chelsea, Arsenal dan Tottenham melancarkan dana pembelian pemain mereka untuk menandatangani seorang daripada pemain terhebat dunia, mereka seharusnya meneliti terlebih dulu bagaimana perancangan masa depan pemain itu.

Ronaldo berkata: "Saya rasa jika saya berpindah dari Sepanyol, ia adalah untuk ke Liga Perdana - tetapi bukan sekarang. Pertama, kami perlu menang Liga Juara-Juara. Jika saya kembali ke Liga Perdana, ia perlulah ke sebuah kelab di barat laut. Saya tidak suka London."

Itu jelas merujuk kepada City - atau kelab lamanya United - sebagai pilihan utama Ronaldo.

Sunday Mirror bulan lalu mendedahkan bagaimana Ronaldo cuba dipancing oleh saudara mara jutawan pemilik City dari Abu Dhabi, dengan dakwaan bahawa kelab itu sanggup menawarkan gaji 350,000 pound (RM1.69 juta) seminggu jika menyertai mereka.
Tidak diketahui sama ada kelab itu ada membuat tawaran rasmi tetapi satu pihak ketiga yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan Sheik Mansour sudah menyatakan hasrat mendapatkan pemain itu. - Agensi



0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews