18 April 2011

Stoke mara ke final Piala FA buat kali pertama

Image © AFP
Penyerang Stoke City, Jonathan Walters (tengah) meraikan jaringan gol keempat Stoke ketika perlawanan separuh akhir Piala FA, menentang Bolton Wanderers di Stadium Wembley, London, 17 April 2011. Stoke menang 5-0.

ENGLAND, (D5) - Stoke City bakal berdepan Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA apabila mereka berjaya melayakkan diri dengan menumbangkan Bolton Wanderers 5-0 dalam peringkat separuh akhir yang berlangsung di Stadium Wembley lewat malam tadi.

Stoke yang mara ke final Piala FA buat kali pertama, selepas menang bergaya hasil jaringan pemain Etherington pada minit ke-11, Huth (17), Jones (30) dan Walters (68, 81).

Anak buah bimbingan Tony Pulis itu akan menentang City pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mei, juga di Stadium Wembley.

Manakala, City melangkah ke peringkat akhir selepas menewaskan Manchester United 1-0, semalam. Gol tunggal itu dijaringkan oleh pemain tengah dari Ivory Coast, Yaya Toure di minit 52, hasil kesilapan pemain tengah United, Michael Carrick.

Kehampaan United dalam perlawanan itu bertambah parah apabila Paul Scholes dihalau keluar oleh pengadil sejurus selepas dia dipersalahkan kerana menerjah kuat pertahanan City, Pablo Zabaleta di minit ke 72.

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews