21 April 2011

Chelsea pintas Arsenal


Penyerang Chelsea, Florent Malouda meraikan jaringan golnya ke atas Birmingham City bersama-sama Didier Drogba dan Salomon Kalou dalam aksi EPL pada 20 April 2011 di Stamford Bridge.

LONDON, (AFP) - Arsenal sekali lagi mensia-siakan peluang untuk merapatkan diri dengan Manchester United apabila diikat oleh Spurs 3-3 di White Hart Lane sementara Chelsea berjaya memintas Arsenal untuk melonjak ke tangga kedua setelah menewaskan Birmingham 3-1.

Pertahanan Arsenal terus dirundung masalah apabila membiarkan Spurs bangkit daripada ketinggalan dua gol lalu memastikan Arsenal pulang hampa dengan hanya satu mata.

Arsenal terlebih dahulu mendahului melalui Theo Walcott, yang menggunakan kepantasannya untuk menewaskan pertahanan Spurs bagi mendapatkan gol pendahuluan namun Rafael Van der Vaart pantas menyamakan kedudukan buat anak buah Harry Redknapp.

Samir Nasri kemudian meletakkan Arsenal di hadapan sekali lagi pada minit ke-12 dan Robin van Persie melebarkan kedudukan melalui cubaan jarak dekat pada minit ke-40, namun Tom Huddlestone merapatkan jurang empat minit kemudian.

Penjaga gol Arsenal, muncul sebagai musuh dalam selimut apabila menghadiahkan penalti buat Spurs setelah menjatuhkan Aaron Lennon dan Van der Vaart tenang menyempurnakan penalti bagi memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Di Stamford Bridge, Chelsea meneruskan kebangkitan mereka denga mempamerkan aksi mantap mengatasi Birmingham City 3-1 bagi memadam kekecewaan ketika tewas kepada pasukan sama pada awal musim.

Chelsea membuka jaringan seawal minit ke-3 melalui Florent Malouda yang mengambil kesempatan di atas kekalutan di hadapan pintu gol Birmingham dan Salomon Kalou menggandakan kelebihan Chelsea dengan satu jaringan cantik menewaskan Ben Foster pada minit ke-26.

Malouda kemudian memastikan kekecewaan Birmingham berterusan menerusi gol keduanya pada minit ke-62 dan walaupun pasukan pelawat berjaya memperoleh gol saguhati pada minit ke-76 menerusi sepakan penalti Sebastian Larsson, anak buah Alex McLeish kini berada hanya lima mata di atas zon penyingkiran.

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews