25 January 2011

Kisah Benar : Tanggang Jepun

Tulisan di bawah adalah pengalaman sebenar tetapi telah diolah semula
oleh mr.FADziL(pak...@gmail.com) supaya memberi lebih impak dan
pedoman untuk para pembaca budiman sekalian.

Assalamualaikum.Nama saya Mohd Azman(bukan nama sebenar) dan saya
sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di negara matahari
terbit,Jepun. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca
budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada
masa hadapan.


Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri menyebabkan saya berasa
insaf.Ada seorang budak Jepun bernama Tatsuo-kun(bukan nama sebenar)
dan tinggal bersama-sama emaknya Maciko-san(juga bukan nama sebenar)
di daerah Yamanashi.Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana
bapa Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya.Kerana
keluarga ini hanya tinggal berdua saja maka hubungan di antara
Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah rapat sekali.Apa yang
dihajati Tatsuo-kun akan cuba dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula
membesar menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia mendapat
biasiswa dan memasuki Meiji University(sekadar rekaan penulis).


Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu tidak menelefon
atau pulang ke rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian di
rumah.Hendak dipendekkan cerita,Maciko-san telah mengambil keputusan
untuk datang ke Tokyo untuk berjumpa dengan anak kesayangannya.Ketika
itulah satu perkara yang menginsafkan saya berlaku.Ia terjadi DI DEPAN
MATA saya sendiri(En.Mohd Azman mula terisak-isak menahan
tangis).Tatsuo-kun baru saja keluar dari pintu universiti bersama
rakan-rakannya ketika ibunya tiba dan memanggil namanya.Melihat
keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun berasa
malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang berada.Tatsuo-kun
dengan muka yang berang mendekati emaknya dan berkata(telah di ubah
maksudnya ke dalam bahasa melayu),"Makcik ni silap orang la..".Saya
berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat Maciko-san dilayan
sebegitu tetapi masih mampu mengawal air mata.Maciko-san memegang
tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak bercakap begitu tetapi
Tatsuo-kun yang didorong perasaan malunya telah menolak emaknya ke
arah jalan raya dan dilanggar kereta. Saya berasa sungguh sedih dan
cuba untuk menolong tetapi apakan daya kerana ianya berlaku di dalam
televisyen rumah saya cuma.Lantas saya mengambil remote controller dan
menukar ke siaran yang lain.


Diharap para pembaca tidak berasa marah dan tertipu dengan kisah
En.Mohd Azman tadi kerana penulis telah pun memukulnya sehingga muntah
darah kerana membuat lawak dengan muka serius.

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews