05 August 2009

Ajai, Liza nikah 15 Ogos


AJAI dan Liza bakal melangsungkan pernikahan mereka pada
15 Ogos ini di Pulau Pinang.


KUALA LUMPUR - Bermula desas-desus dan kemudiannya menjadi fakta bahawa hubungan komposer terkenal, Ajai dengan bekas pegawai kanan di syarikat pengurusan artis Maestro Talent Management Sdn. Bhd., Norliza Ilias bukan lagi rahsia.

Sejak tahun lepas, Ajai dan Liza merancang untuk berkahwin namun undangan daripada Ajai dan Liza tidak kunjung tiba walaupun tahun 2008 sudah berakhir.

Semalam, pasangan itu mengotakan janji apabila kad jemputan dihantar ke pejabat Kosmo! dan mereka memilih 15 Ogos ini sebagai detik bersejarah untuk mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri.

Berdasarkan perancangan, Ajai atau nama sebenarnya Mohd. Faizal Maas, 36, dan Liza, 37, akan bernikah di Masjid Negeri Pulau Pinang pada pukul 10.30 pagi.


credit - kosmo

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews