06 July 2009

Ronaldo dah tak sabar




LONDON - Cristiano Ronaldo sudah tidak sabar beraksi bersama Real Madrid.

Ronaldo yang menyertai Real dengan rekod perpindahan dunia iaitu £80 juta (RM461 juta) dari Manchester United bulan lepas, akan mengetuai rangkaian mantap di jentera serangan Real bersama Kaka, Raul dan Karim Benzema.

Begitupun, Ronaldo memberitahu, dia lebih teruja untuk bergandingan ber- sama bintang Brazil berharga £62 juta (RM357 juta), Kaka.

"Seperti Manchester United, Real Madrid juga memiliki pemain berkelas dunia di setiap posisi," kata Ronaldo.

"Mereka mempunyai pemain legenda seperti Raul dan beberapa lagi pemain muda yang luar biasa.

"Saya tidak sabar untuk bermain dengan pemain-pemain berbakat ini dan juga meningkatkan lagi kualiti permainan saya.

"Tetapi Kaka adalah antara pemain terbaik dunia ketika ini dan amat hebat untuk bermain bersamanya.

"Pada usia 27 tahun, dia sepatutnya sudah mencapai kemuncak kariernya, namun apabila memikirkan pemain seperti dia masih mampu beraksi dengan lebih baik, ia akan menggerunkan banyak pasukan lawan."

Ronaldo menambah: "Saya beri jami- nan kami akan membentuk satu gandi- ngan yang mantap. Itulah standard pemain yang kamu idamkan di atas padang.

"Kami berdua gemar menjaringkan gol tetapi kami juga boleh bermain di mana-mana posisi sayap dan juga di posisi tengah.

"Apabila kamu memiliki pemain yang boleh melakukan pelbagai perubahan, ia akan menyukarkan pasukan lawan kerana mereka keliru pemain mana yang perlu dijaga," jelasnya. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews